Orang Bawahan

Sedih betul aku minggu ini. Bayangkan anak muda yang darahnya masih muda berkobar-kobar inginkan keadilan di tempat mencari rezeki. Tetapi semangatnya telah dipatahkan. Ini bukan sekali malah berkali-kali. Syukurlah rakan-rakan yang sudah ada tempat kerja yang selesa, rakan sekerja yang saling membantu serta majikan yang baik dan prihatin. Hargai. Hargai. Hargai. Anda beruntung. Janganlah sesekali buat kerja sambil lewa. Keluar dan masuk pejabat ikut suka. Kita bekerja untuk mencari rezeki yang berkat. Walaupun hasilnya mungkin sedikit tetapi keberkatannya melimpah ruah. Boleh dikongsi.

Aku ada keluarga tetapi mereka jauh. Jadi, menceritakan masalah membuatkan mereka lebih khuatir. Tidak akan sesekali aku menceritakannya. Aku adalah si bujang perantau. Tiada siapa tahu robeknya hatiku melainkan beberapa orang rakan rapat. Minggu ini aku ke tempat kerja dengan air mata yang tertahan. Pelupuk mata yang hampir tiap masa tiba-tiba ditakungi air jernih. Aku lemah tapi berlagak kuat. Melihat amanah Allah depan mata. Terpandang sosok kecil yang tiap hari menguji kesabaran dan kali ini untuk sekian kalinya dia timbulkan masalah. Aku tidak salahkan dia. Dia masih kecil. Marah dan sedihku tidak dia mengerti. Suruh lain dibuat lain.

Aku diarahkan untuk menulis sepucuk surat tanda kemaafan yang pada aku bukan salahku. Say sorry for no reason. Sudah diingatkan tiap kali meja bulat dibuka. Masalah ini diutarakan. Namun, tiada tindakan. Tahun berganti. Orang yang mengutarakan menjadi mangsa dek kelalaian orang atasan yang gagal dalam tanggungjawabnya. Ingat para si pemimpin. Kelak kau ditanya tentang amanahmu. Apa kau nak jawab? Sudah bersedia?

Ingatlah wahai orang atasan. Anda adalah perisai orang bawahan. Pabila ada yang menjauh pasti ada terguris dihatinya. Berikan kebebasan suara kepada orang bawahan. Janganlah kamu mengancamnya dengan markah prestasinya. Tindakan kamu menyebabkan segelintir daripada mereka bekerja sekadar melepaskan batok ditangga. Hilang jiwanya. Meja bulat adalah untuk percambahan idea. Bukan tempat untuk mendengar omongan kosong kalian. Bukan tempat untuk menabur janji-janji palsu. Bukan tempat untuk mendapatkan isi sebagai bukti minit mesyuarat yang bakal tersepuk dalam fail yang menimbun. Usah buang-buang waktu. Setiap kali, perkara yang sama dibangkitkan.

Seterusnya, Say no to racist. Kita ini Tuhan jadikan pelbagai kaum untuk berkenal-kenalan. Saling mengambil iktibar. Bukan untuk dijadikan musuh. Aku percaya setiap agama ada nilai murni yang mengajar setiap penganut untuk berbuat berbaik sesama insan. Meskipun, kamu tidak berpegang kepada agama, nilai yang satu ini kalau tidak banyak sekelumit pasti ada dalam diri. Ini menjadikan kita manusia.

Akhir kata, maaf kalian. Aku hanya ingin mencurahkan perasaan yang kian membarah dalam jiwa. Jikalau kalian ada nasihat buat diriku. Silakan. I need some advice. Tolong jangan bash aku. Cukuplah di tempat kerjaku sahaja. Aku betul-betul down ni. Jangan kalian tambahkan lagi. Terima kasih iium confessions – BM wadah yang baik sekiranya digunakan dengan cara yang betul.

~ORANG BAWAHAN~

– ~ORANG BAWAHAN~

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit