Orang Alim Yang Acah-acah Maksum

Hi, assalamualaikum kepada semua pembaca. Nama aku Hanis, sebenarnya ni confession aku yang keempat, tiga confession yang lain aku dah tak ingat apa tajuk dia dan satu daripada nya adalah balasan untuk confession confessor lain.

So penulisan kali ni aku nak cerita jugak berdasarkan pengalaman aku setelah membaca confession Engkau Yang Berdosa, (https://iiumc.com/engkau-yang-berdosa/).

Cerita aku ni pasal jenis orang-orang ‘alim’ yang rasa diri diorang perfect sampai suka sindir orang macam lah diorang tu confirm masuk syurga.

Aku ni bukan lah kata benci mahupun jijik dengan spesies orang-orang alim ni, malah aku hormat kat golongan ni sebab ye la, ilmu agama tinggi kan.. banyak benda boleh belajar.

Lagipun aku dulu pun sekolah agama jugak dari darjah 1 sampailah tingkatan 5 tapi aku bukan lah jenis manusia yang alim dan warak, aku jenis yang biasa-biasa je.

Tak macam sesetengah kawan-kawan aku yang lain, aktif dakwah sana sini, pegi ceramah luar sekolah, rajin gi masjid belajar ilmu agama, bila cuti pegi sekolah pondok.

Aku tak macam tu dan family aku pun tak macam tu, kitorang bukan agamawan tapi alhamdulillah basic tu ada. Tudung aku pun tak la labuh mana, asal tutup dada dan apa yang patut tu kira okay la.

Tapi, apa yang aku tak suka dengan jenis yang alim-alim ni bila ada sesetengah dari mereka yang sombong dengan ilmu sendiri.

Asyik nak cari kesalahan orang, tegur pun dengan nada sinis je, sama macam watak Raisya tu. Suka judge and cop orang berdosa sana sini. Tu yang buat aku kadang-kadang mengelak dari diorang.

Kadang-kadang tu suka sangat sebar aib dan dosa orang lain. Aku tak paham lah, bukankah sepatutnya orang yang dah tahu banyak ilmu agama ni makin bagus akhlaknya dan makin tunduk dirinya laksana padi, bukannya seperti lalang.

Tapi tak semua orang alim perangai macam tu, kawan baik aku sendiri alim tapi punya la baik, cakap sopan, nasihat pun lembut je, tak pernah nak sindir2 ni.

Aku pun ada lah jugak libatkan diri dalam dakwah-dakwah bagai ni, tapi kat sekolah je la. Bagi tazkirah pendek, jadi ketua tu, ketua ni, malah naqibah/ ketua usrah (takde sapa dah student alim yang tinggal, so ustazah tarik aku, tu pun sebab senior naqibah usrah tu pindah sekolah).

So disebabkan jawatan naqibah usrah ni la, aku pun dicop sebagai alim kat sekolah padahal aku rasa aku tak pun sebab ‘alim’ tu maksudnya ‘orang yang berilmu’ dan aku tak sampai pun tahap tu.

Entah la, aku tak suka bila orang panggil aku macam tu. Padahal masa usrah tu pun, aku bagitau berdasarkan apa yang aku belajar kat kelas atau pun dalam buku yang aku baca.

Benda basic yang semua orang boleh tau dan aku cuma ulang je, kesian kat adik-adik usrah aku sebab dapat naqibah tak best.

Berbalik kepada point asal, aku bukanlah nak burukkan orang belajar agama ke apa… Tapi sesetengah mereka ni yang buat orang alim lain dipandang serong sebab kononnya acah-acah baik dan suka condemn orang. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Tak boleh nak deny yang aku pun dulu pemikiran sempit sebab bergaul dengan orang alim acah-acah maksum ni. Tapi sejak aku belajar dekat university, kenal banyak sangat orang yang lain bangsa dan agama, fikiran aku makin terbuka, senang kata open minded la.

Aku tak sambung study dalam bidang agama sebab aku nak kerja dalam bidang lain sedangkan 90% dari kawan sekolah agama aku pegi belajar dekat university agama jugak macam UIA USIM UPSI malah ada yang sampai ke timur tengah.

Bila aku belajar dekat university yang ‘bukan agama’ ni, aku dapat tahu banyak punca yang buat seseorang tu tenggelam dalam dosa2 berat dan kebanyakkannya bukan kerana mereka sendiri.

Kawan-kawan university aku yang sos**l, banyak teman lelaki buat zina sana sini sebenarnya ketagih sebab dah kena ‘grooming’ sejak kecik-kecik dulu.

Kawan-kawan aku yang gay dan lembut sebenarnya pernah kena rog*l masa dia kecik oleh pakcik dia sendiri. Kawan-kawan aku yang tak tutup aurat dengan sempurna sebab perents pun tak pernah ajar pakai tudung malah ibu, kakak, nenek mereka sendiri freehair.

Kita ni senang la suruh diorang pakai tudung, tapi senang ke bagi diorang nak hadap makian cacian family diorang hari-hari kata diorang tu bajet alim??

Kita tak diuji dengan cara mereka diuji. Kita dilahirkan dalam keluarga yang alim, jadi bila besar pun alim. Diorang diuji dengan lahir dalam family yang ingkar dengan Tuhan, bila dah dapat hidayah, diorang nak berubah, family pulak yang pulau.

Ingat, hijrah tu mudah tapi istiqamah tu yang susah. Kita senang la cakap suruh dekatkan diri dengan tuhan, tapi bila hati dah lama jauh, nak dekat balik tu susah.

Bukan takat family, kalau hadap lagi dengan orang alim yang acah2 maksum ni, memang mendapat la segala dalil dia keluarkan. Ni yang buat hijrah orang tak kekal.

Kita kadang-kadang tak tahu history perjalanan hidup diorang macam mana terutama bila kita dah lahir dan bergaul dengan orang ‘alim’ je macam sesetengah kawan-kawan aku yang sambung belajar dalam bidang agama.

Lepastu, bila jumpa orang yang berzina, lgbt, aurat tak tutup, diorang jijik dan anggap pendosa-pendosa tu confirm ahli neraka. Tapi kekadang mereka lupa, kerana sombong la, iblis dilaknat sedangkan dia dahulu dinobatkan sebagai ketua malaikat.

Sedangkan housemate aku ada yang suka bersos**l, seluar fit, tudung singkat, couple sana sini, tapi alhamdulillah solat sentiasa jaga. Aku boleh nampak mereka ada usaha nak jadi yang lebih baik, tapi sebab background diorang, diorang jadi macam tu.

Ya, aku berkawan dengan pengsos**l, gay, lgbt, freehair, dan macam-macam lagi sampai kawan-kawan ‘alim’ aku nasihat aku supaya jauh dari diorang sebab takut aku pun terjebak sama.

Tapi, dalam kaca mata aku, mereka yang dianggap pendosa besar ni lah kadang-kadang lebih baik, lebih berakhlak dari orang yang kononnya alim, aku bukan nak bekap dosa diorang sebab dosa is dosa tapi benda baik yang diorang buat kita tak boleh deny.

Mereka ni lah yang apabila dapat ilmu agama yang sikit, dorang terapkan, diorang amalkan. Kita? Tahu je, hafal je quran tu, tapi tak amal.

Kawan-kawan university yang aku dah sebut ni, solat memang jaga walaupun kadang-kadang lambat, sekali sekala bukak jugak al-quran, cuba untuk pakai pakaian yang lebih modest, pinjam handsock aku bila lengan baju lebar, dengar ceramah sikit2, malah pernah nasihat aku macam-macam.

Aku pun kadang-kadang segan dengan diorang walaupun diorang pernah cakap aku ni alim, ye la sebab tudung aku labuh sikit dari diorang.

Aku boleh nampak diorang ada usaha untuk berubah tapi masih takut untuk berhadapan dengan orang-orang sekeliling. Ye lah, sape yang suka bila orang kata kita ni bajet alim la, jadi ustazah/ustaz la, lebih-lebih lagi dengan nada menyindir.

Akhir kata, untuk jadi pendakwah atau orang alim yang berguna, kita kena bergaul dengan banyak jenis orang yang datang dari banyak jenis keluarga (sebab bagi aku bergaul dengan satu jenis kumpulan akan buat fikiran jadi sempit, contoh: hanya bergaul dengan orang-orang ‘alim’).

Barulah kita boleh faham kenapa diorang jadi macam tu malah boleh ajak terus ke jalan yang betul, bukannya judge dengan makian semata-mata. Dakwah biar penuh hikmah, bukan dengan sindiran.

Itu je untuk kali ni, kalau ada statement aku yang kurang tepat, boleh komen kat bawah. Thank you .

– Hanis (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. … saye nye laen dan saye nak tau pendapat awak .. Fan nak tau ape hukum org panggil kite “ acah” alim “ …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *