Assalamualaikum. Nama ku Zakiah aku seorang anak, isteri, menantu, ibu dan kakak sulung. Aku bekerja di sektor oil & gas di pantai timur.
Kedua ibu dan ayah masih sihat dan tinggal di Selatan. Suami ku seorang penjawat awam dan kami mempunyai 4 orang cahaya mata.
Tujuan tulisanku adalah untuk dijadikan tauladan.
Memandangkan keadaan ku yang bekerja, jadi hanya bila ada cuti umum yang jatuh pada hari hampir dengan weekend kami akan plan untuk balik melihat kedua orang tuaku.
Kedua orang tua ku tinggal di kawasan perumahan kos rendah dan ada adik bungsu perempuan je yang masih tinggal bersama.
Untuk pengetahuan keluarga ku jenis yang kurang mementingkan kebersihan terutama habuk dan sawang.
Aku faham ibu ku bukan kuat lagi untuk membuat kerja-kerja rumah ditambah adikku yang konon nya pencinta kucing. Hampir 10 ekor kucing ada di rumah.
Setiap kali balik, tanpa hiraukan penat lelah selepas melalui perjalanan yang panjang, aku terus meluru ke dapur untuk bersihkan rumah termasuk mop. Kerana anak ku ada penyakit asthma.
Aku juga malu dengan suami dengan keadaan rumah yang bersepah. Sambil mop sambil menangis aku. Adikku? cuma tidur selepas balik kerja.
Aku pernah bersuara tapi mereka berkecil hati. Niat ku bukan merendahkan mereka tapi kebersihan tu penting.
Ayah ku perokok dan habuk rokok ada dimana-mana begitu juga bulu kucing,
Sampai kan suami ku pernah kata kalau bukan disebabkan nak ziarah ibu dan ayah, memang dia tak bagi aku balik sebab kesian tengok aku mengemas dan anak-anak batuk duduk di tempat yang berhabuk.
Memang pedih mendengar tapi kenapa keluarga ku tidak mempunyai perasaan langsung. Aku balik nak tengok ibu dan ayah tapi jadi serba salah dek kerana keadaan rumah tu.
Apa yang aku kemas takkan ada yang usik lagi sehingga lah aku balik lagi 2 3 bulan. Aku pernah nak sewa hotel je untuk keselesaan suami dan anak-anak tapi suami ku kata tak perlu, takot nati ibu dan ayah kecil hati.
Aku pernah nak upah orang untuk datang kemas rumah setiap bulan tapi ibu ku tak bagi katanya malu nanti orang tengok rumah.
Adik ku pula bela kucing tapi tak pernah ambil tahu keadaan sangkar kucing sampai kan najis kucing ayah ku yang terpaksa uruskan.
Ibu… ayah sesungguhnya aku malu sangat dengan orang bila mereka datang ke rumah dan lihat keadaan rumah kita. Tapi apa dayaku rezeki ku jauh dan tak dapat selalu nak tolong bersihkan rumah.
Sehingga harini setiap kali nak balik aku akan berdoa sepanjang perjalanan semoga keadaan rumah ku menjadi lebih bersih kerana aku penat,
Aku just nak balik luangkan masa dengan mereka tanpa perlu sibuk nak jaga anak ku yang jadi tak sihat semput selama ada di sana.
– Zakiah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit