Orang Ipoh

Salam sejahtera. Pengenalan yang perlu, aku bukan orang Ipoh. Aku kadang datang Ipoh atas sebab-sebab pribadi. Selama aku datang sini beberapa kali, ini yang aku lalui dan perhatikan. Sila ambik perhatian point 1 dan 2 cuma isi kosong sebenarnya, saja ja aku ceritakan untuk bagi panjang cerita sikit. Point 3 sebab kenapa aku tulis ni. Sila juga ambik perhatian – aku bukan nak bash orang Ipoh tapi ni apa yang aku nampak. Aku tak reka-reka cerita jadi benda/amalan yang salah ni, tolong betulkan.

1) Cium dalam kereta. Bukan cium pipi. Memang bibir terus. Ini 2x aku ternampak. Mungkin orang fikir, alaaaa, 2x ja. Bukan banyak pun.

Tapi kalau ambik kira yang aku bertahun-tahun (belas tahun) di tempat aku tak pernah lagi nampak orang bercumbu dalam kereta – 2x ni sangat banyak dah.

Nasihat aku – aiyammaaaaa, kalau ya pun laki bini, dah tak sabar sangat, tengok lah kiri kanan.

2) Minta duit. Ni aku rasa sebab nasib aku ja, memang Allah nak bagi peluang untuk aku bersedekah. Sebab aku kata nasib aku ja, aku tanya kawan-kawan aku yang memang tinggal sini, dorang tak pernah lagi tiba-tiba out of the blue orang datang dan mintak duit. Maksud aku, bukan orang datang minta derma untuk anak yatim atau apa-apa yang sewaktu dengannya, ni memang orang tiba-tiba ja datang dan mintak duit.

Contoh, hari tu aku tengah berdiri di padang depan MBI, baru sampai Ipoh. Ada ja orang lain lagi kat sana waktu tu – tiba-tiba mamat ni datang naik motor dan berhenti, datang kat aku, mengadu mintak duit. Kononnya abang dia meninggal, dah naik van. Ni dia tengah kejar van tu. Jadi waktu tu aku bagi lah duit. Bila fikir balik, macam, eh? Betul tak cerita kau ni? Kalau dah meninggal, kenapa nak kejar lagi? Muka dia pun takda rupa sedih, nangis atau gelisah. Tapi takpa lah, aku halalkan ja.

Kisah lain – juga di padang MBI, dan ada lagi ramai orang lain di sana – mamat ni kata dia nak balik KL tapi takda duit. Jadi dia nak mintak RM20 untuk isi minyak motor. RM20 untuk balik KL dari Ipoh? Tu tak termasuk lagi tol. Aku pelik – tapi aku bagi ja RM10. Peliknya, dapat RM10, dia bukan minta kat orang lain lagi, terus blah. Kalau memang perlukan RM20, mesti kau kan cari lagi kan? Tapi takpalah, aku anggap ja dia cari tempat lain. Banyak lagi insiden lain orang mintak duit – ada yang aku bagi, ada yang tak. Sebab aku pun duit illa dan/atau cerita dorang memang tak masuk akal.

Nasihat aku – ni apply untuk sesiapa pun, kalau betul terdesak, takpa. Kalau kau menipu, duit tu dah lah tak halal, kau boleh jadi penyebab orang lain untuk jadi susah. Orang yang memang betul-betul terdesak pun orang akan fikir 2-3x sebelum tolong. Hidup jangan jadi syaitan.

3) Adab atas jalan. Ni yang aku geram. Ini punca sebenar dan utama kenapa aku tulis ni. Orang Ipoh driving macam ‘best’. Aku nak ja mencarut tapi nak bagi hasil tulisan bersih sikit. Antara adab dan etika atas jalan :-

i) Tukar lane tak bagi signal.
ii) Jalan tak ikut peraturan. Contoh, kadang-kadang atas jalan utama ada kotak kuning besar berpangkah tu kan. Kotak ni tiada kereta boleh berhenti di sana. Jadi kalau jalan jammed, kena berhenti sebelum kotak ni untuk bagi kosong ruang tu. Tapi orang Ipoh kan berhenti kat ruang ni tadi. Memang ‘best’.
iii) Lane imaginasi. Ni jarang terjadi tapi ada gak dorang buat. Lane satu ja, tiba-tiba jadi 2.
iv) Parking kat jalan besar. Oh yeah, ni ‘best’. Peraturan di sini, parking kat mana-mana takpa, asal tak kena langgar. Tu ja. Orang lain susah mengelak kereta kau sebab kau parking sana, peduli apa – janji kau senang, jalan kaki tak jauh.
v) Hentak kereta orang tanpa rasa bersalah. Ni baru ja terjadi sebelum aku tulis benda ni. Kadang-kadang parking sebelah-sebelah, bila buka pintu, terkena kereta sebelah. Tu difahami. Yang aku tak faham, dah lah buka pintu macam nak cabut pintu, kuat gila. Jadi bila terkena kereta yang aku pakai, tinggallah kesan gores. Dah tu kau nampak aku dalam kereta, kau masih takda kesedaran untuk minta maaf. Benda ni aku dah kena 3x – setiap kali tu aku ada dalam kereta. Dan lengkap, Ipoh hantar wakil dari setiap kaum untuk buat benda ni – budak Cina sekolah menengah, makcik India, pakcik Melayu. Macam acara Olimpik dah hantar wakil setiap kaum.

Nasihat aku – Untuk masalah-masalah ni, tolong buka balik buku pasal kesedaran sivik dan buku peraturan-peraturan di jalan raya. Aku cakap ‘pintar’, karang marah. Pasal parking, aku faham. Ipoh ni sebenarnya kecik dan padat sangat. Orangnya ramai. Memang parking tak cukup. Tapi masih agak najis lah bila kau fikir – “ahh, aku lambat, parking pun dah semua berisi. Aku parking ja lah atas jalan utama ni, pegi mam semua orang lain yang guna jalan ni gak”. MBI patut ambik perhatian pasal benda ni. Cari jalan untuk buat kawasan parking. Atau luaskan kawasan bandar, jadi orang tak tertumpu kat satu tempat ja. Dan tolong cat balik jalan-jalan kau ni, MBI oi. Dah banyak pudar atau hilang terus garis lane tu.

Tak pasal-pasal aku marah.

– Kucing

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit