Oh My Nephew

Assalamualaikum.

Aku seorang maksu kepada 7 orang anak buah. Aku stay dengan mertua. Aku ada anak sorang kecik lagi. Anak2 buah aku baik dengan anak aku. Mak mertua aku dengan tidak ikhlas hatinya menjaga anak kepada kakak ipar aku seramai 2 orang. Masing2 dah besar. Sorang darjah 3. Sorang darjah 1.

Kenapa aku kata mak mertua aku tidak ikhlas hti jaga bebudak ni, sebab mak mertua aku hari2 merungut penat jaga cucunya dua orang ni. Hari2 aku balik kerja, mak akan cakap kat aku mengenai keletihan urus bebudak dua orang ni. Oh ye, anak aku dan anak buah lain di hantar ke babysitter. Jadi mak mertua hanya jaga 2 orang yang dewasa sebab dorang transit sekolah pagi ke sekolah KAFA dekat rumah mertua kerana sekolah mereka berdekatan rumah mertua.

Sejak 3 bulan lepas, aku mula dapat banyak job luar office dari boss. Jadi aku hanya ke ofis bila diperlukan. Lain dari tu aku hanya ke site atau berada di rumah dan berhubung dengan rakan sekerja melalui whatsapp dan email ataupun phone call. Jadi aku ada masa banyak untuk teliti apa yang jadi di rumah mertua. Disebabkan mertua selalu mengadu letih, jadi aku offer diri untuk siapkan lunch kerana selalunya aku akan ke site pada petang hari selama beberapa jam. Baru la aku faham apa maksud mertua bila dia mengadu penat dengan bebudak dua orang ni.

Makan bersepah, air tumpahkan dan biar, makan tak reti basuh, kita masak lain dia nak makan lain, kalau xdapat apa dia nak makan sanggup merajuk tak makan, dorang request lauk sekian2, tapi bila dah masak, xnak makan. Paling aku kecik hati, haritu yang sulung tu nak makan ikan sambal dengan nasik. Aku dah masakkan, siap letak dalam pinggan bawak ke depan tv sebab dorang memang jenis tak reti bangun nak ambil makanan sendiri. Elok aku bagi, dia cakap xnak makan and terus bangun ke tong sampah dan buang ikan dan nasik tu. Aku kecik hati sangat2. Sampai aku menangis lepas zohor tu. Rupanya bukan aku je kena, mak mertua pun kena. Patut la mak mertua aku pening melayan kerenah dorang. Aku cerita kat mak dorang aka kakak ipar aku mengenai hal ni, kakak ipar aku hanya gelak dan geleng kepala.

Kadang bila aku takda ke site, aku tak hantar anak aku ke babysitter. Bila time nak masak, aku pasang la lagu2 nursery rhymes kat laptop bagi anak aku dengar. Aku nak bagi tengok tv tapi tv dah diconquer oleh dua beradik tu. Aku download lagu yang direct sejam so aku dah hafal lepas lagu ni ada lagu apa. Selain tu aku ada jugak download lagu pendek2 dan aku sekalikan dalam playlist dan bukak bagi anak aku dengar. Tapi aku memang akan mula dengan video yang sejam tu sebab anak aku macam dah bosan dengan lagu pendek2 tu. Tengah aku masak aku tengok anak aku datang kat aku merengek2. Aku gi depan tengok budak berdua tu tengah tengok lagu anak aku tapi dorang skip2 ke lagu yang dorang suka. Aku tegur baik2 sekali supaya jangan skip lagu. Jap lagi anak aku datang merengek balik kat dapur kacau aku memasak. Aku gi depan tengok dorang skip lagi lagu. Aku dah hangin. Aku sound dua2 tu. Aku suruh dorang berdua tengok tv jangan kacau lagu anak aku trngah tengok. Yang adiknya touching dengan aku terus tak bercakap langsung dengan aku sampai petang. Ah ikutlah.. korang bukan paham keletihan orang nak memasak kat dapur tapi anak merengek mintak dukung. Bukan sekali benda ni jadi, boleh kata everytime aku bukak lagu kat anak aku mesti dorang yang akan ambik alih laptop aku lepas tu.. tak larat bak tegur dah. Last2 kena buat muka tegas dan tegang baru nak dengar tu pun merajuk.. macam biasa aku cite ngan mak dorang, jawapan dia hanya hahaha je.

Sebenarnya budak berdua ni baik belaka. Cakap tak tinggi suara, jenis yang baik2 ja. Aku sayang bebudak ni. So since mak mertua aku dah malas nak layan bebudak ni, aku amek alih. Aku decide untuk jadi tegas sikit dengan dorang. Lepas makan silalah basuh pinggan, lepas minum, silalah basuh gelas. Nak makan, aku tolong hidangkan tapi silalah datang ambik sendiri kat dapur. Makan sepah, silalah kemas sendiri. Tukar baju then sepah2 kan baju dalam bilik, silalah kemas sendiri. Mula2 liat jugak. Lama2 dorang buat dengan terpaksa. Sekarang dorang dah disiplin sikit. Aku tengok makan minum dah pandai basuh sendiri tak payah aku suruh2.

Alhamdulillah kan? Tapi ada disiplin dorang tu ada harganya. Before this dorang berdua baik dengan aku. Suka sembang2 cerita pasal sekolah. Now? Muka masing2 ketat bila aku ada. Aku ke depan, dorang ke belakang. Aku ke kiri, dorang ke kanan. Macam dorang benci aku sangat2. Muka berkerut je kalau sembang dengan aku. Aku kecik hati jugak. Aku terfikir mesti sebab aku dah mula tegas dengan dorang. Sebab tu dorang jadi tak suka sebab maybe dorang rasa aku dah x cool macam dulu. Dulu aku x amek port sangat kalau dorang xbasuh pinggan ke apa ke. Tapi since mak mertua aku aka nenek dorang dah pass semua task tu ke aku, aku jadi letih nak basuh pinggan ke apa ke banyak kali. So aku decide why not aku disiplinkan sikit dorang.

Oh ye, bukan dengan dorang je aku tegas macam tu. Dengan anak aku baru umur 2 tahun pun aku tegas. Aku tegas je. Aku tak tinggi suara atau pukul. Sebab aku percaya, tinggi suara dan pukul buat anak dan budak jadi lagi degil. Tapi anak aku takde la benci aku. Sebab kot mana pun dia anak aku. Tapi bebudak berdua ni macam tak suka aku pulak.

Aku just nak tanya korang, aku teruk sangat ke buat bebudak tu gitu? Ingin sekali lagi aku tegaskan..aku tak tinggi suara, aku tak marah2, aku tak pukul. Aku just tegas je. Selagi tak buat apa aku suruh, aku akan tunggu sampai dorang buat. Kalau dorang kata nanti, aku paksa sekarang jugak. Even dorang ikut dan berdisiplin sikit daripada dulu, tapi dorang macam benci aku pulak. Hmm.. mak bapak dorang tak pulak marah aku kalau aku tegor anak2 dorang suruh basuh sendiri pinggan mangkuk..maksudnya aku takdela melampaui batas. Kakak ipar ngan husband dia okey je ngan aku.

Cuma kecik hati aku bila aku gi depan, dorang lari ke dapur. Bila aku ke dapur dorang masuk bilik duduk diam2.. bila aku cuba sembang2 dengan dorang, dorang buat muka benci sangat dengan aku.. ada tips handle bebudak begini tak guys?

– Maksu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit