Orang Depression Bukan Pemalas

Assalamualaikum semua! Hi juga! Okay, ramai sangat yang share pengalaman depression masing2 lately. Aku pun turut terpanggil nak ‘luah’ pengalaman aku infact dengan menulis ni aku rasa macam ringan sikit beban hati aku. Aku tak berapa pandai bercerita tapi aku cuba my best untuk share okay. Aku di diagnos dengan Boderline Personality Disorder, depression, anxiety and eating disorder.

Kisah aku bermula early 2016, mak ayah aku had divorced. Aku pula baru nak daftar degree, so i do it all alone, dari pergi daftar sorang sampai la uruskan PTPTN. And aku frust sangat waktu tu, hubungan mother daughter pun dah jadi rengang and I started to go out and find some other ‘love’ yang aku boleh dapat. So aku berkenalan dengan ramai orang, aku ni dulu seorang yang amat susah nak berkawan, bila aku dah berkawan thats the only friend yang aku percaya.

July 2016, aku berkenalan dengan seorang lelaki yang dah banyak sangat mengubah hidup aku. Macam biasa mula jatuh cinta, tapi aku tak sedar aku jatuh cinta dengan kepunyaan orang. Tapi aku berdegil, sebab waktu tu aku memang betul2 need someone and dia datang buat aku happy. Aku teruskan juga hubungan ni dengan perasaan half diri kau tak rela untuk jadi num 2 tapi half lagi diri kau tak sanggup nak hilang dia even baru sangat berkenalan. Macam2 kecaman carut yang aku dapat waktu tu dari banyak pihak, orang cakap aku play victim sedangkan hati aku memang terluka sangat2.

Disebabkan itu, aku banyak duduk dalam bilik dia asrama, and aku start nak dapatkan attention lelaki tu. suddenly dunia aku jadi dia. Paham tak? Haha. Tapi no one understands my feeling, even aku luah dekat kawan aku. Aku bertarung dengan perasaan sedih tu sendiri. Hubungan kitaorang ada up and down. Untuk overcome that feeling, aku aktif kan diri, aku busy kan diri dengan join aktiviti dekat uni aku. even kawan2 aku ada rasa doubt dengan aku samada aku mampu ke tak balance kan aktiviti dan belajar. Yeah i did it! Aku berjaya untuk forget rasa sedih make new friends, belajar to built my self-confident.

Okay then, Lelaki yang aku puja dan obses ni rupanya orang yang sangat baran, bercakap dengan aku cara yang kasar, mencarut, panggil aku perempuan murah dan even aku pernah kena pukul kalau dia tengah marah. And to get his attention and other parts of otak aku yang tak function nak aku mati so aku minum ubat batuk sampai berbotol2, aku makan segala jenis pills yang ada tulisan ‘mengantuk’, aku toreh tangan aku dengan pisau lipat or pisau ckur kening and nobody by my side. Benda ni semua jadi rutin aku bila aku kecewa, sebab takda orang yang pernah peduli.

Aku jugak pernah lompat dri kereta yang dia tengah drive, campak phone aku smpai pecah screen berkali2. Aku pernah drive sampai depan rumah dia, merayu dia jangan tinggal aku. Litteraly, aku gila obses sangat dekat lelaki tu. Aku tak boleh dia tinggal aku even baru lepas seharian keluar dating aku akan moody and sedih yang amat. Kawan2 aku saw this, nampak perubahan aku and nasihat supaya aku move on, tinggalkan lelaki tu. Tapi aku sabar sebab aku pun tak tau kenapa aku tak boleh nak tinggal dia. Pisahkan kitaorang macam mana pun, we are still together. Lelaki tu buatlah apa pun dekat aku, aku still sayang dia infact makin sayang.

July 2018, kawan baik aku M (bukan nama sebenar) datang and asked me to marry him disebabkan hubungan aku dengan keluarga dia dah rapat dan sebab aku berazam untuk dengar nasihat kawan2 aku to stay away and move on from lelaki tu, aku terima. And guess what, lelaki tu tak nak hilang aku. Hubungan aku dengan M makin lama makin pudar not as usual. And sept 2018 he said that he is not ready to marry me. Aku kecewa tapi aku pujuk dia untuk fikir semula and make it work. He agreed.

Oct 2018, my father passed away and aku tak dapat ziarah arwah sebab arwah dikebumikan di luar malaysia. Aku menangis dalam diam, aku menangis bila semua orang dah tidur, kawan2 aku nampak aku okay tapi waktu tu aku rasa aku dah terbeban dengan banyak masalah yang tertangguh (mother,lelaki tu, M, friends, study). Tapi bila siang aku okay, aku senyum aku ketawa. Few days later, M bagitau dia totally tak boleh teruskan hubungan dengan aku sebab dia teringat kan ex girlfriend dia. Haha guess whattt? Aku mesti laaa down gila, someone yang aku fikir boleh selamatkan aku dari obses dekat lelaki tu dah tinggalkan aku.

Aku carik semula lelaki tu, we’re back together tapi dalam masa yang sama aku dah makin tak paham dengan lelaki tu. Aku berubah totally berubah, aku dah takmau pergi kelas sampai aku bergaduh dengan kawan2 aku yang paksa aku ke kelas. Aku tkmau keluar dari bilik, klau aku keluar cuma untuk beli makanan di cafe. And aku busykan diri dengan main game. Aku tak balas whatsapp lecturer aku, kawan2 aku even my mom. Aku push people away. Aku takmau bercakap dengan orang sebab bagi aku orang nampak aku happy, tapi orang tak tau apa yang aku alami and they don’t care ape kisah kau and assume aku pemalas.

This become a concern to one of aku punya lecturer and he asked me to go and seek for some professional help. Almost 3weeks aku berfikir and hubungan aku dengan kawan2 aku makin renggang triggered aku untuk jumpa doc. Aku kena ke bahagian emergency sebab aku dah pernah toreh tangan aku, macam ada intention to suicide. And from there aku di diagnos dengan BPD, anxiety, depression and eating disorder.

Baru aku faham kenapa aku takut sangat ditinggalkan, aku boleh menangis beria even orang tu cuma nak balik rumah, it is because of BPD. Anxiety aku dapat setiap kali aku ditinggalkan or even orang yang aku sayang balas whatsapp aku lambat seminit, aku akan rasa berdebar sampai jantung nak keluar berpeluh, aku start overthinking, aku jadi nak marah semua orang and nak campak semua benda. Aku tak boleh tidur malam, waktu tidur aku pukul 5 pagi setiap hari since early 2018. Banyak kali aku try untuk tidur awal. Mata aku tutup tapi kepala aku berfikir.

Tengah malam dengan tiba2 jantung aku boleh berdebar rasa nak pecah, aku tak boleh nak tidur. Depression aku dapat sebab semua masalah yang ada. Aku tunda aku lari dari masalah. Eating disorder pula sebab aku ade masalah dengan self confidence dengan how the way i look. Aku kerap muntahkan makanan yang aku makan untuk kurus. Tapi at the same time kadang2 aku makan tanpa pantang. Doc bagi aku ubat tidur and antidepressants as medical treatment other than that aku jugak pergi terapi dengan psikologi.

So now lelaki yang aku obses ambil keputusan untuk pergi tinggalkan aku at the time yang paling crucial yang paling i need his support to go through this. Katanya “Aku punca kau sakit”. He’s not supposed to leave me tapi dari terapi aku berjaya untuk let him go. So yaa, actually dah lama pun aku sakit, since my parents divorced and aku takda ‘HOME’ so lelaki tu ‘HOME’ aku, lelaki tu family aku, mak ayah aku and juga adik beradik aku. Aku taktau aku sakit because there is no awerness tentang mental illnesses.

Maybe pada kita, kita cuma stress, tapi kalau berlarutan itu bukan stress i think. But guys its 2019 aku berazam aku dapat fokuskan dekat study aku, and also fight this mental illness yang aku dapat. Sesungguhnya Allah duga sebab sayangkan kita. Allah beri sakit as nikmat kepada kita and nak kita selalu ingat Dia. Literally ya, aku makin dekat dengan Dia.

– Love

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *