Optometrist Tegar

Assalamualaikum kepada semua pembaca. Kepada admin Jika confession ini bermanfaat, mohon admin dapat siarkan. Supaya para pembaca dapat menilai lebih lanjut tentang apa yang aku cuba sampaikan. Aku berjantina lelaki sudah berkahwin, baru ada sorang anak dan dah berada dalam bidang Optometrist nie hampir 5 tahun. Keluaran universiti awam tempatan. Universiti mana tu jangan ditanya. Nanti kena bash pulak dengan lecturer lama.

Mungkin confession tentang kerjaya optometrist sebelum nie macam tak berapa jujur sepenuhnya. cerita yang manis manis je, jadi dalam ruangan kali nie, aku nak kupas black side bekerja sebagai optometrist dari sudut pandangan aku k. Its ok to disagree. Ini negara “demokrasi”

Dan bolehla dijadikan panduan untuk adik adik yang terfikir nak meneruskan pelajaran dalam bidang optometri nie pada masa akan datang. Baca dan renung renungkanlah. Kalau lepas baca korang masih nak join jugak bidang nie, dipersilakan…..sebab korang memang berjiwa optometrist kental. Sebelum tu, aku nak bagi satu advice, pada mereka yang nak pilih Opto sebagai kursus pilihan masa masuk universiti atau sebagai kerjaya akan datang. Fikir balik la. Aku nasihatkan korang tukar pilihan kepada kursus lain. Korang nampak suma optometrist dekat kedai tu senyum je kan. Cuba tanya, diaorg betul happy ke dengan keje dia.

First nak sentuh berkenaan gaji, gaji Optom dekat Malaysia untuk fresh graduate agak tinggi dan selalunya yang tinggi tu bila kita kerja bahagian retail @ kerja kedai cermin mata @ kedai Optikal @ apa apa la korang nak sebut. Dan kalau bekerja dalam bidang klinikal macam kerja dibawah pakar mata dekat Klinik mata atau Hospital swasta, gaji lebih rendah daripada tu dan tiada komisyen.

Kalau tengok pada gaji kasar, macam nampak besar, tapi jika kita bahagikan masa bekerja dengan gaji yang kita perolehi sebenarnya gaji per hour kita adalah lebih kecil berbanding dengan gaji fresh grad yang lain. Jumlah hari bekerja bergantung. Ada yang bekerja 5 hari ada yang bekerja 6 hari.

Semenjak penempatan Optometrist di Hospital tidak dibuka semenjak 4 tahun lalu. Maka Dengan ini aku mengandaikan kebanyakan optom bekerja di sektor “Retail” bekerja selama 5 hari @ 12 jam sehari. 60 jam seminggu. 240 jam untuk 20 hari dan 276 Jam untuk sebulan.

Rata rata mereka yang bekerja di sektor swasta yang lain bekerja selama 9 jam sehari, 45 jam seminggu dan 180 jam untuk 20 hari dan 207 jam sebulan.

Jika dikira gaji per hour untuk 276 Jam bekerja sebulan berbanding dengan 207 Jam sebulan maka gaji kami lebih kurang sahaja dengan gaji graduate yang lain. Cuma kalau keje dekat retail nie ada komisyen la dan itu pun bergantung pada jualan, besar jualan besarlah komisyen, kecil jualan ciput la komisyen anda. Ada sesetangah tempat, mereka x memberikan komisyen ini atas alasan tertentu. Maka dengan ini andaian gaji kami bombastik itu adalah tidak tepat. Perbezaan hampir 70 Jam itu adalah masa yang dikorabankan untuk mendapatkan nilai gaji yang lebih. Ianya seperti bekerja lebih masa secara paksaRela

Kedua tentang masa bekerja yang melibatkan kehidupan seharian. Sebelum aku berkahwin masa kerja 12 jam tu tak berapa terasa, sebab kalau balik malam pun terus tido, tak perlu jenguk anak atau isteri. Kerja masuk pukul 10 pagi, balik 10 malam, samapi rumah dalam 10.45 PM. Balik terus tido macam tak ingat dunia sebab memang tersangat penatlah kerja melayan kerenah pelanggan dekat KL nie.

Tapi lepas kahwin, ada insan yang perlukan perhatian kita, anak dan isteri untuk dimanjakan, balik dah penat memang certain masa akan effect juga la perhubungan. Kadang kesian anak aku, ayah dia sibuk cari duit sampai xde masa sangat untuk anak. Untung la isteri aku seorang yang sangat memahami, kalau tak, tak tahu la macamana.

Here come the bitter truth. Berkenaan praktis optometri ataupun kedai spek, kebanyakkan daripada mereka adalah profit base. Bisness kan, siapa nak rugi. We care about your eye but we care more about ur money.Bagi aku, aku akan cuba push produk yang paling mahal kalau aku rasa orang tu boleh bayar, terutamanya mereka yang dh tua dan dah masuk umur presbyopia, bukan produk yang aku push tu x bagus, tapi macam overkill la untuk mereka. Kalau kau nampak miskin ataupun kedekut yang amat sangat, aku tolak benda biasa je. Kadang aku akan suggest kepada produk yang lebih beri personal komisyen untuk diri aku sendiri. Sebab makin besar korang beli, makan banyak la komisyen aku kan. Jangan salahkan aku k, inilah realiti. Apa apa yang based kepada komisyen semua pun macamnie. Sekurang kurangnya aku x menunggang agama macam jual minuman air yassin la. Valet doa la, kismis cerdik Alquran 40 juzuk yang claim boleh terangkan hati dan minda.

Dekat retail kami kerja sama sahaja macam Sales Assistant. Cuma lebihnya kami buat refraction mata anda. Certain practice ada sediakan Slitlamp(microscope untuk mata). Tapi kalau dah terlalu ramai sangat pelanggan. Memang x sempat la nak guna. Lagipun pelanggan marah kalau dikenakan cas untuk pemeriksaan mata sebegitu. Mereka cakap kami bukan Dr. Kenapa nak cek lebih lebih dan cas mereka untuk khidmat sebegitu.

Lagi satu jangan terkejut la kalau certain tempat yang refract mata anda tu adalah Sales Assistant yang dh bekerja lama. Mereka tiada kelulusan ijazah atau diploma Optician pun untuk dapatkan prescription. Tapi siapa yang nak pantau betul tak? Penguatkuasaan Majlis Optik di Malaysia tersangatlah lemah, sepanjang yang aku ingat keje dekat sini, mana ada badan penguatkuasa datang cek lesen aku. Kami optometrist ada lesen khas daripada MOC. Tapi bagi aku sekadar perhiasan sahaja. Kalau x barukan lesen tahunan pun bukan ada orang cek.

Tanya la pada mana mana rakan Optometrist anda, aku boleh jami mereka akan cakap keje nie NO LIFE. sabtu ahad pun kerja. Public Holiday pun kerja juga. Kalau lelaki mungkin boleh digagahkan lagi, tapi kalau perempuan khususnya yang dah berkahwin? Fikir fikirkanlah. Sapa nak cari isteri Optometrist tu boleh fikir balik la k.

-Optometrist Tegar –
– Mr Opto

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit