Orang Bandar Miskin

Assalamualaikum semua, terima kasih untuk admin jika keluarkan confessions ni. Luahan hati seorang ibu dan isteri berkerja makan gaji.

Tahun 2020 ni genap 4 tahun aku bekerja dari mula kawin sekarang dah anak dua. Alhamdulillah dikurniakan anak senang dijaga, insyaaAllah sampai besar. Aku bekerja sebagai seorang executive untuk handle projek, cukup sekadar itu sahaja untuk dimaklumkan.

Okey tahun pertama dikatakan bagus confirmation staff ade peningkatan gaji dan tahun pertama ade kenaikan gaji tahunan. Tapi cukup setakat itu sahaja. Dulu aku handle project banyak sekaligus dalam 10/12 projek namun hari makin hari projek pon dah selesai tinggallah tahun lepas dalam 3 projek sahaja berjalan.

Masa ni company dah start downsize. Aku plak da kena buat pertambahan kerja. Buat bukan kerja job scope aku belajar itu ini, bagi aku takapa untuk tambah pengalaman untuk tambah ilmu pengetahuan. Sebelum ini berpuluh orang keluar masuk dalam office ni.

Kemuncaknya ialah management bagitahu nak cut gaji sebab company tak boleh nak operation dah. Pada masa yang sama aku mintak budi bicara company untuk off sabtu sbb suami aku sambung belajar aku nak kena jaga anak. Total up sebulan sehari jelah sebab alternate sabtu-contoh minggu 1 dan ke tiga (separuh hari ja kerja).

Masa ni management kata nak potong gaji. Aku kata nak potong berapa gaji? Sebab bukan banyak total aku gaji tak sampai 3k pon dah 4 tahun kerja. Amount die nak tolak agak besar total up sama amount dengan kenaikan dan confirmation aku.

Dan aku diberi pilihan tolak gaji atau berhenti. Masa ni aku takda pilihan. Aku terpaksa hadap dan terimalah sebab dengan keadaan dengan suami nak sambung belajar lagi nak guna duit semua tu. Terduduk aku.

Inilah dugaan yang aku kena tempuh, sekarng sudah hanpir 8 bulan gaji aku kena tolak. Amount bukan sikit, mungkin sikitlah bagi mangement tapi besar bagi aku. Dan aku dah pergi 11 ke 12 interview untuk aku cari kerja lain.

Tahun baru Cina ni aku baru request mintak balik apa yang depa tolak tapi depa tolak mentah mentah permintaan aku, HR kata kalau ade projek jalan baru akan bagi balik gaji aku. Aku just mintak apa hak aku sahaja bukan aku mintak naik gaji.

Pernah sekali HR ade tanya sebab aku banyak termenung, aku fikir duit mana yang patut aku dahulukan. Aku direct cakap saya fikir pasal duit duit tak cukup untuk pusing sampai bulan depan. HR boleh cakap u nak berhenti ka? Saya jawab kalau ada pilihan saya pergi.

HR boleh cakap u pergi mana pon gaji u akan sama sahaja. Terkedu aku dengar. 4 Tahun aku bekerja tiada nilai. Banyak yang aku pergi iv semua takot sebab depa takot aku demand gaji. Sebab dalam bidang handle projek sahaj dah 6 tahun pengalaman aku dan depa terkejut dengan nilai gaji aku sekarang.

Banyak kali depa tanya expected salary aku, aku cuma demand extra RM200 dari gaji aku sekarang, tapi mungkin bukan rezeki aku. Kadang kadang pengalaman aku lagi tinggi dari jawatan yang diberi.

Sakit memang sakit. Macam macam aku buat, cut cost. Tak makan luar, masak setiap hari, weekend berniaga kecil kecilan buat sedaya habis.

Mungkin tertanya laki aku, laki aku ade, tapi kerja kerjaan pangkat pon biasa sahaja die pon buat dua kerja repair kereta kawan kawan buat duet poket untuk makan. Yela duk je bandar tapi kami laki bini pon gaji tak sampai 4k.

Perbelanjaan anak pon pengasuh insurans dua beraadik pon dah 1K belum kira rumah dengan kereta. Kadang kesian tengok laki aku mintak maaf dekat aku, sebab tak mmpu bagi banyak nafkah untuk aku, tapi dia usaha jugak bagi.

Aku terkilan dengan mangement company aku ni, aku dah kerja 4 tahun, kenaikan hanya sekali. Selama ni aku tak demand pon gaji semua. Tapi bila aku ade masalah depa pandang macam aku takda nilai.

Bila dihitung balik dah 4 tahun aku kerja ditolak gaji 8 bulan tu. Aku kerja dengan nilai yang sama. Langsung tiada improvement dari segi gaji, ilmu. Ilmu ni sebab dah 4 tahun aku kerja tak pernah pergi mana mana krusus anjuran atau dibayar company. Semua kalau pergi pon sendiri bayar.

Aku cuma nak luahkan apa yang terbuku di hati. Untuk pengetahuan semua sekarang 10 Feb 2020 dah gaji aku untuk bulan 1 pon aku tak dapat lagi, bukan aku je tapi semua pekerja, sahkan bonus angpau raya cina pon takda. Makan besar pon takda.

Terkilan jasa kita sumbangan kita langsung tak diendahkan lagsung tak dihargai. Terkilan lantik orang baru gaji lebih tinggi tapi takpandai buat kerja alih alih kita jugak kena buat, HR nampak tapi buat buat tak nampak.

Korang semua yang mana bace doakan aku ya dapat kerja lain, aku cuma nak beri yang terbaik untuk anak anak. doakan aku dipermudhakan urusan dimurahkan rezeki selalu. Dan kalau ada yang tahu jawatan kosong sekitar perak boleh drop comment mana tahu rezeki saya kan.

InsyaaAllah.

Salam sayang dari saya untuk semua,

– Milo Cincau (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *