Assalamualaikum semua. Aku Linda, datang sini sebab nak meluah sikit. Maaf kalau korang rasa confession aku ni remeh, tapi ia betul-betul kusutkan aku. Tolong aku ya.
Pasal jiran aku ni, umurnya 3 tahun lebih tua dari aku. Aku dulu rapat sungguh dengan jiran sebelah kanan rumah sewa aku ni. Kami sekeluarga rapat.
Dan aku pendekkan cerita, jiran aku ni pandai menjahit baju.
Disebabkan jiran aku selalu cerita pada aku yang kewangannya tak berapa baik, aku pun fikir macam mana nak bantu dia.
Aku plan untuk tempah baju dari dia walaupun banyak lagi tailor lain yang boleh aku pergi. Nak tolong dia punya pasal, aku pun beli kain, minta dia jahitkan.
Sebelum hantar kain yang aku beli, dia bagitau aku minggu depan boleh siap baju-baju aku. Bukannya susah baju blouse ringkas saja pun katanya. Dia sendiri bagitau aku macam ni.
Then lepas seminggu aku tanya semula dengan harapan baju aku dah siap tapi malangnya tak siap sebab tak sihat.
Aku ok aku faham. Kemudian lajak ke sebulan. Aku tengok kehulu kehilir boleh dia pergi, tapi tempahan baju aku tak siap-siap. Aku diamkan dan masih tunggu lagi.
Macam-macam alasan dia bagi. Aku tak suka gaduh, aku cuba tanya baik2 bila dapat siap baju aku. Katanya bagi dia 2 minggu lagi.
Aku pun tunggu punya tunggu punya tunggu, silih berganti hari tak siap jugak.
Aku cuba cakap baik-baik. Dia kata dah potong kain cuma nak jahit saja. Dan….
Masuk bulan kelima, aku sangat-sangat penat dah nak tunggu. Kalau tak mampu siapkan dari awal kenapa tak bagitau aku awal-awal.
Sebelum aku serahkan kain pada dia pun, aku ada tanya kalau banyak tempahan aku akan tempah dari orang lain. Sebab aku ada beberapa event yang aku perlu pakai baju-baju tu.
Bukan yang rumit pun pattern yang aku minta, blouse potongan biasa saja tanpa apa2 corak atau manik sebutir pun aku tak minta. Akhirnya aku kecewa sangat-sangat.
Mak aku bagitau aku, macamana pun kena berhemah jangan sampai bergaduh, tak baik.
Tempahan orang lain yang bagi lebih lewat dari aku, dia siapkan cepat. Dia sendiri bagitau aku orang tu nak cepat. Tak sampai seminggu pun dah siap.
Bila aku tanya lagi pada dia, dia kata dia takkan jahit baju pada hari yang dia perlu ambil anak dia dari sekolah.
Anak dia tingkatan 3, jadinya aku perlu tunggu sampai anak dia habis sekolah tingaktan 5 ke macamana..? Aku jawab dalam hati je lah guys.
Tempahan aku dia peram sampai bulan keenam.. walaupun ada cuti sekolah, tapi masih tak siap. Bulan ketujuh…. Dah separuh tahun dah.
Aku betul-betul marah kali ni. Tapi aku masih nak menjaga silaturrahim sesama jiran. Aku message baik-baik :
“Assalamualaikum kak. Maaf saya ganggu akak. Akak macamna baju-baju yang saya tempah tu kak dah siap ke kak…? Saya minta maaf sebab ni pun dah masuk 7 bulan kan… Macamna ye kak?”
Dan dia reply, bagi masa seminggu pada dia. Dan lepas seminggu dia bagi baju-baju aku. Dan aku bayar harga yang dia bagitau.
Dan episod tak best mula dari saat ni. Jiran aku ni yang dulunya sangat baik dengan aku, sekarang dah tarik muka. Mungkin sebab dia tak puas hati pasal aku minta siapkan baju aku dulu tu.
Dulu almost everyday aku bercakap berbual bertegur sapa dengan dia, tapi sekarang tak lagi.
Aku dah sehabis baik jaga hati dia walaupun banyak kali dia kecewakan aku, bukan sahaja bab baju tu tapi ada beberapa isu lain lagi.
Sebelum ni banyak kali juga aku diambil kesempatan oleh jiran ni, tapi aku pejamkan mata, keluarga aku pejamkan mata.
Aku juga ada buat bisnes baiki laptop, pernah dia hantar laptop yang rosak, bila aku siap baiki dan dia tak bayar. Seposen pun dia tak bayar.
Tapi bila aku guna khidmat dia untuk jahit baju-baju aku, aku bayar, tapi seolah-olah dia buat macam aku yang tak bayar, tarik muka.
Kalau nak ceritakan banyak lagi dia ambil kesempatan atas kami sekeluarga, tapi Nabi marah bermusuh sesama jiran jadi aku cuba lupakan semua walau hati aku sakit. Sakit sangat.
Macam mana aku nak buat sekarang ni? Nak buat taktau, dia jiran sebelah rumah. Aku terfikir juga cari rumah sewa yang lain tapi masih belum jumpa.
Aku banyak kali tegur dia pun, aku tau dia acuh tak acuh nak jawab sebab aku kenal dia macam mana.
Korang ada cadangan tak…? Please tolong aku. Aku dah tawar hati, sangat-sangat tawar hati.
– Linda (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit