Online Learning

Berikut kisah Online Learning (OL) yang dituliskan beberapa hari lepas, dan dapat kecaman yang hebat dari netizen.

https://iiumc.com/pendapat-mengenai-online-learning-secara-umum/

Saya ingin kongsi pula pengalaman saya OL sebagai pelajar antarabangsa. Awal-awal MCO diumumkan, saya sempat pulang ke ibu negara saya.

Jadi, Alhamdulillah, saya sempat untuk menjalankan OL selama 2 sem ni.

Ada pasang surutnya, dan saya rasa dalam masa OL ini, pensyarah dan pelajar harus sentiasa berkomunikasi supaya tiada salah faham.

Saya ingin ketengahkan beberapa perkara yang telah dilakukan pensyarah untuk kebaikan pelajar, dan pada masa sama, saya rasa perlu ada perubahan pada sesetengah perkara.

Segala yang dituliskan di sini akan lebih kepada pengalaman sebagai pelajar antarabangsa, jadi harap boleh faham jika ada salah silap.

1. Pensyarah mangadakan sistem buddy, di mana kita akan berpasangan, tidak kira jantina dan bangsa.

Sistem buddy ini terus terang menolong saya, lebih2 lagi apabila saya rasakan suara pelajar2 antarabangsa tidak kedengaran dan masalah kami tidak diambil kira.

Sistem buddy ini menolong saya dalam mengharungi pembelajaran secara talian, di saat saya tidak tahu apa yang terjadi di Malaysia.

Saya banyak berkomunikasi dengan buddy saya dan cuba meminta tolong jika memerlukan. Sistem ini telah memberi saya semangat dan memperbaiki kesihatan mental saya.

2. Memberi respons setiap masa, setiap pensyarah mesti mahukan respons, tapi kadang-kala cara mereka agak keterlaluan.

Saya ada 1 pensyarah yang akan selalu memaksa kita memberi respons, dan apabila sudah diberi, beliau akan mengatakan kita salah dan tidak fokus dalam kelas, dan akan sambung untuk menherdik.

Ada masa, beliau akan bertutur dalam Bahasa Melayu di dalam kelas pada kebanyakan waktu, sedangkan ada banyak pelajar antarabangsa dan tidak memahami Bahasa Melayu sangat.

Bagi saya, ini adalah sesuatu yang tidak seharusnya berlaku lebih2 lagi jika univerisiti itu adalah universiti antarabangsa. Kerana ini antara punca ketidaksefahaman dan salah berkomunikasi antara pelajar dan pensyarah.

3. Sistem feedback/ cadangan, sistem ini digunakan oleh salah 1 pensyarah saya yang di mana dia cuba untuk menyuruh kita melakukan feedback pada beberapa waktu supaya dia tahu apa masalah dan jika kita ada cadangan.

Saya suka cara ini kerana kita dapat menyuarakan pendapat pada pensyarah lebih2 lagi tanpa segan dan ini lebih terang.

Akhir kata, mohon maaf tetapi saya rasa masih banyak yang perlu dititikberatkan berkenaan pelajar antarabangsa.

Saya sedar yang ada bakal kata kita pendatang, jadi tidak perlu untuk bising. Ada yang akan kata kamu yang pilih untuk ke sini tapi banyak bising dan komplain.

Tetapi saya rasa kemaslahatan ini perlu terjaga kerana Islam sendiri mengajar untuk menjaga kemaslahatan sesama umat.

Dan maaf kata, awal2 saya ke Malaysia untuk belajar dan rasakan bahagia kerana Malaysia adalah negara Islam. Tetapi apabila saya melalui fasa-fasa di sini, saya rasakan tidak guna saya ke Malaysia dan kami dipulaukan.

Itu sahaja dari saya. Mohon maaf jika ada silap. Terima kasih kepada semua pensyarah yang sudah bersusah payah untuk mengajar OL.

Dan bagi pelajar2 yang bermasalah, jangan risau dan takut meminta pertolongan. Sekian.

– Pelajar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *