Oh Mak Mentua

Assalamualaikum semua. Aku Bunga, baru berusia 30 tahun dan baru berkahwin selama 1 tahun.

Masalah aku sekarang ni adalah mak mentua aku yang selalu nak control hidup anak dia.

For your info dari sebelum kahwin sampai dah kahwin asyik suka masuk campur hal anak lelaki dia.

First masa aku belum kahwin, ye la ada fasa gaduh semua tu dengan laki aku, tapi bila dia tahu dia bising-bising cakap aku macam-macam.

Hmm kenal pun tak dengan aku. Kemudian bila kami decide untuk bertunang, dan kami berbincang soal hantaran, laki aku dah bagi tahu siap-siap kat mak mentua aku tu nak bagi aku hantaran RM10k dan dia setuju.

Lastly bila dah dekat nak masuk merisik, dia boleh call aku cakap yang laki aku tak de duit dan nilai RM10k tu banyak.

So aku confront laki aku dan aku cakap aku tak kira aku nak juga hantaran tu sebab aku dah bagitahu keluarga aku dan tarikh nak masuk merisik pun dah dekat tinggal dua hari je.

Long story short aku kahwin. Lepas kahwin memang kami duduk asing, jarak rumah kami dengan rumah dia lebih kurang 2KM.

Dia jugak sibuk suruh aku cari kerja dan tolong aku fikir macam mana nak cari kerja sebab masa tu aku tengah buat master.

Dia siap ajak aku pergi rumah kawan dia, kerja dengan kawan dia sebab dia cakap senang sebab time kerja flexible. Aku masa tu memang tak terfikir nak kerja dan tambahan pula laki aku tak bagi aku kerja.

Tapi dia duk paksa aku kerja, siap cakap suruh aku kerja sebab nak tampung hidup berkahwin.

Dia cakap dulu dia buat macam2 jugak, tak harap kan suami. Time tu aku fikir apa function aku kahwin kalau aku kena macam mana nak tampung hidup berkahwin.

Mesti ada yang cakap, bagitahu la mak mentua tu yang anak dia tak bagi kerja, tapi guys mak mentua aku tak amik port pun.

Dia siap cakap aku lemah dan nasihatkan aku supaya jadi cerdik dan kena kuat dan tegas untuk minta izin dari laki aku untuk berkerja.

Kang nanti kalau aku tegas, dan ikut nasihat dia tak pepasal hubungan aku dengan laki aku jadi lain.

Secondly kan aku cakap yang mula2 kawin aku dengan laki aku sewa rumah yang jarak dia 2KM dari rumah mak mentua aku ni,

Tapi guys after dua bulan dia boleh pulak mintak aku dengan laki aku pindah rumah dia (rumah sewa mak mentua aku) yang mana dekat sangat dengan rumah dia, seberang jalan je guys.

Katanya rumah tu kosong dah tak de orang sewa, jadi baik aku dengan laki aku duk situ dan bulan-bulan tak payah fikir sewa.

Tapi bila aku dengan laki aku tak nak, mula la dia cakap macam2, dia siap gaduh dengan laki aku, dia cakap kat laki aku dia nak tolong je, dan tak de ibubapa yang nak buat tak baik kat anak dia.

Kat aku pulak dia cakap yang aku kena waras, kalau salah sorang tak waras macam mana nak urus rumahtangga.

Aku masa tu sabar je, nak jugak aku jawab yang aku laki bini ni waras, yang tak waras tu kau tapi kalau aku jawab panjang lagi Drama tu.

Long story short, aku turutkan jugak la, pindah la kami. Lepas tu timbul pulak isu rumah aku gelap time maghrib haha, dia cakap aku tak solat maghrib dan keje aku membuta pulak dah.

Dia cakap dia ingat bila dah kawin aku ada tanggungjawab jaga solat laki aku, jaga laki dan semua la tapi sebaliknya.

Tapi guys, aku solat guys, aku cuma tak bukak lampu ruang tamu dan lampu dapur rumah aku je.

Dalam bilik aku bukak guys, lagipun rumah aku ada lampu lain yang ada vibe tenang tu selain lampu kalimantan tu. Nak solat tak perlu terang pun, dan aku suka vibe yang tenang bila solat.

Lagi satu, bukan tanggungjawab sepenuhnya atas aku untuk jaga solat laki aku, sepatutnya laki aku yang kena buat mcm tu sebab dia suami.

Aku sekadar menasihati je tapi kalau semua tanggungjawab aku kena amik, baik aku tak payah ada laki.

Tapi guys laki aku baik, nafkah zahir batin tak pernah culas. Cuma aku Stress dengan mak dia, sampai aku rasa nak berpisah.

Ha lagi satu yang aku tak suka adalah layanan keluarga dia pada aku. Setakat ni bapak mentua aku tak pernah tegur pun aku, walau sepatah.

Kalau aku Makan bersama satu meja pun, kalau periuk nasi tu dekat dengan aku, dia rela bangun ceduk sendiri. Tak banyak sikit aku terasa la jugak.

Mak mentua aku cakap ada cerita lama yang buat dia terasa hati dengan laki aku, tapi tak kan la dengan aku2 sekali kena. Aku ni baru je masuk dalam keluarga dia.

Btw thanks pada pembaca, tu pun kalau cerita aku ni disiarkan la. Guys, maaf ayat aku berterabur sebab aku memang tak pandai nak karang ayat, aku just nak share je

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *