Assalamualaikum semua. Izinkan aku untuk meluah satu beban yang berbekam dalam dada ini. Rasa yang tak mampu aku ungkapkan dengan kata². Aku berharap sedikit sebanyak kata² semangat dan nasihat dari kalian semua untuk aku lebih kuat.
Ini tentang mamaku sendiri. Biar aku teruskan.. Mamaku berumur 40-an. Bekerjaya dalam sektor kerajaan dan ada rumah serta kereta sendiri. Boleh dikatakan mamaku sudah berjaya dan anak² pun sudah besar2. Adikku yang bongsu sudah berumur 16 tahun.
Mama ku pernah berkahwin 3 kali sebelum ini termasuk dengan ayahku (suami pertamanya). Aku tidak salahkan mama 100% kerana aku tahu setiap cerita hidup mama.
Akulah si sulung yang menjadi tempat mama bercerita tentang semua kekasih²nya selepas berpisah dengan ayahku dulu. Akulah jugak si sulung yang menyaksikan segala perit mama dalam perkahwinannya dengan ayahku.
Selepas 5 tahun berpisah dengan ayahku, mama berkahwin lagi dengan seorang lelaki yang agak jauh tua dari mama (orang tua yang kenalkan) tapi pernikahan mama hanya bertahan setahun lebih.
Kata mama tiada persefahaman namun aku tahu mungkin mama inginkan lelaki yang sekufu jiwa dengannya. Aku tidak salahkan mama sebab mama yang hadap semua benda itu.
Selepas 5/6 bulan berpisah, mama bernikah lagi untuk kali ke tiga dengan lelaki bergelar suami orang anak 7. Isterinya yang bersungguh pinangkan mama untuk suaminya sebab suaminya masih ada hati pada mama (mama dan lelaki tu pernah bercinta sebelum bernikah dengan ayahku lagi).
Namun pernikahan mama kali ini hanya bertahan tak sampai 5 bulan. Ada masalah dari isteri lelaki itu. Akhirnya mereka berpisah, lelaki tu siap suruh mama cari pengganti lagi.
Waktu mama berpisah ni, aku tak duduk dengan mama dah. Aku ikut suami tinggal di selatan tanah air. Time ni aku baru kahwin dan direzekikan aku mengandung awal. Masa ni bermulanya.. Mama ada ceritakan kat aku yang dia ada kenal seorang lelaki baru dalam fb.
Aku pun tak hiraukan mana dan aku okay saja sebab aku fikir mama just nak berkawan dalam medsoc dan setakat itu saje. Tapi rupanya bukan setakat dalam fb, mama kerap keluar dating dengan lelaki itu.
Aku dapat semua info pun dari adik aku yang tinggal dengan mama. Haritu mama and adik aku positif covid dan kena kuarantin. Tapi adik aku mengadu dengan aku yang mama hampir setiap hari keluar dengan lelaki walaupun masih dalam tempoh kuarantin dan iddah lagi masa tu.
Membara jugak dalam hati ni. Kenapa mama jadi macam ni.. Mula2 tu aku diamkan aje, tapi lama kelamaan aku makin rasa marah dan kecik hati dengan mama. Sepanjang aku mengandung, aku mengalami spotting setiap hari.
Hampir 2 minggu jugak berlarutan. Aku luahkan kat mama tapi mama macam tak ambik kisah pun tentang aku. Harini aku bagitahu, dia just suruh aku pergi hospital saja. Esoknya tak ada dah dia bertanya khabar aku lagi.
Aku perasan, mase aku bagitau mama yang aku pregnant, mama macam biasa saja. tak ada pun nak excited macam suami, kawan² dan mak sedara aku. Padahal ini cucu sulung dia. Sebelum ni dia selalu merungut kalau dapat cucu awal sebab dia muda lagi dan tak sedia lagi nak bergelar nenek.
Adik aku cakap mama semakin kemaruk dengan lelaki tu. Bergayut setiap malam sampai lewat malam. Aku haritu luah lagi kat mama tentang aku rasa semput hampir setiap malam, jadi susah nak tidor.
Aku mengadu sebab dulu ape2 aku memang suka mengadu dengan mama, kami memang rapat. Dan ini pengalaman pertama aku jadi wajar lah kan aku tanya mak aku sendiri. Kau tahu mama jawab ape? Dia cakap. “Mama tak tahu la. Tadi mama tanya pakcik z, dia cakap biasalah mengandung macam tu”.
Aku masa tu membara dalam hati. Aku tanya mama sebab dia mak aku dan dia pernah mengandung 3 kali kot. Tapi kenapa dia nak kena tanya kekasih dia yang lelaki tak pernah mengandung tu?
Aku masa tu dah kecik hati tapi aku balas jugak. “pakcik z bukan pernah mengandung pun, dia bukan tahu”. Mase ni mama lambat nak balas chat aku. Aku tanya adik aku kot2 mama dah tidor tapi dia cakap mama tengah bergayut. Pukul 1 pagi lebih baru mama balas “Mama pun tak tahu lah.
Mama nak tidor dah. Dah lewat”. Itu saja.. Aku hanya mampu menangis dalam hati. Mama dah taknak cakna akan aku lagi so aku stop mengadu ape2 dekat mama. Aku tanya waktu sesuai buka buku pink pun, mama suruj tanya orang lain sebab dia tak ingat.
Nampak tak kat situ? Sebab tu aku lebih suka mengadu ape2 kat mak sedara dan suami aku saja. Mak sedara aku ibarat macam mak aku dah. Dia memang selalu tanya khabar aku bila dia tahu aku spotting haritu.
Lama makin lama, keadaan makin nampak parah. Mama macam duduk dalam dunia dia sendiri. Dia selalu jugak chat aku untuk bercerita tentang lelaki tu. Tak pernah sekalipun dia chat aku untuk bertanya khabar anak dan cucu dia sendiri.
Dia cakap pakcik z suruh mama pakai stokin. Mama ikut la. Aku suka dengar perubahan tu tapi aku tetap tak setuju dengan mama yang selalu keluar dengan pakcik tu dalam tempoh iddah. Mama tahu dosa pahala.
Dan aku pasti pakcik tu terlebih tahu hukum hakam sebab dia jugak suruh pakai stoking ape semua kan. Sepatutnya dia tahu jugaklah bab hukum keluar dalam iddah ni.
Dipendekkan cerita, aku balik kampung sebab dah lama tak balik dan aku memang mengidam makanan kat sini. Kau tahu? Benda yang aku kecik hati sampai sekarang. Aku mengidam nak makan patin tempoyak kat satu kedai tu. Dah lama aku ajak mama.
Dan haritu mama setuju nak pergi tapi dia ajak pakcik tu sekali. Membara perasaan maranh aku dalam hati. Akhirnya tak jadi pergi sebab mama marahkan aku taknak ajak pakcik tu. Aku ni dahlah baru balik, nak spend time dengan keluarga.
Tapi dah jadi spoil pulak bila ajak pakcik tu. Aku cuma merasa ikan patin tempoyak mak sedara aku masak saja sebab dia kesiankan aku tak dapat pergi kedai tu. Tapi sampai harini aku tetap terkilan.
Mama dan pakcik tu tak segan silu bahasakan abang-sayang depan aku. Tak rasa malu ke dengan status mama dan depan aku yang dah tua bangka ni? Sejujurnya aku tak respect lansung pakcik tu. Kau tahu? Adik aku bagitau mama biasa dah berpegang tangan dengan pakcik tu.
Dan aku ada jugak tanya mama dan dia iyakan saja. Aku terfikir macam mana dia boleh suruh mama pakai stokin dalam masa sama keluar dan berpegang tangan? Mama aku orangnya menjaga solat dan selalu cerita dekat aku yang pakcik tu bagus la ape semua. Konon alim.
Kami adik beradik dan mak sedara aku sendiri sepakat yang mama ni ibarat dah macam dalam dunia dia sendiri. Semua tempat dia nak pergi kena bagitau pakcik tu. Bila dah sampai pun kena bagitau sebab dia risau kata mama. Sampaikan aku selalu putus mood.
Nak pergi mana2 mesti nak ajak pakcik tu. Awal2 tu aku selalu jugak bergaduh dengan mama asbab aku cuba tegur mama. Tapi mama macam tak boleh terima sebab dia kata aku selalu halang dia nak cari kebahagiaan dia. Kebahagiaan ape macam tu.
Sekurangnya tunggu lah dulu habis iddah baru terfikir nak cari lain. Aku malu sebenarnya dengan orang lain dan diri sendiri dengan sikap mama macam ni. Oh ya, lelaki tu ada 2 orang anak. Mama rapat dengan anak dia.
Dok bahasakan ibu-abi bila bercakap dengan anak dia dan lelaki tu. Ibaratnya mama ni mak dia dorang. Masakkan untuk anak dia. Habis, aku ni anak sendiri tak kisah pun keadaan aku.
Terbaru.. Adik aku beria nak sambut birthday mama kat rumah. Adalah buat jamuan kecik2 dan panggil tak sampai 10 orang tetamu. Aku bagitau awal2 kat mama siang tu sebab takut pakcik tu pun rancang plan sama malam tu. Rosaklah plan kami kan. Kau tahu?
Mama nak ajak pakcik tu dan anak2 dia jugak. Dan bila aku cakap ‘takpe ke? Nanti ape pulak orang cakap. Malu dengan orang’. Mama cakap biarlah orang nak cakap apa. Dia tak kisah.
Dan dia macam nak marah lah aku tak setuju dia ajak pakcik tu sekali, terus dia cakap “musim covid sekarang takyah ajak ramai2 lah kang kena saman”. Aku rasa nak gelak saja weh.. Kenapalah jadi macam ni.. Hmmm
Apa yang aku nampak, nak pergi atau buat ape2 mesti nak kena ada pakcik tu. Mama cakap dia nak jugak buat happykan diri dia. Habis, kitorang buat majlis ni tak dapat happykan mama lagi ke?
Aku dah malas nak bertekak dengan mama hal ni sebab haritu dia pernah halau aku balik cepat2 sebab serabut aku ada kat sini semua aku nak halang. Bila aku gaduh dengan mama, lepastu pakcik tu konon cool downkan mama, barulah mama sejuk balik dengan aku.
Hasil dari pakcik tu cakap kat mama. Mama memang dengar semua cakap dia. Pergi mana2 tak tahu jalan, rela call pakcik tu tanya dari dia nak call kedai tu sendiri. Aku tak faham dengan mama. Nampak keterlaluan sangat kemaruk dia tu.
Ape2 mesti rujuk pakcik tu sampaikan anak nak tegur sikit pun mama terus melenting. Ibaratnya kami tak boleh lansung nak tegur mama dan pakcik tu. Jujur dari hati aku, aku tak rasa pakcik tu baik. Sebab kalau betul dia lelaki baik, dia takkan keluar dengan perempuan yang dalam iddah.
Dia takkan sentuh tangan perempuan. Oh ya sebelum aku lupa, malam tu adalah kami keluar bertiga pergi makan, pakcik tu drive kereta mama. Sebelum drive, dia berzikir tau.
Sambil awal drive tu tak berhenti berzikir, kuat pulak tu memang jelas di telinga aku. Aku tak tahu lah dia sengaja nak tunjuk alim depan aku kot.
Dia suggetskan tempat berubat untuk mama (mama memang suka berubat dari dulu bab spiritual ni, ada banyak masalah la hal dalaman mama ni) dan mama pun ikut jelah saranan dia tu.
Dah la berubat pakai tulis2 kat telur ayam kampung. Lepastu sebahagian telur tu mama rebus untuk makan, yang lain gelek2 kat tempat sakit.
Aku tak pasti apa niat sebenar pakcik tu pada mama aku. Mama cakap pakcik tu pegawai kerajaan jugak, orang atasan jugaklah. Pernah bernikah 4 kali sebelum ini, berpisah sebab semuanya salah bekas bini dia. Entahlah aku tak percaya.
Dia dok canang salah bekas bini dia, tapi takkan lah dia lansung tak ada salah kan? Semua orang boleh cakap tak ada bukti. Dan mama pulak senang sangat percaya. Aku cuma harap mama bertemu jodoh yang terbaik la untuk kali ini.
Mereka rancang nak nikah awal bulan 2 tahun depan sebab mama kena operate penyakit dia, dia cakap takut tak ada sape jaga. Aku harap bila dah kahwin, laki dia boleh lah diharapkan untuk menjaga mama.
Mungkin anak2 nak tak berguna untuk jaga dia time sakit. Walhal dulu masa mama nikah dengan suami dia kedua, aku dan adik akulah yang jaga bila mama sakit, aku yang teman mama admit ward sampai ponteng kelas.
Adik mama jugak yang hantarkan mama ke hospital. Laki dia tak muncul pun masa tu. Muncul2 lepas pada saat genting tu. Aku dah malas nak halang, biarlah dia cepat2 nikah dari dok kumpul dosa keluar macam tu. Aku selalu doakan kebahagiaan mama…
– Ana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit