Hi aku Ana. Tak ada apa, cuma aku nak cerita. Aku masih bujang dan dikelilingi oleh lelaki lelaki yang kadang kadang buat aku takut.
Perempuan² bujang/single ni sering dianggap ‘gatal’ , ‘tak tahu jaga diri’ , dan ramai yang pandang serong.
Aku pernah niat nak kahwin untuk menjaga diri. Tapi tu lah, mungkin aku tengah diuji dengan perkara yang aku doakan tu.
Aku masih bujang. Tapi aku okay sahaja. Sibuk dengan kerja di pejabat dan pengajian phd aku.
So far, aku sangat menjaga diri aku. Tapi ada je suami orang, tunang orang yang gigih mendekati sama ada di dunia realiti dan alam maya.
Nak kata aku melayan, tak juga. Sekadar bertegur sapa atas nama manusia. Atas dasar kawan di tempat kerja atau ada tugasan. Tiada melebih. Tu pun bukan aku yang mulakan dulu.
And kadang kadang aku rasa title bujang ni susah dan meletihkan untuk aku. Ada lelaki yang Dm mula mula atas dasar kerja. Kemudian melalut sehingga ke hal hal peribadi.
Malam malam aku dihantui mesej mesej dari lelaki yang dah pun berkahwin dan suami orang.
Aku tak membalas. Biarkan sahaja begitu telefon penuh dengan notifikasi. Kalau penting, siang hari baru aku balas. Itupun kalau bekeperluan atas dasar kerja.
Cuma ada masa, bila aku tak tahan (dengan mesej mesej dari lelaki ini),
Aku menegaskan juga kepada mereka bahawa aku masih bujang, aku tidak mahu menjadi fitnah, peruntuh rumah tangga dan pemusnah hubungan.
Dan ada juga perangai lelaki hidung belang yang aku jumpa.. Di hadapan isteri, alim, pijak semut pun tak mati. Tapi dibelakang siap sedia untuk cuba tackle aku.
Ada juga tunang orang, tengah bertunang, tapi masa yang sama mesej juga perempuan bujang macam aku untuk ajak berkahwin/dating.
Tapi syaratnya kene dating sembunyi sembunyi. Red flag kan?
Ada suami yang masih tergantung proses cerainya (belum selesai hal cerai), tapi memburu aku untuk menjadi calon seterusnya. Menjadi bakal ibu untuk anak²nya. Huh.
No wonder isteri isteri di luar sana risau dan curiga.
Dan aku sebagai perempuan bujang, pada umur ini, merasakan seperti aku ni dah menjadi fitnah, walaupun bukan aku yang mencari.
Aku sudah sedaya upaya tutup ‘lubang’ fitnah (block, avoid, buat tak nampak), tak friend sembarangan dengan lelaki. Tapi masih saja ada yang datang menguji. Dalam pelbagai cara.
Doakan ya supaya aku jumpa seorang suami yang boleh jaga maruah aku, jauhkan aku dari gangguan, jauh sekali suami orang, tunang atau pasangan orang.
Semoga baik baik sahaja untuk semua.
Yang masih ada isteri, tunang atau pasangan, jagalah pasangan anda baik baik.
Jangan buka ruang untuk iblis memecahbelahkan keluarga dan hubungan yang sedia ada.
Dan jangan libatkan orang lain dalam hal hal rumah tangga. Termasuklah perempuan² bujang macam aku. Boleh jadi itu permulaan bagi perpecahan dan penceraian.
And untuk wanita bujang, always kene tahu your worth, boundary.
Kalau lelaki tak ada boundary, kita yang mulakan. Set boundary.
Itu je. Bye.
– Ana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit