Assalamualaikum para pembaca IIUMC
Terima kasih admin page sudi siarkan confession aku. Ni kali pertama aku confess dekat sini. Maaf kalau panjang dan membosankan. Sebab perjalanan hidup aku pon panjang dan membosankan haha!
Aku perkenalkan diri aku sebagai B, aku anak ke4 drpd 7 beradik, aku bukan anak yang cemerlang dan boleh dibanggakan. Memandangkan aku tak cemerlang maka aku sentiasa di rumah dan tak pernah berkesempatan masuk ke sekolah berasrama (Bukan maksud sekolah biasa tak cemerlang, aku yang tak cemerlang) Ma and ayah bekerja buruh biasa, gaji cukup makan, balik kerja penat aku tengok muka diorang. Parents aku selalu juga bertekak disebabkan kekurangan wang belanja.
Bila kat rumah, faham-faham lah banyak benda kena buat, sidai baju, basuh pinggan, sapu sampah, kemas rumah, memang selalu aku lah yang buat bila hari biasa. Kadang nak buat kerja sekolah waktu malam tu aku masih membasuh baju dan gosok baju sekolah dan baju adik.
Kalau adik beradik yang lain balik, semua benda still aku jugak kena buat, bila beradik lain disuruh semua buat tak tahu dan tak akan kena marah, TAK AKAN ya, last2 aku jugak kena jerit suruh settle kan. aku bukan nak mengungkit benda yang aku buat, tapi bila bertahun benda ni jadi kat aku, aku mula fed up. Aku dilayan macam anak tiri pon ye.
Kalau raya menjelang, memang last minute lah settle kemas rumah sebab semua benda pass2 tak nak buat, aku jugak lah settle malam raya dengan ayah aku, tu pon lepas aku settle kerja lain baru dapat buat. Ma aku masak, aku jugak yang tolong, kejap2 pi settle tukar sarung cushion, lap tingkap, tukar langsir. Tp bila adik beradik x buat ma jeritnya kat aku, aku jgk yang kena… Yang lain? Tengok tv, tengok movie, tidur. Ada lah tolong sikit setakat satu dua kerja pastu dah, and ungkit dia dah buat satu kerja tu.
Kalau x buat, aku akan rasa serba salah yang teramat sangat kat parents aku, walaupun gaya aku ni macam membentak, tapi tak sampai hati aku nak lepaskan benda yang parents aku suruh, kadang terfikir macam mana adik kakak aku boleh buat tak tahu je. Sedangkan belajar, duit belanja mintak ma ayah jugak. Bila aku bentak sikit habis ungkit dari A-Z
Lepas SPM aku dapat sambung belajar, masa belajar pon sama jgk macam aku sekolah dulu. Semua sama cuma beza weekdays aku tak stay rumah so tak lah banyak benda aku kena buat, or kena hadap parents bertekak lagi.
Yang aku tak tahan, bila minta apa2 memang susah aku nak dapat, tp Allah mudahkan aku, duit belanja cukup guna duit PTPTN aku tu. Kalau balik hari minggu parents ada bagi duit sikit, aku guna untuk makan, nota, duit tambang bas. Tak ada lah nk shopping sakan haha.
Kadang ma aku tunjuk2 baju yang dia beli untuk kakak and adik aku, dia yang beli kan sendiri tanpa diminta adik beradik, tp bila part aku minta sehelai baju je, habis dia ungkit A-Z. Aku memang tak faham kenapa. Masa aku cuti sem sekali tu, menjerit2 dia suruh adik aku buat kerja, tapi adik aku ni tak tahu lah jenis setan apa dalam hati dia keras nak mampos kena bebel pon buat tak tahu sambil baca novel, tengok movie, last2 aku jugak kena jerit suruh settle kan.
Pernah lah aku menganggur 2 bulan lepas grad, aku masa tu marahkan kawan aku, bila dah marah memang mood pon tak baik, ma suruh settle kerja sikit, so aku cakap nanti aku settle kan. Habis dia hamun aku suruh kemas baju, duduk rumah kawan lah apa bagai depan jiran aku okay!
Ma aku ni pulak jenis suka merendahkan anak, kadang kat jiran, kadang kat kawan2 dia. Ayah pon ma rendah-rendahkan, sekali gus dia bukak aib suami sendiri, ayah tahu tapi ayah jenis diamkan sebab ayah cakap dah tua dah malas nak bertekak, nak bergaduh. Dia telefon makcik, tak sah tak cakap pasal ayah. Kesian aku tengok ayah, walaupun ayah ada kekurangan tapi tu suami dia kan.
Bila dah kerja ni pantang nak tahu gaji aku. Anak ada duit nasihat suruh bagi parents, tapi kadang aku sakit hati apa yang dia buat kat aku, memang anak je ke kena jaga hati mak? Sekarang bila aku pon dah kerja baru lah nak layan aku baik-baik. Masa akak-akak aku punya majlis bukan main semangat buat itu ini, aku jugak yang kena tolong buat itu ini tu, tapi bila majlis aku suruh keluar duit sendiri bayar khemah, catering, packing goodies sendiri, tengah majlis pon aku pi pack makanan untuk tamu, adik beradik aku?? Kat dalam rumah baring-baring tengok tv, tidur. Majlis aku sikit pon tak nak tolong. Masa aku busy kemas2, adik aku tengok movie. Macam mana aku tak sakit hati. Ma bising-bising kat aku itu ini, mentang-mentang tu anak kesayangan dia. Fed up! Habis majlis minta aku kemas2, basuh periuk belanga. Tapi ungkit cakap macam-macam dia buat untuk aku, pening jgk aku.
Sekarang pun aku dah kahwin, dah duduk sendiri dengan suami, jarang lah balik sebab aku nak bawa hati aku yang terluka ni jauh-jauh. Bila dah tak serumah ungkit pulak aku tak nak balik rumah. Bila ada buat macam orang gaji. Aku pon tak faham apa yang dia nak. Opss mungkin da tak ada orang gaji la kot baru nak perasan kewujudan aku. Tapi okay lah at least aku tahu buat kerja rumah kan.
Kalau anak-anak aku dah besar nanti aku akan latih sorang-sorang buat kerja rumah, kalau dia tak nak, siap lah tali pinggang aku bagi hahaha. Aku harap aku dapat jadi ibu yang adil pada anak-anak aku. Tak pilih kasih. Ada kekurangan pada anak-anak tak semestinya dia x membantu, nanti dah tua bongkok anak-anak yang akan jaga kita. Terima kasih korang kalau sudi baca luahan perasaan aku.
– Orang Gaji
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit