Orang Bujang Akan Meninggal Dunia Keseorangan?

Salam semua. Aku harap coretan ni dapat disiarkan. Because I really need emotional support right now. Pada yang rasa nak kecam, tolong jangan. Sebab aku tengah fragile.

Nama aku Peah. Umur 33 dan bujang. Aku ada sorang abang dan sorang kakak. Aku bongsu. Abang dan kakak aku dah berkahwin dan ada anak-anak. Abang aku tinggal jauh. Kakak aku, Alhamdulillah dekat.

Aku pendekkan cerita, abang dan kakak aku walaupun dah berkahwin dan punya keluarga sendiri, mereka anak yang bertanggungjawab. Selalu telefon mak ayah aku, datang tidur dirumah kami selalu, selalu bagi duit dan hadiah pada kami, bawa kami pergi bercuti.

Kakak dan abang ipar aku juga baik-baik belaka. In short, mereka sedaya upaya membahagiakan mak ayah aku walaupun dah ada family sendiri. Family aku bahagia, Alhamdulillah.

Latar belakang keluarga aku, dulu kami bukan orang senang. Mak ayah aku asal kampung. Ayah aku lepasan SRP. Mak aku berhenti sekolah takat darjah 6.

Dulu kami tinggal di setinggan. Mak ayah aku tak tahu bawa kereta. Dulu kami ke mana-mana naik bas sahaja. Sekarang dah pencen, ayah aku kemana-mana naik basikal. Ke masjid, ke surau, ke kedai.

Tapi walaupun kekurangan, mak ayah aku pentingkan pendidikan anak-anak. Sekarang, Alhamdulillah abang dan kakak aku lepasan master.

Aku stop at degree. Dekan setiap sem, Anugerah naib canselor, pinjaman PTPTN dimansuhkan dan dijadikan biasiswa (tapi aku still bayar PTPTN diploma). Berkat itu, kami adik beradik mampu berdikari. Tidak lah kaya tapi tidak menyusahkan mak ayah aku.

Tahun 2020, mak aku kena mild stroke. Sejak mak aku sakit, aku yang bawak mak aku pergi hospital check up sana sini, tolak wheelchair dia.

Selama ni juga, aku yang bawak ayah aku pergi regular check up di hospital (ayah aku takde sakit apa, cuma monitor kesihatan dia regularly di hospital).

Aku boleh bawak kereta. Auto boleh, manual pun boleh. Jadi aku lah yang jadi runner. Backbone of the family.

Tukang bawak mak ayah pergi hospital. Tukang beli barang dapur. Tukang bayar bill. Tukang hantar dan ambil anak-anak buah bila kakak aku minta tolong. Tukang monitor hospital appoinments. Tukang ambil dan beli ubat-ubat.

Walaupun aku kerja swasta, hal-hal bawa mak ayah ke hospital memang aku handle sorang. Tak nak susahkan abang dan kakak aku sebab aku tahu mereka ada keluarga sendiri.

Abang dan kakak aku selalu volunteer nak hantar mak ayah aku pergi appoinment hospital, tapi aku tak bagi. Biar aku yang buat sebab aku bujang. Cuti tahunan aku pun habis sebab bawa mak dan ayah pergi hospital.

Mula-mula rasa mencabar juga. Aku perempuan. Seorang diri. Introvert. Nak drive ke sana sini sambil tolak wheelchair sorang-sorang, memang rasa mencabar dan penat jugalah. Tapi jujur, tak pernah rasa susah dan terbeban.

Tahun 2022 ni, mak aku dah boleh berjalan, mandi sendiri, berkebun sikit-sikit, bela ikan koi dia dan masak sikit-sikit. Aku belikan treadmill, massage chair, control ubat dan monitor kesihatan dia hari-hari.

Alhamdulillah. Mak belum betul-betul kuat dan kadang-kadang tak stabil, tapi tahap kesihatan dia ada improvement. Alhamdulillah. Aku cuba sedaya upaya menjadi seorang anak yang bertanggungjawab.

Episode anxiety aku bermula lepas mak aku sakit. Macam korang tahu, kami tinggal bertiga. Aku sangat rapat dengan mak.

Setiap hari nak tinggalkan mak pergi kerja, macam-macam benda aku fikir. Bila doktor cerita apa kemungkinan yang boleh terjadi, dunia aku rasa gelap.

Langit rasa nak runtuh. Boleh ke aku hidup tanpa mak? Boleh ke aku hadap if worst of the worst happen?

Aku cuba kawal anxiety aku dengan solat dan doa. Kadang-kadang rasa terkawal. Most of the time, I just don’t feel alive. I just don’t want to get up from bed and show up.

Actually aku takde lah pendiam sangat. Boleh bergaul dan berbual normal. Cuma crowd and people drained me. Obviously aku introvert.

Introvert sangatlah value being alone. Pada aku itu freedom. I’m easily exhausted being around people.

Tapi, introvert juga rasa sunyi. Aku ada fear, ada rasa stress kerja, sama macam orang lain. Aku ada dua, tiga orang kawan baik. Semua dah kahwin dan ada anak-anak. Jadi aku takde teman lepak dan bercerita meluah perasaan.

Kadang-kadang aku luahkan perasaan pada mereka. Aku whassap. Kadang-kadang mereka balas dan bagi support. Kadang-kadang berminggu-minggu whassap aku got ignored. Terasa memang terasa. Tapi jujur, aku faham tanggungjawab orang yang dah berkahwin ni.

Tanggungjawab, kehidupan dan masalah mereka tak sama macam aku yang bujang ni.

Lately ni entah kenapa aku buat satu experiment. Aku tak initiate the contact. Turns out, nobody reach out to me first. Nobody check me up.

Takde sorang pun kawan baik aku ucap selamat menyambut ramadhan. Takde sorang pun yang whassap aku dulu ucap selamat hari raya.

Seriously to type “Selamat hari raya maaf zahir dan batin!” takes less than 20 seconds kot!

So selama hari ni aku je ke yang check up on them first? Aku sorang yang cari mereka dulu? Aku je ke yang propose ajak lepak? Memang rasa loser gila. Tiba-tiba rasa macam lonely and takde kawan baik. Other than family, I have no people. I have no soulmate. Pathetic nya aku.

Topic last, soal teman hidup. Jujurnya, aku tak cantik. Personality pun tak outgoing. Penampilan sederhana je. Maybe that’s why sampai sekarang bujang.

Setakat ni aku selesa je sendiri. Mak ayah tak pressure pun. Abang aku pun steady je adik bongsu dia tak kahwin-kahwin.

Kakak aku je. Kakak aku selalu push suruh cari kawan. Pergi keluar kenal-kenal. Selalu membebel.

Kakak aku cakap jangan jadi anak dara tua. Nanti mak ayah dah takde kau macamana? Nak hidup sorang-sorang atau nak bergantung hidup pada adik-beradik dan anak-anak buah? Nanti sakit, siapa nak jaga?

Pada aku, kakak aku memang pushy. Tapi dia realistik. Aku pernah saksikan saudara lelaki aku sakit, kena stroke, masuk hospital. Takde siapa nak ambil dia tinggal dirumah mereka. Sebab dia tiada isteri, tiada anak.

Anak-anak buah tak rapat dengan dia sebab masa dia sihat, dia tinggal sendiri dan buat semuanya sendiri tanpa susahkan siapa-siapa. Jadi masa dia sakit dihospital, tiada siapa yang rasa mereka bertangjungjawab untuk ambil dan jaga saudara lelaki aku ni.

Akhirnya dia meninggal dihospital sendirian. Nurse cakap dia mogok patah hati dan tak mahu makan, sampailah dia meninggal.

Aku juga pernah saksikan saudara perempuan juga mengalami nasib yang sama. Bujang terlajak. Kaki kena potong kencing manis. Akhir hidup dia, dia menumpang tinggal dengan adik beradik dan anak-anak buah.

Aku dengar, kakinya yang dipotong membusuk sebab tiada siapa yang rajin bawak cuci dan dressing di klinik selalu,

Anak-anak buah dan adik beradik semua sibuk dengan hidup masing-masing dan acuh tak acuh sahaja, sampai lah ajal dia. Ibarat hidup menumpang, not belong to anyone. Not wanted by anyone.

Aku faham konsep tawakkal. Aku juga faham konsep usaha. Sekarang aku selesa sendiri. Jaga mak, jaga ayah. Hidup tanpa perlu report pada siapa-siapa. Ada kerja dan duit boleh berdikari.

Tapi aku fikir, apa akan jadi pada kalau Allah jemput mak aku dulu? Mampu ke aku hidup sendiri?

Tapi aku tak mahu rush berkahwin dengan orang sembarangan semata-mata tak mahu jadi bujang terlajak. Semata-mata takut hidup sendirian. Aku lebih rela kahwin lewat dari menyesal.

Jarang aku mengaku aku sunyi. Sebab pada aku sunyi itu satu nikmat. Nikmat bersendirian tanpa diganggu. Tapi ada sela waktu, aku tenggelam ditelan rasa risau dan takut. Dengan masa depan. Tolong doakan aku tetap baik-baik sahaja.

– Peah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *