Orang Bandar vs Orang Kampung

Assalamualaikum. Izinkan saya menulis satu luahan perasaan yang kian lama terpendam. Saya nak bercerita tentang perkahwinan saya yang dah terumbang ambing angkara 2 darjat.

Saya dilahirkan dalam keluarga yang agak senang, dibesarkan di bandar besar dan didikan agama yang baik. Saya bersyukur keluarga saya walaupun ramai pendiam, jarang bercakap tapi kalau buat kenduri semuanya kalau boleh datang dan memeriahkan.

Kecuali kalau ada hal yang tak dapat dielakkan atau berada di luar negara. Jarang kami berkumpul untuk mengumpat tapi lebih suka bercerita tentang anak-anak dan bisnes atau kerja.

Suami saya orang kampung. Saya bayangkan orang kampung ni lagi meriah, hidup tolong menolong, ramah dan sebagainya sebab saya tak pernah tinggal dalam suasana kampung. Tapi sangkaan saya meleset sama sekali.

Ketika perkahwinan saya, segalanya terbongkar apabila ramai tak menghadiri majlis perkahwinan saya belah suami. Yang datang pun kawan2 suami. Saudara mara boleh bilang dengan jari. Suami org utara dan saya org selatan. Saya memang tak kenal sangat keluarga belah suami dan waktu itu baru nak start kenal-kenal.

Selepas kenduri sebelah suami selesai, saya dengar mak mertua saya memaki ibunya iaitu opah suami saya. Teruk juga bahasanya. Menangis opah saya.

Saya ceritakan pada suami, suami cakap opah saya ni mulut jahat laga lagakan anak sendiri sampai semua bergaduh sampai pulaukan majlis kami. Saya kesian pada opahnya yang uzur itu tapi suami cakap saya masih baru dan tak perlu nak masuk campur.

Itu cerita 5 tahun dahulu. Kini saya dah ada 1 orang anak. Dan sepanjang 5 tahun kehidupan saya aman kalau jauh dengan mak mertua. Bila dia ada, ada sahaja yang tak kena sebab saya rasakan dia tak suka saya dan salah satu sebabnya, dia ada perasaan cemburu kalau suami luangkan masa dengan saya.

Bila dia ada, asyik mengumpat je hal adik beradik dia, tak puas hati orang tu tak puas hati orang ni. Semua orang tak kena di mata dia. Sikap dia yang suka menjaja cerita tu menyebabkan saya tak suka cerita apa-apa hal pun dengan dia.

Saya balik tapi banyak berdiam. Nak layan borak nanti menambahkan dosa. Sampai sekarang saya tak pernah jumpa adik beradik yang dia pernah gaduh sejak dulu.

Ibu mertua saya ni ada luahkan tak puas hati dengan saya pada suami sebab bila datang rumah saya banyak diam. Cakap hal penting sahaja. Ibu mertua tak boleh terima saya yang pendiam, tak suka membawang, dan saya seorang yang bekerjaya dan bergaji besar maka kehidupan saya sangat sibuk sehinggakan saya tiada masa melayan suami macam raja. Tu pun dia tak puas hati!!!

Paling terkesan sewaktu saya nak bersalin, ayah saya diserang strok dan ketika saya bersalin, mak tak boleh jaga saya dan saya betul-betul harapkan suami yang jaga saya. Dia bawak ibunya dari kampung. Lepas saya bersalin, dia siap halang suami teman saya. Katanya saya bersalin normal, bukannya caesar. Malam tu datang sekejap sangat tu pun nak tengok baby.

Esoknya saya call suami untuk teman tapi dia cakap kalau discaj je baru bagitau then suami akan datang. Saya tanya kenapa, mak mertua terus rampas telefon cakap tak ada siapa nak jaga dia di rumah kalau suami teman di hospital. Allahu.. sebak. Dahlah masa tu mak sendiri tengah jaga ayah yang koma, memang tak ada hati perut.

Dan sejak tu, saya benci dengan ibu mertua saya. Saya tengok dia macam nak suami saya lebihkan dia tapi tak salah cuma dia nak biar saya terkontang kanting. Pernah saya ajak suami bercuti luar negara, dahlaa duit banyak yang saya keluarkan, suami banyak sponsor ibu dia, sampai sana dia asyik berkepit dengan anak dia. Tolong ambilkan gambar. Saya pulak sibuk uruskan anak, angkat2 bag angkat anak.

Bila saya mintak suami ambilkan gambar, dia cakap dah kita nak cepat ni, nak bergambar tak sempat. Hancur sangat hati saya. Masa tidur dia tak bagi saya bentang tilam suruh saya tidur di lantai sebelah pintu bilik air. Rasa macam sampah je dia buat saya.

Dah banyak kali saya baca whatsapp suami yang dia tak suka saya. Lepastu bandingkan saya dengan biras saya itu lagi saya tak tahan. Patutlah adik beradik dia menjauhkan diri semua sebab tak tahan dengan perangai dia.

Masa saya beraya di kampung suami, pagi tu mak saya call dari jauh, terus dia badmood. Dan seperti yang dijangka raya di kampung suami akan jadi raya paling bosan sebab tak pergi mana-mana pun sebenarnya sebab dah bergaduh sana sini memang tak kemana lah. Petang sikit mesti pergi shopping mall.

Dan semalam, saya luahkan kat suami yang saya bersedia nak cerai sebab saya dah tak tahan dengan situasi tak disukai. Saya nak bebas. Puncanya ibu mertua tak suka saya melawan dan protes bila saya tak setuju dengan dia.

Saya tahu saya menantu dan patut beralah tapi sampai 5 tahun makan hati saya dah tak larat lagi. Mak mertua dah doakan bisnes saya lingkup dan kehidupan rumahtangga kami tak aman. Saya dah minta maaf tapi dia masih tak maafkan saya. Cara paling bagus setakat ni, berpisah sahaja dengan suami supaya dia tak payah berebut kasih lagi tapi suami saya tak nak lepaskan saya.

Saya buntu bila ibu dia cakap dia tak merestui apa yang saya buat. Kalau saya berpisah, maka tak adalah istilah ibu dan doa dia yang tak baik tu tak terpalit pada saya dan suami..

Sesungguhnya saya hamba yang lemah dan ingin pertolongan dariNYa..

– Minah bandar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *