Operasi ‘Sayang Abah’

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua Pembaca tegar IIUM Confession.

Sebagai pengenalan, aku Abang, usia di awal 30-an. Tergerak di hati nak berkongsi kisah bagaimana Abang dan adik-adik bekerjasama dalam menjayakan operasi ‘OPS SAYANG ABAH’, 6 ke 7 tahun lepas.

Dalam usaha ini kami berjaya mencapai Objektif utama iaitu selamatkan Abah dari menambah ‘cawangan ke-2’.

Abang lahir dalam keluarga yang boleh dikatakan hampir sempurna, walaupun ada masanya kewangan akan menjadi isu besar, tapi secara keseluruhannya bahagia.

Di amanahkan 4 orang adik di bawah Abang, sudah semestinya Abang lah ‘Jeneral’ dalam keluarga ini.

Abah, sebagai seorang Staff di satu Estet, waktu mudanya hampir keseluruhan boleh dikatakan hanya mencari rezeki untuk Isteri dan anak-anaknya.

Dia tak suka makan di luar. Mengeteh dengan kawan-kawan pun sangat jarang. Dia tiada hobi yang memerlukan dia untuk meninggalkan keluarga.

Rutinnya, pagi keluar bekerja, petang balik ke rumah dan diangkutlah kami semua keluar ke mana-mana untuk ambik angin segar. Duit pun tak pernah berkira. Jauh sekali suka menggatal.

TAPI! semua itu dah mula perlahan-lahan berubah bila Abah mula dinaikkan pangkat kepada Eksektif.

Abah memang Popular dalam kalangan orang bawahannya sebagai seorang yang tidak berkira, agak berduit sekarang sebab gaji lebih besar, senang diajak berbincang dan ramah.

Mungkin sebab itu, ada yang cuba mengambil peluang atas Abah. Timbul watak Janda dalam kisah ini Abang namakan sebagai S untuk ‘S#NDAL’.

Si S ni memang Abang cukup kenal sebab dia masatu orang bawahan Abah. Abang pun berkawan dengan anaknya. Dia pernah berkahwin dengan warga Indonesia dan dikurniakan 3 anak. Menjanda selepas suami pulang ke negara asal.

Cerita bermula, bila Abah ditukarkan ke Estet lain di luar negeri. Jadi berpindahlah kami semua ke tempat baru.

Masa dah siap semua barang diangkut ke dalam lori, dan sesi salam peluk cium, si S ni sempat pulak pesan pada Abang, supaya Abang panggil dia dengan panggilan ‘Mak’ lepas ni kalau ada rezeki jumpa lagi.

Abang yang masa tu tak tahu tentang benda ni macam ‘blank’ lah sekejap kan. Dah kenape pulak nak kena panggil ‘Mak’?

Abang yang masa tu naif, cuma fikir, “oh, mungkin dia nak hubungan yang terjalin antara 2 keluarga ni supaya tak putus lah kot”. Ternyata Abang memandang rendah ucapan si S ni. Memang ‘Makkk’ betul dia ni. LICIK!

Selang beberapa bulan keluarga Abang berada di tempat baru, Abang mendapat 1 perkhabaran yang tak syok mengenai Abah dari kawan Abang sendiri. Memang lumrah berada di Estet, berita dan cerita akan cepat tersebar, walau berlainan negeri.

Ada mulut-mulut yang bercakap bahawa Abah sedang menjalin hubungan dengan S.

Abang pada mulanya memang acuh tak acuh bila dengar berita tu, sebab Abang yakin, yang Abah bukan jenis macamtu. Jadi berita ni Abang sekadar kongsi sahaja dengan 2 lagi adik Abang.

Rezki Abah. Dia dapat hadiah tajaan dari pihak pengurusan untuk menunaikan Umrah di atas hasil kerjanya yang cemerlang di Estet sebelum ini. Sampai masanya, Abah pun berangkat ke Tanah Suci.

Kuasa Allah, adik Abang yang tengah, menjumpai telefon Abah yang Abah tinggalkan di Malaysia.

Disini muncul lagi 2 watak iaitu adik Abang, Angah dan Acik. Kami bertiga memang dah lama sebenarnya perhatikan geri Abah terus ambil peluang ni.

Abang dan Angah masa tu masing-masing tak tinggal dirumah sebab Abang dah kerja, Angah pulak di IPT. Tapi segala tindak-tanduk Abah, Acik lah yang melaporkan. 2 lagi adik Abang masatu belum cukup akal untuk terima isu berat macamni.

‘Bagai orang gatal ditawarkan kawin anak dara’, Acik terus buka segala rahsia Abah selama ni yang Abah sangka selamat disimpan selamanya dalam telefon. Maka terbongkarlah semua. YA! memang selama ni Abah duduk syok berhubung dengan si S tu.

Semua isi ‘chat’ mereka bocor kepada kami. Perkara pertama yang terlintas dalam kepala Abang masatu, “tak, Abah bukan macamni.” cuba Abang untuk menidakkan realiti, walhal bukti sudah jelas!

Setelah kembali berpijak dibumi yang nyata, Abang sedar bahawa Abang lah yang terpaksa memikul dan mengetuai misi untuk berhadapan dengan permasalahan ini.

Ini tugas Abang sebagai ‘Jeneral’ dalam keluarga. Setiap ‘Penceroboh’ harus dihapuskan! Perkara ni mesti ditangani tanpa pengetahuan MAMA!

Mana mungkin kami akan biarkan air mata Mama jatuh untuk perkara bodoh seperti ni ketika kami bertiga sudah cukup akal dan boleh membantu keluarga.

Dan mana mungkin Kami akan biarkan S yang tak tahu punca keturunan sama-sama bersenang menggunakan harta Abah sedang kami yang ada bersama jatuh bangun Abah selama ini! Abang ‘tekan’ Butang kecemasan!

Menyeru kepada Angah dan Acik, “Abah perlukan kita sekarang”.

– Abang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *