Kisah saya. Saya pernah install satu Apps ni, lebih kurang macam terapi apps la, yang mana kita dengar masalah-masalah orang yang nak meluahkan masalah mereka; tapi kita tak saling mengenal. Dari situ, saya mula aktif sebagai pendengar masalah manusia secara online, just sebagai listener dan client, dari segi istilah nya saya rasa.
Saya bermula sebagai client, maksudnya orang yang nak didengari, sebab waktu tu saya sedang stress dengan sesuatu, dan taktahu kemana nak meluah, jadi ditakdirkan terjumpa Apps tu. Kemudian, saya upgrade sebagai Listener, dan saya dapat rate yang ok la, sebab saya ni memang jenis suka jadi pendengar kot.
Faedah saya dapat sebagai listener ni, saya boleh tahu dan dengar kepelbagaian jenis masalah manusia manusia around the globe. Bahasa pengantar adalah Bahasa Inggeris, dan memang kebanyakan client yang guna Apps tu adalah dari negara barat.
Kebanyakan common problem mereka adalah berkaitan seks. Bagaimana, nanti saya jelaskan. Ada perkara perkara yang baik, ada juga yang kurang elok dan ada yang bagi saya tak bermoral, sampai di akhirnya saya ambil keputusan untuk uninstall sahaja Apps tu.
Antara client yang saya terima adalah dari Canada, seorang wanita 40-an yang ada anak lelaki berusia 20-an. Wanita ni, luahkan kat saya tentang anak lelakinya yang berperangai pelik; sebab si anak ni selalu pandang fizikal atas si ibu dengan pandangan bernafsu.
Saya sebagai listener, supposed to listen sahaja, bukan bagi nasihat. Tapi saya fikir perkara tu sangatlah tak betul (beliau cerita secara detil apa jadi, dan benda tu memang tak patut berlaku antara anak dan ibu, even morality pun tak dapat melogikkan). Lalu saya bagitau si ibu ni supaya jaga adab berpakaian walaupun dalam rumah, terutamanya di depan si anak. Wanita ni terima baik nasihat saya, tetapi lama kemudian barulah dia buka kisah, dia seronok apabila si anak buat perkara tu. Malah diminta saya untuk menyokong tindakannya bercinta dengan anak sendiri. Saya jadi speechless, kecelaruan apakah ini. Saya cakap terus terang, anak Puan buat benda tu atas dasar lust (nafsu) , bukan love (cinta) sepertimana yang puan nak percayai. moral pun tak dapat terima benda tu, hujah agama memang saya tak pakai sebab dia tak menganut agama..
Ada juga kisah, seorang lelaki mengadu, dia dah berkahwin. katanya sedang kursus di London, bersama seorang staff wanita, yang juga dah kahwin. Dan mereka tempah satu bilik sahaja untuk jimatkan kos. Jadi bila dah sebilik, dia takut terbuat sesuatu yang membelakangi isterinya. Saya tanya la, kenapa tak cari bilik asing asing? Nak jimat kos katanya. Saya ended up berhenti jadi listener dia, sebab dia bukan bermasalah besar pun sebenarnya, cuma nak meluah yang dia bernafsu kat staff perempuan tu, tu je. Dan diorang seolah suka sama suka, jadi apa saya boleh buat? Dia mintak nasihat, tapi bila saya suruh tunduk pandangan, dia main main je saya nampak. Tak serius. Nasihat tak jalan, saya undur diri sajalah.
Ada confession yang saya dapat, seorang ayah, ada anak perempuan seorang, dan mereka tinggal berdua sahaja. Anaknya kemalangan, jatuh dari kuda, tangan patah dan perlu bantuan bila nak mandi dan urusan urusan peribadi. Even anak sendiri, bila dalam keadaan bantu untuk mandi dan salin baju, si ayah ni jadi bernafsu jugak, dan dia rasa benda tu salah, dia takut kalau dia mengapa apakan anak perempuannya tu nanti.
Saya minta dia cari maid perempuan untuk elakkan dari terjebak lebih jauh, tapi alasannya kewangan tak mengizinkan pula.. Jadi saya doa yang baik baik je la, moga si anak ni terpelihara dan si ayah dapat kawal diri.
Saya masih ingat, satu ketika saya terima aduan seorang client lelaki, yang request untuk phone call dengan saya, dalam keadaan we both remain unknown. Saya tanya, untuk apa? Katanya, dia nak masturbate over my voice. Seriously.. saya terkejut dan spontan rasa jijik (saya tak tahu macamana nak describe perasaan tu). Saya terus berhenti mesej dia dan block. Saya bukan alat untuk dia lampiaskan nafsu.
Ada banyak sangat, pengakuan dan aduan yang saya dapat, berkisar masalah masalah begini. Saya nak kongsi apa yang saya nampak dan saya dapat dari semua ni,
1- Saya nampak keindahan Islam.
Kebanyakan client yang saya dapat adalah non Muslim, masyarakat barat, hidup mereka moden tapi tak ada panduan. Kita lihat negara mereka gah, pemodenan dan sebagainya tapi masalah sosial mereka sangat dahsyat. Bermula dari rumah lagi,takde panduan mana yang betul,mana yang salah.. banyak benda dijustifikasi ikut nafsu. Kesannya, institusi keluarga kucar kacir, rasa tak selamat even dalam rumah sendiri.
Saya nampak dari situ, islam titikberatkan batas aurat, asing bilik tidur anak lelaki dan perempuan, kawal pergaulan; semuanya bersebab. supaya tak terjadi sumbang mahram dalam keluarga tu sendiri. Jadi awal awal lagi Islam tutup pintu pintu yang boleh mengundang ke arah tu, awal awal lagi langkah pencegahan dan digariskan dalam agama Islam.
2- Saya rasa bersyukur jadi masyarakat Timur yang ada Agama.
Ada orang, sangat agung agungkan barat. Semua dari negara barat nampak perfect di mata mereka. Saya pun pernah nampak macam tu, kehebatan negara Barat. Tapi sebenarnya ada sisi sisi buruk yang tak tersingkap dek kebebasan sosial yang melampau.
Di sana, saya difahamkan semuda usia 12 atau 13 tahun, adalah normal untuk seorsng perempuan hilang dara. Seorang lelaki, bila usia 20-an dan masih tak ‘bersama’ dengan mana mana perempuan, dianggap loser. Istilah memelihara maruah dan kesucian bagaikan takde nilai dah.
Salah seorang client saya pernah tanya, “awak tak pernah berpegangan tangan dengan lelaki di usia awak sekarang?” dia macam betul betul takpercaya lah. Sebab tak wujud dalam komuniti dia. Saya fikir, apa yang peliknya, ramai je yang macam tu. Pegang tanya ayah, pernahlah. Tapi tu lah hakikatnya, kat negara barat,mereka tak ada batas batas yang perlu dijaga, terlalu bebas sampai terbabas.
ni, apa yang saya nampak dan berdasarkan pengalaman saya sendiri bersembang dengan mereka. mungkin di sesetengah tempat sahaja, saya pun tak berapa pasti. tapi hakikat secara umumnya begitulah.
Bagi saya, saya sayangkan budaya dan adat ketimuran, ditambah dengan peraturan beragama.. semua ni memelihara dan mengangkat maruah manusia selayaknya manusia. Membezakan dengan haiwan, yang bebas pilih pasangan dan berhubungan bila bila waktu. Islam tak, Islam buat panduan dengan sangat cantik, saat bila naluri tu boleh ditunaikan, kepada siapa dan sebagainya.Seks tak salah,sebab ia salah satu perkara penting nak sambung keturunan.. cuma ada panduan dan kaedahnya. Macam dalam Islam, syaratnya melalui perkahwinan.
3- Silap faham tentang Islam perlu diperbetul.
Saya pernah jadi listener untuk seorang lelaki dari New York, yang ada masalah low self confidence, dan dia rasa hidup ni tak ada makna dah. Saya banyak jadi pendengar untuk kes dia ni. Bila dia tahu saya ni Muslim, dia tanya, saya Sunni atau Syi’i. Kenapa orang islam tak henti henti berperang. Katanya lagi, media di NY selalu momokkan Islam sebagai terrorist, pengganas. Dia dikelilingi masyarakat yang benci pada islam.
Saya sedih jugakla, saya tak cukup hujah nak betulkan persepsi negatif tu semua. Cuma saya bagitau dia, kaji lah, jangan percaya seratus peratus apa yang media sajikan..
4-Iman teruji bila sendiri
bila benda tu antara kita dan handphone je, takde orang tau..kita lah yang tentukan untuk teruskan atau stop. Susah jugak nak handle, sebab iman kita pun senipis kulit bawang.
Contohla, berkaitan benda ni, saya pernah dapat client yang takde masalah besar pun, cuma suka suka nak cari teman bersembang. So saya layankan saja, walhal sepatutnya lebih baik saya abaikan.
5- Bila mudharat lebih banyak dari manfaat, saya pilih untuk berhenti.
Macam saya cakap awal awal tadi, menjadi listener ni, banyak benda saya dapat dan nampak. Tapi lama kelamaan saya lihat Apps ni makin tak betul dah. boleh dikatakan 8 dari 10 aduan/masalah adalah dari lelaki lelaki yang kehausan..Untuk pengetahuan, saya tak letak gambar sebagai profile pic pun. Tapi mungkin sebab saya perempuan, saya dapat banyak request dari lelaki. macam friend request camtulah. bezanya, saling tak mengenali, cuma bertindak sebagai listener dan client. maklumat peribadi semua tak dinyatakan.
Jadi bila dah macam tu, saya rasa lebih baik saya berhenti. Untuk apa saya dengar kisah kisah seputar isu seks oleh mereka yang bangga melakukannya. Membazir masa satu hal, lagi satu saya bimbang jugak, kalau nanti mendengar perkara-perkara tu jadi normalisasi buat saya. Saya taknakla sampai ke tahap tu.
Dipendekkan cerita, saya pun uninstall la Apps tu. saya takdelah rasa sedih apa pun, cumanya bagi saya benda yang dah berlaku, jadikan pengajaran. Ambil iktibar. Jadi antara yang saya share kat sini, itulah pengajaran yang saya dapat, moga moga ada sedikit manfaat untuk pembaca budiman sekalian.
Terimakasih Admin jika tersiar. Moga ada manfaat walaupun sedikit. :)
– Ahla
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit