Orang Kampung Ke Orang Bandar

Assalamualaikum, hai semua. Nak tanya pendapat semua sebelum aku mengambil keputusan. Mintak maaf la kalau penulisan, pemahaman dan segala tatabahasa aku menjunam ke laut.

Aku perkenalkan diri dulu. Nama aku Peah, 27 berpendidikan tahap diploma. Tapi diploma aku results tak cantik.

Alhamdulillah, aku bekerja kerani kapcai je selama 5 tahun, then berhenti sebab atas alasan anak.

Suami aku Mat, 29 berpendidikan tahap SPM. Tapi SPM cukup2 makan aje lah kira lulus je. Bekerja kilang.

Selama ini kami bahagia aje hidup di kampung walau pun aku surirumah dan suami aku pulak kerja kilang tapi kami serba cukup..

Sebab aku dikira bernasib baik ayah aku dah bagi satu rumah. Jadi kami tak perlu menyewa dan ada satu kereta dan motor secondhand. Suami aku memang ada motor sahaja.

Tapi sejak kebelakangan ini, kilang suami aku macam dah nak bankrup agaknya. Banyak orang kena buang dan suami aku dah tak dapat overtime.

Oh lupa, untuk maklumat kami ada seorang anak, 4 tahun. Jadi, kewangan kami agak goyah.

Aku dan suami berusaha untuk mencari pekerjaan baru tapi masih belum ada rezeki. Ekonomi kami kali ini betul-betul membimbangkan.

Selama ini kami hidup selesa. Tapi bagi aku mungkin kali ini Allah menguji di usia perkahwinan kami yang kelima.

Ikutkan mak ayah aku mampu bantu tapi sampai bila kan. Aku pun teringin balas segala jasa mak ayah aku.

Dekat kampung dah tak banyak peluang pekerjaan. Kilang banyak tutup. Kerja kerani pun jauh ke pekan.

Aku ceritakan masalah aku ini pada ayah aku. Aku tak mahu lagi ayah aku bantu. Cukup lah segala kebaikan yang telah ayah aku bagi sebelum ini.

Aku tak sanggup lagi menyusahkan mak ayah yang semakin tua. Aku ingin berdikari.

Tak kurang juga kata-kata orang yang mengata aku senang disebabkan harta mak ayah.

Jadi, ayah aku memberi cadangan supaya aku berhijrah ke bandar. Tapi kito nyo manjo. Semalaman aku berfikir.

Ayah aku cakap jual kereta yang ayah aku bagi. Hasil jualan cari rumah sewa dan prepare duit makan.

Aku usaha cari kerja. Suami aku cuba kerja grab untuk menampung duit makan harian dan cover sewa rumah sementara aku cari kerja dalam sebulan dua.

Anak aku pula, bagi mak ayah aku jaga dalam masa enam bulan, sementara kami stabil dan terbiasa duduk di bandar.

Kami guna motor sahaja untuk kegunaan kami nak bergerak ke mana. Ada rezeki baru fikir beli kereta baru.

Ayah aku suruh cuba dulu. Kalau tak ada duit call je ayah aku dekat kampung untuk ayah aku bantu duit makan. Kalau andai masih tak berjaya. Ayah aku akan kutip kami dekat bandar.

Nak mintak tolong sangat dekat korang semua bagi aku pendapat, pandangan, nasihat. Atau boleh share pengalaman korang yang dari kampong pindah ke bandar.

Kawasan bandar mana yang strategik? Rumah apa paling ok untuk sewa? Pekerjaan apa yang mudah aku mintak sebagai seorang perempuan berstatus berkahwin dan anak satu.

Aku mohon korang doakan aku dapat kerja kerajaan ye sebab baru lepas isi borang SPA dan SPP.

Terima kasih..

– Peah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. semoga saudari dan family dipermudahkan urusan, diluaskan rezeki.
    semoga dengan penghijrahan ini akan mengubah kehidupan saudari kepada yang lebih baik.
    amin ya rabbal alamin

  2. semoga urusan peah sekeluarga dimudahkan. sy tak pasti peah berada di negeri mana, tapi kalau peah berada di selangor, sy sarankan duduk dekat area taman medan (PJ) situ semua kemudahan ada, kerja pun banyak area yang berdekatan. kos hidup pun masih ok dekat sana. kalau peah nak carik rumah untuk menyewa pun sy boleh tolong.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *