Okay Ke Tak Okay, Kita Tetap Kena Okay!

Assalamualaikum. Salam ramadhan semua. Bismillahirrahmanirrahim. Tipah tergerak hati nak share something bagi membantu sahabat-sahabat yang sedang diuji untuk jadi lebih positif. Berjela perkongsian ni.

Sedihlaa baca kisah hidup sahabat-sahabat. Ada yang memendam perasaan sampai makan diri ntah sampai bila.

Nak diluah takut makin melaratkan? Lagipun bukan semua orang boleh terima ketulusan hati kita bila meluahkan perasaan. Kebanyakkannya berakhir bukan seperti yang kita harapkan.

Tipah ni tahun depan dah masuk angka 4 pangkal depan. Takdelaaa bagus sangat nak sharing tips tapi pengalaman hidup pahit manis kehidupan tu ada. Semua orang ada pengalaman tu kan? Bezanya cara kita handle masalah tu.

Syukur alhamdulillah, support system keluarga Tipah terbaik especially support daripada mak ayah Tipah.

Tipah kalau ada masalah, challenge; Tipah prefer kongsi dengan ayah Tipah untuk cari second opinion. Sebenarnya Tipah dah ada keputusan, tapi suka dengar pendapat yang lain.

Mak ayah kita ni lebih pengalaman hidup. Apa yang kita hadap ni dia dah lalui dulu, cuma zaman je berbeza. Ayah tipah suka buat post mortem, kami diskus. Siap lukis-lukis lagi. Then keputusan terpulang kat Tipah nak proceed apa.

Mak Tipah pula jenis lembut, dia yang selalu tenangkan anak dia ni. Sebab Tipah memang jenis emosi.

Ayah selalu pesan bila hati tu berbolak balik niat dalam hati lillahi Ta’ala. Buat apa-apa Lillahi Ta’ala. Dulu masa mula masuk keje gomen hari-hari nangis call ayah. Tak reti buat kerja. Menangis buat kerja sambil recite Lillahi Ta’ala dalam hati. Huhu.

Alhamdulillah, Allah hantar orang yang baik-baik bantu Tipah. Terima kasih Allah, terima kasih mak ayah. Love.

Selain mak ayah kita cari orang yang lebih umur daripada kita, minta pendapat. Orang yang kita yakin mampu beri ulasan yang membantu. Ni pun kena hati-hati, jangan salah orang sudah. Tipah sendiri jenis yang terbuka (berpada-padalah ye).

Dekat workplace dulu Tipah refer dengan Yang Arif, dengan akak Setiausaha. Yang Tipah percaya. Minta pandangan orang lama-lama ni. Pengalaman depa luas dalam kehidupan ni. Tipah tak kisah depa nak tegur lagu mana, sebab kebanyakkan apa yang depa nasihat tu betoi.

Tak percaya dekat orang luar cari adik-beradik. Contoh, Tipah listen pandangan adik bongsu nama Nab.

Jangan ingat orang yang lebih muda daripada tak boleh nasihat kita. Sebab dia orang yang paling rapat dengan kita, kenal kita luar dalam. Komen dia bagi tu suci hati dan realistik untuk improved diri kita sendiri. Supaya jadi lebih baik.

Takmo share dengan adik- beradik. Pi cari kaunselor bertauliah. Contoh Pusat Kaunseling Agama Islam. Call buat appointment. Free je. Manfaatkan kemudahan yang ada. Ambillah cuti rehat pi sana.

Orang kita ni suka buat persepsi kalau pi jumpa kaunselor di Pusat Kaunseling Agama Islam dok cop kata ada masalah rumah tangga.

Dak aih!!! Asal nama nak enhanced pengurusan emosi pi la fix appointment. Masalah tempat reja ka, masalah diri sendiri ka. Masalah anak takmo pi sekolah ka. Masalah orang tak like post kita, dok delete komen kita ka. Dok kecam kita ka. Boleh refer Pusat Kaunseling Agama Islam.

Kalau ada masalah pengurusan kewangan pi la AKPK. Jangan tunggu dapat surat cinta saman bankrapsi dari Mahkamah baru nak amek action. Amek la inisiatif sendiri call agensi berkenaan, tanya. Jangan tunggu orang lain buat untuk kita.

Bila sedih meresap dalam diri, Tipah cepat-cepat pujuk diri kata. I’m okay! I’m okay! I’m okay! Walaupun masa tu Tipah tak okay.

Kita ni manusia biasa, bukannya santos. Macam-macam perasaan ada. Tak boleh nak tahan-tahan perasaan tu. Bila rasa sedih, nangislah. Tapi kawallah diri. Jangan berlebih-lebih. Bila gembira ketawalah.

Satu lagi perangai Tipah, bila rasa down sangat tu Tipah cari kakak yang sama keja atau kawan perempuan sama keja yang Tipah rapat. Tipah minta depa peluk sat.

Peluk ni ubat terbaik untuk amek energi positif orang yang memeluk kita ni tau. Kita akan ada satu perasaan rasa disayangi dan dihargai.

Secara tak langsung dari tak semangat nak bekerja tadi tu rasa full dengan kasih sayang, semangat gila nak kerja. Biasalaaa kita ni manusia ada masa kita down, bila tengok kerja berlambak tak habis-habis.

Ni semua kenangan Tipah bekerja di ofis lama, kerja banyak tapi Tipah enjoy. Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Terima kasih kawan-kawan.

Takdak kawan nak peluk, cari lah suami ka. Suami tak nak peluk kita cari anak-anak. Peluklah depa selalu. Best!!! Jangan ko cari orang yang tak sepatutnya untuk dipeluk. Hahahahha.

Ingat, semua yang kita ada milik Allah. Bukan kita punya. Milik Allah. DIA nak, DIA ambil. DIA nak, DIA beri.

Semoga Allah sayang kita, semoga Allah pelihara kita dan jauhi kita semua dari azab api neraka. Semoga orang sayangi kita seikhlas hati. Aaamiin.

Ini perkongsian daripada Dato’ Dr Hj Fadzilah Kamsah. Tipah pm fb beliau tahun 5 July 2016. Try la amalkan. Nak tahu manis ke tak manis.

Ingat hakikat bahawa Allah uji hambaNya setakat kemampuan hambaNya untuk menanggung ujian itu. So jangan sesekali merasa kecewa atau patah semangat.

Malahan, Nabi bersabda: Allah amat benci orang yang mudah patah semangat dan setan amat suka orang yang mudah patah semangat.

Setiap masalah berpunca daripada:

1 . Hati yang kotor.

2. Fikiran yang negatif.

3. Amalan yanlg tak betul.

4. Gangguan paranormal termasuk sihir.

5. Jahil tentang agama dan tanggungjawab sebagai insan yang seimbang dan cemerlang.

6. Masalah berpunca daripada persekitaran, atau

7. Semata mata ujian Allah kerana sayangNya kepada kita. So cuba semak diri tentang apa punca sebenar masalah yang you hadapi, jika ada.

Hati kita bertindak sebagai MAGNET. Hati yang murni akan tarik hidayah Allah, kesihatan, berbagai punca rezki dan kasih sayang daripada semua orang di sekitar kita.

Hati yang kotor akan menarik berbagai musibah, penyakit, kebencian orang, kegagalan, mudah di ganggu atau di buli orang lain, etc.

Sabda Rasul: Allah bila nak beri kebaikan kepada hambaNya, Allah akan uji dengan musibah dahulu. Justeru, berbahagialah jika Allah uji kita dengan sebarang ujian.

Oleh kerana you dah sengsara kerana kerenah orang sekeliling, bersedialah untuk menerima kebaikan dengan syarat you redha dengan ujian yang lalu dan perbaiki diri untuk jadi lebih baik!

Prinsip hidup, jika ubah diri kita secara bersepadu, Allah akan ubah nasib dan prestasi diri kita dan ubah semua orang di sekitar kita. Juga, semakin rapat kita dengan Allah, maka Allah akan perbaiki hubungan kita dengan semua orang.

Mulai hari ini cuba OVERHAUL DIRI YOU secara menyeluruh dengan:

1. Jaga solat 5 waktu dan lakukan solat-solat sunat qabliah dan ba’diah untuk menampung segala kekurangan dalam solat fardu.

2. Solat taubat dan istighfar 70kali sehari setiap hari. Bila dosa terampun, maka hati jadi bersih, dapat mengawal emosi, mudah dapat suasana kerja yang terbaik, doa makbul, mampu berfikiran kreatif dan semua orang sayang.

Lakukan juga solat hajat, istikharah dan tutup dengan solat witir setiap malam. Nabi suruh kita solat witir setiap malam sepanjang hayat sebagai pembalut kepada segala amalan kita seharian agar dapat diserahkan kepada Allah dengan sempurna.

3. Maafkan semua orang setiap malam sebelum tidur agar hati jadi bersih, badan sihat, wajah jadi cun, doa makbul, lebih yakin diri, lebih kreatif, dan semua orang maafkan kita dan melayan kita dengan cara yang positif.

4. Baca Doa Pembuka 12 Pintu, Doa membuang sifat negatif, Bismillah 5 & ayat Kursi. Pengalaman menunjukkan sesiapa yang mengamalkan doa-doa tersebut, maka orang bujang akan bertemu jodoh, yang berkawin akan wujud kasih sayang, di sayangi kawan sekerja,

Teguran kita orang terima, selesai masalah, sembuh penyakit dan terbuka semua pintu-pintu rezeki dan pintu-pintu kecemerlangan. JIKA YOU GOOGLE, YOU AKAN DAPAT DOA-DOA INI DENGAN MUDAH.

Share doa-doa tersebut dengan kawan-kawan dan ahli keluarga yang lain.

5. Pagar diri dengan fatehah and surah 3 Qul, hembus tapak tangan dan sapu seluruh badan. Ini akan menghindar daripada gangguan manusia, binatang, jin dan sihir.

6. Lembuntukan hati you dan semua orang dengan fatehah, Surah al Hasyr: 21-24, Surah Ta Ha 1-5, ayat Kursi dan hembus ke badan atau ke arah orang-orang tu, makanan, gambar atau pakaian yang dah di pakai sebelum di cuci.

Untuk lembutkan hati sendiri, sedut dan telan air liur selepas membaca ayat-ayat di atas.

7. Layan semua orang lebih baik daripada biasa agar nereka melayan you dengan baik.

8. Setiap kali nak masuk rumah atau pejabat, baca Bismillah, surah al Ikhlas, senyum, beri salam dan masuk dengan melangkah kaki kanan dulu.

Ini akan menghindarkan setan bernama DAASIM yang duduk atas pintu daripada masuk kepala dan ganggu supaya manusia bergaduh,

Bos menzalimi pekerjanya, kawan dengan kawan akan bertengkar, suami isteri bertengkar, anak-anak melawan ibubapa, anak-anak bergaduh sesama sendiri, kawan sabotaj atau buli kwn, etc

9. Setiap kali nak bercakap dengan orang lain, bacalah 3 nama Allah: Ya ‘Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir dan hembus ke arah orang tu jika masih jauh atau berdehem depannya jika sudah berhadapan.

Ini akan melembuntukan hati sesiapa agar dpt mendengar cakap atau hujah you.

10. Jika terlalu sedih atau tertekan, bacalah doa yang Nabi saw ajar:

a. Inna lillahi wainna ilahi rojiuun.

b. ALLAHUMMAK JURNI FI MUSIBATI WA AKHLIFLI KHAIRON MINHA,

c. Ya Allah, aku ada masalah dengan orang yang kuat menyindir. Ya Allah. Kau bantu aku dan beri aku keyakinan dan kemampuan untuj jadi insan yang berwibawa dan jauhi daripada masalah dan cabaran ya Allah. In sya Allah hati akan tenang & DOA AKAN MAKBUL.

1. untuk orang yang bermasalah tu, YOU:

a. Maafkan,

b. Doakan,

c. Bantu dia dengan ikhlas,

d. Beri dia hadiah,

e. Ceria depan dia,

f. Hebahkan kebaikannya,

g. Bela dia jika sesiapa kutuk dia.

Bila kita doakan mereka, Malaikat akan aminkan doa dan seterusnya mendoakan kita agar berjaya.

Juga, jika selalu doakan mereka maka Allah akan jadikan mereka hormat dan sayang kat kita!!

Ingat ORANG BALING TAHI, KITA BALING BUNGA. IN SYA ALLAH BUNGA AKAN KALAHKAN TAHI.

12. AMBIL KESEMPATAN SEMANGAT RAMADHAN UNTUK JERNIHKAN SITUASI. TAK PERLULAH YOU BERSEMUKA DENGAN MEREKA TU. TAKUT JADI LEBIH KERUH.

Cuba amalkan amalan di atas selama 40 hari kerana tabiat baru terbentuk dalam 40 hari. Insya Allah you akan nampak pembaikan diri dari masa ke masa. Jadikan tip-tip ini sebagai titik perubahan yang terbaik..

Moga Allah bantu you dan selamat maju jaya, wassalam.

– Tipah Adelyn (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *