Assalamualaikum. Jika confession ini bermanfaat, mohon admin siarkan.
Tak nak intro panjang-panjang. Aku dah tamat pengajian dalam bidang Optometri dan alhamdulillah sekarang bekerja di salah sebuah optical retail chain store ternama tanah air. Aku nak cerita tentang liku-liku hidup aku sebagai seorang optometrist.
Dari sebelum grad lagi kawan kos lain duk kata kos opto ni senang. Banyak relaks. Dah habis belajar, mula kerja pun gaji boomboomboom walaupun fresh grad. Okay. Since itu je orang nampak tentang opto ni, aku nak cerita sikit apa yang buat gaji kami boomboomboom sangat (actually takde la gempak sangat. alhamdulillah biasa2 je). Since aku bekerja dalam bidang retail, maka aku hanya akan menceritakan tentang corak kehidupan pekerja retail sahaja. First of all, kami kerja 12 jam. 12 jam! Lima hari seminggu. Kadang-kadang enam hari seminggu. Sabtu Ahad nak cuti? Sila mimpi je la. Barai tak barai tu ikut semangat kau je lah. Hari-hari hadap macam-macam kerenah manusia. Belum kira kau kena berdiri pakai heels sambil tersenyum lebar nak greet customer. Tu kalau hari yang baik ye lah tak kena marah. Datang hari malang, customer entah sapa2 datang melempar speks dia kat kita. Padahal kita ni tak tau apa pun masalah dia. Dah tak tahu masalah tu satu hal, lagi masalah besar bila kita tengah terpinga-pinga dengar dia marah tak semena-mena. Mencelah sikit, kena marah balik. Manusia oh manusia.
Datang pulak sorang pakcik ni yang jenis menyembang cara tak kena. Sambil aku tengah menulis prescription kat kedai, dia tanya aku “Belajar sampai tahap mana dik?” aku jawab dengan nada biasa-biasa “Degree, encik”, Pastu dia dah mula.
“Degree kerja kat tempat macam ni?” (aku kerja dalam mall je kot bukan di lorong-lorong gelap)
“Iya pakcik, ini memang salah satu dari branch bidang saya. Kenapa ya?” Aku dah start menyampah.
“Ye lah, degree. Buat la kerja office. Mall ni tempat budak-budak SPM je.”
“Saya optometrist lepasan universiti XXX. Kerja kami memang bukan duduk dalam office buat paperwork, encik. Kami cek mata untuk bagi orang yang ada masalah penglihatan untuk lihat dunia dengan lebih baik inshaallah. Macam saya cek mata anak pakcik tadi.” Jawab aku dengan penuh yakin.
Pakcik tu masih memandang aku dengan pandangan sinis.
“So kerja macam ni biasanya berapa you dapat sebulan?” (kerja macam “ni” je katanya?)
“RMxxxxK. Campur commission dapat la dalam RMxxxxK sebulan.” Aku dah malas nak sambung perbualan.
“Wah bagus jugak tu eh.”
“Alhamdulillah. Cukup lagi untuk beli cekodok buat minum petang.”
Maka dengan tiba-tiba je nada suara, body language pakcik tu serta merta berubah. As if taking an interest pulak. Mula-mula pandang sinis je mentang-mentang aku kerja kat mall je. Dah tau gaji, sibuk pulak nak sembang macam mana aku boleh end up kat jalan ni, siap tanya pathway untuk anak dia lagi, apa kriteria dan kelulusan minimum untuk belajar bidang Optometri, apa lagi option kerja selain bidang retail. Amboi laa…sebut pasal duit je terus nampak masa depan. Aku sebut kami duk cek mata bagi penglihatan lebih baik tak berminat pun. Jadi sesi kaunseling career pulak.
Pesanan buat adik-adik optom yang bakal graduate di luar sana. Masa belajar ni sila lah belajar betul-betul. Setiap orang ada kecenderungan yang berbeza. Ada yang minat bidang klinikal. Ada yang suka retail. Ada jugak yang minat bidang akademik. Tapi kena sentiasa ingat, masa belajar ni lah kita akan dapat semua benda. Clinical dapat, retail pun dapat, academic pun dapat. Dah kerja nanti nak semua benda? Mimpi je semua tu. Dah start kerja, kau hanya akan dapat salah satu je daripada tiga tadi. Kalau dapat 2/3 dari tu, consider yourself lucky. Dan, kau hanya akan dapat ketiga-tiganya selepas at least 10 tahun pengalaman dalam bidang ni inshaallah. Tapi semuanya bergantung kepada rezeki, dan minat masing-masing.
Pesanan kedua, Respect your lecturers. Sebab bukan semua orang mampu menjadi pendidik. Setiap ilmu yang dituntut ada satu elemen yang kita selalu terlepas pandang – KEBERKATAN. Kerana yang diajar itu adalah ilmu. Dan tidak ada ilmu yang sia-sia. Setiap seorang pensyarah awak semua adalah a pool of knowledge. Learn everything from them, sebab mereka sudah tentu deliver 110% of them in their lecturers. Mereka ada passion untuk mengajar. Cara kita ambik knowledge tu je mungkin salah. Pensyarah sentiasa nak menghasilkan graduan yang terbaik. Kalau kita digagalkan oleh sorang lecturer tu, jangan ambik hati. Pensyarah kita semua professional. Kalau dia masih belum yakin dengan kemampuan kita nak jaga mata orang kat luar sana, mana mungkin dia bagi kita lulus? That’s why they are our lecturers. They will make sure hasil didikan mereka semuanya boleh jaga mata orang. Mata, penglihatan, bukan benda main-main weh. Hilang salah satu, gelap dunia orang tu.
Pesanan ketiga, bersyukur dengan rezeki yang kita dapat. Contoh kalau mula-mula grad memang yakin minat klinikal. Retail langsung tak nak pandang sebab bukan business minded kononnya. Let me tell you. Duduk dalam retail pun otak optometrist masih ligat okay. Kita nak fikir jenis lens apa paling sesuai, lebih-lebih lagi jenis multifocal. Sekali customer pakai speks terus pening – dalam kepala tu dah fikir macam-macam possibilities kenapa orang ni pening? Orang mengadu mata pedih pakai contact lens la, silau dengan lampu rumah, tengok phone nampak bengkok, tu semua otak optometrist kena jalan. Duduk dalam retail tak perlu rasa rendah diri dari member-member yang kerja specialist. Kita retail bukan setakat jual barang. We are selling our knowledge. Contoh, lens Brand A lagi mahal dari lens B. Tapi kalau takda knowledge kenapa Brand A lebih baik dari Brand B, macam mana mau jual? Ingat, customer bukan setakat beli barang jugak. Mereka beli knowledge you sekali. Tak dapat clinical yang korang nak tu? Takpa, sabar. Rezeki ada di mana-mana. Mula-mula susah sikit nak adapt tapi inshaallah lama-lama kita akan sedar, ilmu ni ada dimana-mana, begitu juga rezeki. Kawan clinical tengah bahagia? Takpa, itu bahagian dia. Mereka dapat knowledge dari segi penyakit, kita dari product yang sentiasa berubah mengikut teknologi. Bila-bila lepak minum exchange your knowledge with each other sebab masing-masing tau, kita takkan dapat ketiga-tiga benda yang disebut tadi buat masa ni. Dan paling penting, yang kerja klinikal tak rasa superior dari kerja retail, dan retail tak rasa superior dari kerja klinikal. We need each other.
Pesanan keempat. Bidang kita pelbagai. Tapi masing-masing kena ada inisiatif sendiri untuk teroka cabang bidang optometri ni. Jangan harap disuap je.
Pesansn kelima. Manusia memang bermacam ragam. Patient macam-macam. Customer lagi macam-macam. Kenapa? Aku malas nak explain, korang pun dah besar boleh fikir sendiri. Bila terpaksa hadap penrangai, hadapi dengan tenang. Tak perlu melenting. Air muka kena seposen ya. Jangan buat muka nak marah, nak menangis. Kau nak menangis meraung, lepas kerja dah settle dengan sorang customer ni pergi lah pantry menangis sepuas hati. Tapi jangan lama layan perasaan pulak. Dah sekali dua nangis tu inshaallah lepas tu kau akan kebal. Hahah. Tak dinafikan, masih ada yang pandang rendah kalau kita kerja dalam mall. Kau jawab je dengan berhemah dan budi bahasa. Jangan cepat nak marah. Kadang-kadang kita jawab selamba pun dah la. Chill je. Kerja optom ni kena banyak chill, jangan ambik hati, sebab kalau emo nanti kerja tergendala. Nak kira-kira congak pun tak boleh sebab emosi terganggu kononnya. Walaupun budi bahasa kena elok, jangan terlampau bagi muka sangat. Kita kena pandai tackle the situation. Pandai-pandai la ubah suasana dari customer yang mulanya nak marah, jadi terdiam sampai dia dengar cakap kita – because for primary eye care, we are in charged.
Sekian.
*Gaji sengaja tak ditulis dalam bentuk angka sebab taknak nanti ada yang nak belajar Optometri sebab gaji semata-mata. Kau masuk bidang ni, belajar seikhlas hati, dah keluar nanti baru tau. We only get what we deserve.
– B.Optom (Hons), 201x
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit