Online Learning: Perspektif Seorang Pensyarah

Assalamu’alaikum semua pembaca.

Di sini, saya ingin menjawab dan memberi maklum balas dari confession bertajuk “Pendapat Mengenai Online Learning Secara Umum” (https://iiumc.com/pendapat-mengenai-online-learning-secara-umum/).

Semua orang terkesan dengan COVID-19 yang mana telah menyebabkan norma hidup semua berubah termasuklah kepada mereka yang bergelar pelajar.

Kami sebagai pensyarah juga faham tentang kekangan yang ramai hadapi terutama sekali masalah teknikal yang sering berlaku tanpa mengira masa.

Di sini saya ingin mengulas tentang apa yang telah disampaikan oleh Confessor :

1. Pelajar masuk lewat ke kelas online.

Pelajar memang selalu hadir lewat dengan pelbagai alasan yang diberikan. Bagi saya mudah saja. Saya akan tunggu pelajar selama 5 minit, kemudian saya akan terus mulakan kelas.

Takkan nak tunggu semua datang, baru nak mulakan kelas. Kesian pada mereka yang hadir awal. Kalau nak tunggu sampai 15 minit, takut silibus tak habis pula.

Kepada yang masuk lewat tu, saya selalu benarkan saja mereka masuk. Tapi kepada yang sering lewat, kadang-kadang sejam setengah lewat tu memang kena marah la juga.

Kami tahu siapa yang sering lewat masuk. Bila ditanya kenapa lewat, ada masalah teknikal, alasan yang diberi overslept lah, terlupa yang ada kelas lah. dan macam-macam lagi.

Ada yang lagi bijak, masuk je kelas dibiarkan je on online class tu. Bila kelas dah habis, masih tak keluar dari online class tu. Nampak sangat dibiarkan je on, tapi memang tak fokus -mungkin tidur.

Yang menariknya, selalunya pelajar yang sama. Kadang-kadang tu kita dah pergi tandas, minum air tapi mereka masih ada dan tak keluar. Nampak sangat!

Saya pernah keluarkan carry marks kepada sudents, dan 2 orang pelajar WhatsApp bertanyakan mengapa mereka dapat 0 markah,

Saya hanya menjawab kerana mereka tidak hantar tugasan. Alasan yang diberikan membuat saya naik angin – “saya tak tahu yang assignment itu wujud”.

Berbuih mulut saya menerangkan tentang tugasan di dalam kelas berkali-kali dan muat naik arahan di dalam Learning Management System.

2. Pelajar tak masuk langsung.

Confessor dengan mudahnya suruh pensyarah beli Google Meet premium. Apa kata, Cik Confessor bagi cadangan kepada pelajar yang lain untuk fikirkan cara untuk hadir ke kelas?

Ya betul, saya selalu record online class saya. Adakah saya share kepada students? Saya letak link video dalam Learning Management System yang semua pelajar boleh akses.

Persoalannya, adakah mereka menonton video itu. Saya boleh katakan kurang dari 5% yang akan menonton.

Saya juga berkongsi pelbagai video tutorial cara menggunakan pelbagai aplikasi komputer dengan pelajar yang saya rakamkan sendiri walaupun saya telah mengajar di kelas. Adakah mereka menontonnya? Saya sangat meraguinya.

Selalunya saya akan buka akses video untuk 2 minggu sahaja kerana jika tidak berbuat demikian, pelajar akan malas dan akan menunggu saat-saat akhir untuk menonton terutama sekali sebelum test atau final examination.

Acapkali saya memohon pelajar untuk membaca buku teks sebelum kelas. Selalunya, takkan ada yang baca. Kalau ada yang baca pun, memang boleh dikira dengan jari. Nasib baik ada dari takde langsung kan.

3. Pelajar tidak beradab.

Saya setuju dengan confessor. Kami pensyarah tak pernah peduli sama ada pelajar nak makan atau minum atau potong kuku masa online kelas. Tak guna buat peraturan kalau pelajar sendiri taknak dengar. Online learning ni self-directed learning.

Students have to take responsibility for their own learning. Masing-masing dah besar, diberikan akal fikiran. Pandai-pandailah buat keputusan sendiri.

4. Pelajar tak on camera atau microphone.

Sebenarnya perkara ni terpulang kepada pensyarah. Ada yang buat peraturan kena buka kamera.

Kalau saya, saya lebih suka jika pelajar buka kamera ketika perbincangan supaya ada face-to-face di di situ. Kalau saya mengajar menggunakan slides, selalunya saya takkan nampak muka pelajar.

So, kalau nak off camera, terpulang. Sedih tau mengajar bercakap dengan screen monitor bila semua off camera. Rasa macam cakap sorang-sorang. Kalau microphone tu, saya lebih suka jika pelajar off bila saya mengajar dan on bila perlu sahaja.

Pasal social anxiety, please do not claim to have this if you are not diagnosed with the disease. Buka camera je pun, dan semua dalam kelas tu pun are all your classmates.

Kalau macam ni dah asyik takut, macam mana nak menghadapi dunia luar yang sebenar tu. Tolonglah jadi lebih berani sikit. Kalau memang betul-betul ada anxiety, maklumkan kepada pensyarah.

5. Pelajar penipu dan tidur.

Macam saya katakan – masing-masing dah besar, diberikan akal fikiran. Pandai-pandailah buat keputusan sendiri. Pandai-pandailah menghadapi kesannya juga.

6. Pelajar tak respond.

Kenapa pensyarah tanya soalan? Sebabnya kami nak tahu sama ada pelajar ni dengar atau tidak yang kami ni tengah mengajar, terputus ke internet. Setiap kali kelas mula, saya akan tanya soalan yang sama “can you hear my voice?”, “can you see my shared screen?”.

Mula-mula tu takde jawapan. Lepas saya tegur sebab kenapa saya tanya soalan ni, laju je jawab. Kami pensyarah pun rasa insecure juga guna online learning ni.

Kadang-kadang syok bersyarah rupa-rupanya line dah lama terputus. Students whatsapp pun kadang tak perasan sebab khusyuk sangat mengajar.

Dengan adanya feedback, dapat menaikkan motivasi kami untuk mengajar selain dapat tahu masalah pelajar. So, masa ni la nak tanya soalan.

7. Pelajar tak cukup masa.

Masa memang takkan pernah cukup. Bukan pelajar je tak cukup masa, semua orang pun terkejar-kejar. Bahagilah masa dengan baik. Kami bagi tugasan pada pelajar, bukan main bagi je tau.

Kami tengok juga kemampuan pelajar. Kadang tu siap pulangkan suruh buat balik walaupun marah. Kami buat sebab taknak pelajar kami gagal. Tapi ada yang ambil kesempatan – hantar tugasan hari terakhir key-in markah.

8. Kelas/ video tambahan.

Pada saya, tak perlulah minta pensyarah buat extra video. Ilmu tu ada di hujung jari je. Pergilah Google, carilah di YouTube. Berdikarilah sikit, janganlah terlalu bergantung pada pensyarah. Belajar cara maklumat dari Internet (Information Searching).

Kalau tak jumpa atau tak faham juga, baru tanya balik pada pensyarah. Saya pernah beri bermacam-macam video yang dirakam sendiri dan latihan kendiri tapi tak dibuatnya sampai ramai failed. Yang dipersalahkan, mestilah pensyarah.

9. Ahli kumpulan tak beri kerjasama.

Pensyarah memang takkan bahagikan tugas kalau itu kerja berkumpulan. Pandailah bahagikan kerja sendiri sesama ahli. Takkanlah perkara macam ni pun pensyarah nak masuk campur. Setiap Programme Learning Outcome (PLO) sesebuah program memang akan ada TEAMWORK.

Kalau benda ni pun kena campur tangan pensyarah, macam mana nak berdikari. Nanti dah masuk alam pekerjaan, boss takkan buat macam ni, dia nak kerja siap je. Kalau ada yang tak beri kerjasama, maklumkan sahaja pada pensyarah.

Kesimpulannya, memang ada banyak cabaran online learning ni kepada pelajar dan pensyarah. Kita hendaklah berusaha yang terbaik dalam menimba dan menyampaikan ilmu.

Saya pasti ramai pelajar dan pensyarah dah buat yang terbaik untuk memastikan online learning ini berjaya.

Lebih baik kita fikirkan cara menyelesaikan masalah dari menuding jari siapa yang bersalah. Tepuk dada, tanya selera. Takde guru atau pensyarah yang mahukan anak muridnya gagal.

Jika tulisan saya menyakiti mana-mana pihak, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan.

Apapun, mari kita doakan semoga COVID-19 ni hilang di muka bumi ini secapat mungkin dan mulakan kelas fizikal bersemuka macam dulu. Jangan pula masa tu baru rindu nak online class.

Stay safe!

– Alia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *