Tajuk Oh Mertua yang aku beri disini ialah perihal hubungan aku dan mertua.. Bukan kisah dongeng rakyat tapi realiti yang aku hadap..
Aku harap kalian yang ada mak mertua yang baik tolonglah hargai.. Ada mak mertua yang mulut tak lancang memang besar rahmat dah..
Ada mak mertua yang tak masuk campur hal rumahtangga anak-anak Tolonglah jaga baik-baik.. Aku harap kisah aku ni boleh jadikan tauladan pada menantu2 diluar sana bahawa kalian bertuah tak dapat mak mertua macam aku..
Make it short, aku dan suami berkahwin sebelum COVID melanda negara kita.. Aku berasal dari negeri pengeluar harum manis manakala suami berasal dari Negeri Serambi Mekah…
Kami tinggal di rumah ibubapa aku memandangkan rumah parents aku besar dan mereka yang meminta kami tinggal disini..
Sebelum PKP kami kerap balik ke kampung suami.. Asal cuti perayaan saja kami balik.. Masa baru-baru kahwin mak mertua teringin nak makan laksa utara..
Aku pun bukan main seronok lagi nak masakan untuk mak mertua.. So aku masak lah.. Selesai masak aku hidang untuk mak mertua..
Korang tahu dia cakap apa.. Laksa aku tawar, aku potong cabai, timun dan bawang kasar which is susah dia nak kunyah.. Padahal pak mertua aku balun 2 mangkuk stedy saja tak cakap apa..
Suami aku pun bedal 2 mangkuk rileks saja.. Then datang pula kakak ipar aku dengan suami dan anak2.. Mereka kata sedap segoti which ia sedap ya amat..
Tapi mak mertua aku tetap cakap laksa aku tawar.. Dia siap otter kuah laksa aku tambah lagi garam.. Then kuah laksa dalam pinggan dia pun dia letak garam..
Petang tu pula Suami aku geleng kepala makan kuah laksa yang dah otter.. Masin gila katanya..
Aku pun tak ambil hati lah dah memang lidah mak mertua aku suka makan yang masin gamaknya..
Then raya Aidil Adha which mostly people cakap di Pantai Timur meriah.. Aku punyalah excited nak beraya disana.. Maklumlah firstime kan.. Then usai sembelih lembu pak mertua aku bawa balik daging… Kami adik beradik dah dibahagi-bahagi tugas…
Untuk makluman adik beradik suami aku 10 orang… Suami aku second last.. 7 lelaki 3 perempuan.. Aku satu-satunya menantu perempuan yang bukan berasal dari Pantai Timur.. Biras dan ipar duai lain semua berasal dari Terengganu dan Kelatan..
Tugas lelaki bersihkan daging, siapkan bahan memasak which is hidupkan kayu api.. Maklumlah keluarga besar.. Masak sup tulang pun guna periuk besar..
So menu kami untuk makan tengahari ialah nasi daging, dan air asam.. Menu ni ipar duai aku yang request aku masak..
Aku pun on saja.. Dah memang aku suka masak… Lagi pun 2 menu ni tak susah mana..
Yang lain perap daging untuk buat menu ala-ala harimau menangis, daging goreng kunyit, sup tulang dan keting.. Then time makan semua orang berselera makan nasi daging bersama air asam aku.. Air asam yang aku buat ni lain sikit..
Aku letak kerisik, daun kesom yang di hiris halus, tomato, bawang, cili tumbuk, cili potong, air asam jawa, belacan dan perahan limau.. Tapi mak mertua aku tetap cakap tak nyangkut which tak sedap or tak kena dengan selera dia..
Sanggup dia masak nasi putih untuk dia makan.. Aku pun tak ambil hati sebab majoriti ipar duai biras anak penakan cakap aku masak sedap..
Ok settle bab hari raya aidil Adha.. Tiba pula musim harum manis.. Gigih lah aku beli dan pos harum manis untuk mak mertua.. Mati-mati aku ingat dia suka..
Then kami balik di penghujung musim harum manis.. Aku pun beli lagi berkotak-kotak konon nak jamu mak mertua lah.
Then suami aku tanya mak macamana rasa harum manis sedap tak.. Korang tahu apa mak mertua aku jawab?? Dia still jawab “tak nyangkut” dan dia cakap dia suka mangga Sala Thailand which is berlemak dan rangup walaupun muda..
Hello dia tak tahu ke beratus kot duit aku beli harum manis untuk dia tapi sikit pun dia tak jaga hati aku.. At least cakap lah sedap ke manis ke tak lah aku terkilan beli sampai berkotak-kotak untuk dia..
Ok, settle bab harum manis.. Ini kisah mengandung pula.. 3 bulan kahwin aku masih tidak ada tanda-tanda mengandung..
Mak mertua aku call suruh balik konon nak buat makan-makan rupanya dia nak bawa aku jumpa bomoh minta air penawar.. Then kami pun balik lah..
Malam tu mak mertua suruh kami laki bini bersiap nak ke rumah bomoh. Kami pun laki bini ikut saja lah bodoh-bodoh memandangkan bomoh tu pun kira macam saudara jauh juga lah…
Alasan mak mertua aku nak kenalkan aku dengan sedara mara.. Padahal ada udang disebalik batu..
Bomoh tu pula macam-macam dia cakap. Aku ni dah termakan lah, ada benda dalam badan aku lah, ada orang dengkilah dsbnya.. Balik tu kami dibekalkan air penawar 3 tong air..
Setiap satu nya 5 liter.. Untuk diminum, untuk dimandi dan untuk dibuat pagar rumah.. Tapi aku tak minum pun, aku suruh laki aku buat basuh kereta dan siram pokok..
Baru 3 bulan kahwin kot buat apa nak terburu-buru.. Ini semua kerja tuhan.. Honeymoom kami pun tak habis lagi.. Aku tak ambil hati pun.. Maybe mak mertua aku tak sabar nak dapat menantu kacukan Perlis-Kelantan.. Hahahaha
6 bulan kahwin baru aku disahkan mengandung.. Then suami aku pun call mak dia bagitahu.. Mak dia pun apa lagi kemain cakap bomoh yang dia bawa tu berkesan lah, air penawar mujarab lah..
Haishh macam-macamlah mak mertua aku puji bomoh tu.. Aku dengan suami puas cakap ini kerja Tuhan..
Ok settle bab berita mengandung.. Masa ni dah PKP.. Hikmah PKP barangkali kami ada masa dirumah.. Kalau tidak masing-masing sibuk..
Aku alami alahan yang teruk.. Morning sickness aku dari pagi sampai ke malam.. Time malam aku susah nak tidur then lepas subuh biasanya aku sambung tidur..
Then sekitar jam 10 pagi – 12 tengahari mak mertua akan call suami tanya khabar aku.. Tanya sarapan makan apa, tengahri masak lauk apa..
Suami pun dengan jujur bagitahu yang aku tak bangun tidur lagi.. sarapan pun beli saja, lauk tengahri order grab food saja..
Korang tahu mak mertua aku cakap apa.. Dia suruh suami aku kejutkan aku bangun.. Tak elok orang mengandung tidur sampai tengahri nanti anak dalam perut jadi pemalas..
Dia siap cakap lagi dia mengandungkan anak 10 orang tak pernah lagi dia bangun sampai tengahri..
Time ni memang aku ambil hati dengan kata-kata mak mertua aku.. Sampaikan anak dalam kandungan akubpun dia dah sumpah akan jadi pemalas.. Aku bukan saja-saja nak tidur sampai tengahari dah waktu malam aku tak boleh tidur.
Asyik muntah loya.. Mak mertua siap cakap lagi aku ni lembik.. Sedih sangat, siapa saja mengandung nak muntah loya bagai ni? Betul tak..
Ok settle bab mengandung.. Kini tiba bab bersalin.. Aku bersalin time PKP.. rentas negeri masih tidak dibenarkan.. Kes covid pun berbelas ribu setiap hari.. 2 minggu bersalin mak mertua suruh balik..
Padahal rentas negeri pun tak boleh.. Tibalah episod mak mertua aku cakap aku tak nak balik.. Dia canang dalam group family konon nya aku tak selesa balik kampung..
Yang abang-abang suami aku pun dok perli-perli kononya time diorang anak kecil boleh saja balik, bawa anak kecil 8-9 jam perjalanan..
Anak diorang dah 4-5 orang sedangkan anak aku baru sorang dah takut nak balik.. Diorang cakap aku ni tak serasi dengan family diorang lah padahal aku memang pendiam dan tak tahu nak cakap apa bila berkumpul semua cakap loghrat Kelantan..
Suami aku sampai leave group family lah sebab tak nak aku baca.. Dia tak nak aku kecil hati dengan kata-kata adik beradik dia.. Bab ni aku tabik pada suami.. Dia betul-betul jaga emosi aku dalam pantang..
Ok, kebenaran rentas negeri dibenarkan.. Anak aku dah 4 bulan barulah kami balik ke Kelantan.. Sebelum tu selang sehari mak mertua akan call atau Video Call nak tengok cucu dia dan setiap kali itulah tanya bila nak balik..
Then Sampai saja dirumah mak mertua, aku ingatkot akan disambut dengan muka gembira, nak peluk cium anak aku ke apa tapi mak mertua siap perli lagi “doh besa baru nok jumpo tokma.. ”
Aku buat tak tahu saja, dah PKP kan.. Kes tinggi, tambah pula tak boleh rentas negeri bagai.. Nak balik macamana..
Ada banyak lagi kisah aku nak cerita tapi aku dah mengantuk sangat ni.. Aku cuma minta cadangan dan pendapat pada kalian yang dah berkahwin lama ni macamana nak ambil hati mak mertua..
Nak kata kami kahwin lari tak juga. Ada proses dipinang lanang, dan bertunang.. Majlis kahwin kami pun gah kedua-dua belah pihak maklumlah sebelum PKP kan..
Nak kata tak restu tak juga, mak mertua aku yang datang merisik.. Tapi kenapa mak mertua aku bitter sangat dengan aku entahlah..
Untuk pengatahuan korang aku tak pernah cerita pun pada mak aku apa yang mak mertua buat atau cakap pada aku.. Aku tak nak mak aku sedih yang anak dia dapat layanan sebegini dari mak mertua..
Tolong bagi cadangan macamana nak ambil hati mak mertua.. Thanks korang..
-Bukan menantu hantu-
– Siti Aishah Nor (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit