Orang Kata Bagus Kerja Kerajaan

Assalamulaikum semua.

Bila cerita kerja kerajaan, pasti ramai akan angap ianya kerja paling selamat dan boleh lepak kan. Tapi selama lebih 15 tahun bekerja baru aku sedar bahawa kerja kerajaan ini sebenarnya amat sesuai untuk mereka yang tiada visi untuk berdikari.

Selepas tamat spm, aku rasa bestnya kalau dapat kerja kerajaan. Ada office besar, ada pencen, ada kemudahan percuma dan lain-lain kelebihan. Ya memang benar ia semua ada dan aku amat bersyukur kerana terpilih dari kalangan berpuluh atau mungkin beratus ribu yang memohon.

Tapi bila sudah lama kerja, aku lihat walaupun pelbagai kemudahan di sediakan sebagai penjawat awam. Tetapi corak dan kerja kami tidak lah sama dan seperti pekerja swasta.

Kerja kami lebih kepada keperluan negara dan rakyat. Tiada nilai keuntungan seperti syarikat swasta yang prestasi di nilai menerusi jualan dan keuntungan syarikat setiap bulan.

Ramai yang berangapan bekerja dengan kerajaan mudah. Tetapi hakikatnya kesabaran amat perlu dalam melayan kerenah manusia ini. Dalam bekerja seharian pelbagai kerenah manusia yang aku jumpa. Yang kaya, yang miskin, yang sombong, yang baik dan bermacam2 lagi.

Tapi, yang aku tak boleh tahan dan rasa ingin bersara awal adalah kerana dalam kerajaan, membawang adalah satu perkara rutin bagi mereka. Setiap hari ada sahaja isu dan cerita yang ingin di bawangkan.

Rajin kerja pun Di kutuk, malas kerja pun Di kutuk. Dengan erti kata lain siapa pandai membawang mereka lah amat terkenal di jabatan tersebut.

Manakala orang yang tak suka membawang dan diam dengan urusan sendiri di angap tak campur masyarakat, tak ada semangat berpasukan dan macam2 lagi la. Maka mereka ini jarang mendapat penilaian yang adil kerana dalam penialan kerja aktiviti lain juga di ambil kira sebagai markah.

Apa yang membuat kan aku rasa ingin berhenti adalah apabila aku terlibat dalam satu projek kerajaan ni. Sebagai kakitangan yang di tugas kan dalam projek pasti aku ingin yang terbaik untuk negara.

Tetapi malangnya ketegasan aku dalam mesyuarat di angap tidak betul malah kelemahan operasi yang aku meminta untuk di perbaiki bukan sahaja tidak di hargai malah cerita memburukkan aku pula timbul.

Jika sebelum itu ok sahaja kau bekerja dan hubungan aku dengan rakan sepejabat.. Tetapi selepas kejadian itu pelbagai cerita buruk tentang aku timbul..

Itu lah kerja dalam kerajaan, lebih banyak bercakap dari bekerja. Lebih banyak mengumpat dari pelbaiki keadaan. Yang kuat mebodek di angkat yang tegas untuk bekerja di angap bermasalah. Aku sudah bosan dengan mainan ini semua. Aku nak bersara dan fokus kepada kerjaya peniagaan aku…

Namun begitu bukan mudah kerana komitman telah banyak.. Keluarga semakin besar. Entahlah…

– Gomen man putrajaya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *