Online Scam

Assalamualaikum.

Banyak kan kita baca atau dengar citer orang-orang yang kene scam ni. kene tipu jual beli online. Banyaknyer jual beli smartphone-iphone.

Rata-rata yang kene scam nilai bukan sikit. Ada yang kene sampai beribu. Yang untungnya si penipu tu lah. Cari makan dengam cara menipu.

Setakat ni Alhamdulillah lagi aku tak pernah kene. Banyak jugak aku beli barang online. Tapi sebelum aku buat pembayaran, memang banyak bende aku check dengan penjual. Sampaikan kadang2 penjual pun letih nak layan.

1. Lepas setel jer deal dengan penjual, harga sekian sekian, alamat penghantaran semua. sebelum aku bank in duit, aku akan tanya dulu dekat penjual dia duduk mana. contoh penjual tu jawab duduk shah alam. kebetulan aku duduk langkawi. Aku akan cakap mcm ni:

“Besok saya nak turun kuala lumpur, rumah kakak. Boleh tak jumpa petang atau malam dekat shah alam”

Kalau penjual tu betul2 jual barangtu, dia akan setuju untuk jumpa. tapi kalau penjual tu penipu, 1001 alasan dia akan bagi untuk elak dari jumpa. Dia akan cakap post sahaja.

2. Salinan IC. ini sangat penting. Biasa aku akan mintak penjual amik selfie sambil pegang ic. dan aku akan pastikan gambar dia dgn gambar ic clear. kalau gambar tak clear lagi2 gambar ic, jangan lah percaya. package pulak dia hitamkan no. ic dia atau alamat, lagi lah jangan percaya.

3. dah dapat no. ic kan, tgk umur dia dah boleh mengundi ke belum. kalau dah boleh, sila cek dkt website spr. biasa boleh cek nama dan alamat tempat penjual tu mengundi.

4. dah dapat semua tu, tgk nama akaun bank sama ke tidak. kalau tak sama, tanya dekat penjual kenapa? kalau dia cakap akaun kakak ke abg ke, bapak ke, adik ke, confirm tipu. Tak kan lah tak ada akaun sendiri. Kalau letak akaun nama company, mintak no. pendaftaram syarikat. dari situ boleh cek maklumat syarikat.

5. kalau dia cakap dia buat dropship ajer, mintak no. company tu dan call. confirmkan betul2 yg penjual tu memang ajen dropship yang sah.

6. dah dapat no. akaun, pergi copy dan google no. tu. biasa ada website yang orang buat. dia dah listkan nama, no. akaun, no. ic, no. phone orang2 yang pernah menipu dalam urusan jual beli online ni. biasa kalau ada scammer baru, dorang akan update. dalam fb pun ada. kene rajin jer.

itu je kot, kalau ada lagi, boleh lah tambah. tapi apa pun, kalau dah nak kene tipu jugak tak boleh nak cakap apa. yang penting usaha kita sebelum kene tipu. jangan biarkan puak2 menipu ni berleluasa.

Assalamualaikum

– encik asam

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit