Orang Beragama Yang Tertipu

Saya Nur. Berusia 30an. Alhamdulillah, saya dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan pendidikan agama.

Masa tadika saya dimasukkan kedalam tadika Islam, masa sekolah rendah saya pergi ke sekolah KAFA, masa sekolah menengah saya belajar di sekolah agama negeri yang ada mengambil matapelajaran tambahan agama sukatan Al-Azhar.

Ya, saya belajar subjek tauhid, hadith, etc tapi dalam bahasa arab. Dan masa universiti pula saya masuk universiti Islam – tapi saya tak ambil jurusan agama.

Kalau orang tengok background pendidikan saya, orang mungkin fikir, oh since dia ni dari kecil belajar agama, mestilah basic ilmu agama (baca: fardhu ain) dia dah mantap.

Well, pada zahirnya ya memang nampak macam mantap, tapi sebenarnya ilmu fardhu ain saya belum lagi sempurna.

Kenapa saya cakap macam tu?

Recently, Allah baru buka hati dan berikan kekuatan kepada saya untuk belajar agama balik.

Macam mana kesedaran nak belajar tu datang? Rasanya tak perlulah saya cerita dekat sini sebab nanti panjang sangat pula ceritanya.

Jadi saya pun start la belajar balik ilmu tauhid, ilmu feqah dengan ilmu tasawuf.

Tasawuf ni saya belajar pun yang level basic je macam belajar bab hati, menjaga anggota badan contohnya macam mana nak jaga mata dari buat maksiat mata, etc. Bukan terus belajar level advance macam kitab hikam tu.

Mulanya niat belajar tu sekadar nak refresh balik benda yang saya pernah belajar waktu sekolah dulu.

Tapi makin lama saya belajar, makin saya sedar sebenarnya banyak benda yang saya tak tahu.

Or maybe benda tu sebenarnya saya pernah belajar masa sekolah menengah dulu tapi saya tak pay attention dan tak ingat sebab sibuk salin terjemahan perkataan dari betul-betul dengar dan hadam tentang topik tu.

And to be honest, waktu sekolah dulu saya lemah sikit subjek agama, selalu asyik dapat C, D je lagi-lagi untuk subjek silibus al-Azhar tu, sebab subjek macam tu memerlukan saya untuk menghafal.

Anyway, biar saya beri satu contoh benda yang saya baru tahu.

Bab solat selepas haid.

Let say la, saya punya haid tu dah kering waktu nak tidur malam, kiranya kering dalam waktu isya la kan.

Kalau sebelum ni saya fikir, eh tak pelah esok bangun pagi saya mandi wajib then saya solat la solat subuh.

Lepas belajar balik, baru saya tahu saya dah diwajibkan untuk solat isya’ since haid saya dah kering malam tu. Sebab syarat wajib solat adalah suci dari haid.

Dan suci dari haid dekat sini bermaksud dah tak keluar dah darah atau saki baki cecair kuning/coklat.

Ya, memang tak sah solat lagi sebab tak mandi wajib, tapi saya still wajib untuk solat sebab perkara yang menggugurkan kefardhuan solat tu (haid) dah tak ada.

Yang lagi parahnya sebelum ni, bila saya buat macam ni saya sekadar solat subuh dan tak qada’ pun solat isya’ yang saya tinggalkan.

Itu belum lagi masuk bab kena ganti solat zohor juga kalau walaupun kering haid waktu asar.

Itu belum lagi bab wajib lagi tunaikan solat walaupun dah sakit beranak selagi darah nifas/wiladah tu tak keluar.

Astaghfirullah.

Dah berapa banyak dosa saya terkumpul sebab saya tinggalkan solat dengan sengaja sebab jahil.

Itu belum lagi dosa-dosa lain yang saya buat sebab tak tahu benda tu dosa.

Dah berapa kali saya end up nangis sebab takut Allah tak terima taubat saya dan matikan saya dalam keadaan saya melazimi perkara yang salah sebab saya jahil.

Seriously, bila fikir-fikir balik, saya rasa sebelum ni saya dah tertipu dengan diri sendiri. Yalah, sebelum ni yakin sangat ilmu agama saya dah cukup, padahal banyak benda yang saya tak tahu.

Dan mujur je ni Allah beri juga saya taufiq dan hidayah untuk belajar balik ilmu fardhu ain walaupun umur pun dah tak berapa nak muda.

Huhu.

Selain tu, dalam banyak-banyak kelas yang saya ikuti sekarang, kerapkali ustaz yang mengajar tu suka ingatkan yang kita sebagai umat Islam kena perkemaskan ilmu fardhu ain especially bab aqidah.

Dia selalu cakap, kalau kita berpegang pada aqidah yang menyimpang (tak kisahlah secara kita sedar atau tidak), iman kita boleh automatik terlucut. Dan kalau mati time tu, mati sia-sia je sebab mati dalam kekufuran.

Kata beliau lagi, tak kisahlah kalau solat kita tu sesempurna mana pun atau banyak mana pun amalan sunat yang kita buat, kalau aqidah kita pegang tu tak betul, semua amalan tu sia-sia je. Sebab kita buat amalan tu dalam keadaan kita sebenarnya tak beriman.

Lepas tu dia pesan lagi, sekarang ni dengan tersebar luasnya faham pelik-pelik dalam masyarakat, lagilah penting nak kena tahu mana fahaman yang betul dan tak merosakkan aqidah.

Macam mana nak tau fahaman itu betul atau tidak?

Yes, kita kena belajar.

Yang tak tahu kena belajar.

Yang tahu, lebih baik sentiasa diulang-ulang supaya lebih ingat dan diperbaiki kualitinya.

Jadi dekat sini saya nak tarik perhatian pembaca semua untuk berhenti sejenak dan muhasabah diri.

Cuba check balik tahap mana level pengetahuan fardhu ain anda.

Kalau dah sempurna, alhamdulillah good for you.

Tapi kalau level yang syok sendiri tertipu macam saya ni? Faham-faham je lah apa tindakan yang perlu dilakukan.

Apapun, mohon doakan saya untuk kekal mujahadah dalam menuntut ilmu.

Saya juga doakan pembaca sekalian diberikan taufiq dan hidayah dari Allah untuk menjadi muslim beriman yang Dia redhai.

Moga Allah pelihara kita dari kekufuran dan kemurkaan-Nya serta ampunkan dosa-dosa kita. Terima kasih..

Yang sedang memperbetulkan diri,

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *