Orang Ketiga

Assalamualaikum dan hai. Kenalkan aku Marissa gadis di akhir 20an. Bila bicara soal perasaan dan kisah cinta, boleh tarifkan aku sebagai gadis naif dalam hal percintaan dan perasaan.

Sepanjang aku hidup, tidak pernah sekali pun aku bercinta a. k. a bercouple. Tidak pernah seorang lelaki pun menyatakan yang dia sukakan aku.

Kiranya aku ini boleh dikategorikan perempuan sendu la juga. Atau mungkin aku tak cantik sebab tu tiada lelaki berkenan.

Tapi… dalam sendu sendu aku ini tak tahu kenapa ada wanita lain yang rasa aku sebagai pesaing mereka.

Setiap kali, ada lelaki yang macam nak rapat dengan aku pasti akan diikuti oleh wanita yang menyukai mereka turut rapat dengan aku.

Maksudnya macam ini, jika ada lelaki yang aku rasa. . hurm aku rasalah tapi tak pasti betul ke tak dia sukakan aku. Sebab tiada seorang pun pernah mengaku suka aku.

Cuma bila ada lelaki yang buat jantung aku berdegup kencang bila dia respond pada post aku, pasti ada perempuan lain yang memerhatikan kami. Bukan sekali tapi tiga kali. Tiga lelaki berbeza dan tiga wanita berbeza.

Aku dengan lelaki tu, sudah berkawan di facebook atau Instagram. Sebagai semua maklum, algorithm media sosial ni, setiap hari post dari orang yang sama sahaja akan naik di timeline kita.

Bila kerap like atau komen di post lelaki tu, eh makin rancak pula post dia naik di timeline aku.

Okay, jadi aku sebagai orang yang aktif di media sosial memanglah aku akan react ja selalu post yang lalu lalang di timeline aku.

Tapi, bila dah lama-lama ada la perasaan ter attach dengan 3 lelaki tadi. Tapi bukan dengan 3 lelaki tu serentak okay. Ini aku cuma buat rangkuman.

Dan sebagai seorang pemerhati dan stalker berjaya, aku dapat detect bila ada orang yang memerhatikan kami.

Mula mula gadis gadis yang terasa aku pesaing ini akan add aku untuk jadi rakan aku. Aku pulak memang jenis akan approve sahaja semua request kecuali dari abang abang pilot muka mix tu. Yang lain biasanya aku akan approve sahaja.

Nak dijadikan cerita, bila aku dah kawan dengan lelaki dan perempuan yang suka lelaki tersebut.

Jadi aku perasan setiap gerak geri perempuan tu menunjukkan bahawa dia sukakan lelaki tersebut. Dia sedang siasat hubungan aku dengan lelaki tersebut.

Biasanya mula-mula aku akan trigger perasaan perempuan tu. Aku akan buat lebih ramah dengan lelaki tersebut tapi di post public sahaja.

Tidak dibawa ke mesej personal. Sebab aku tahu dia sedang memerhati. Bila aku sudah pasti dengan jawapan bahawa dia betul-betul suka lelaki tu.

Aku akan menjauhkan diri aku dengan lelaki itu kerana aku rasa mereka mungkin sudah mempunyai hubungan yang istimewa cuma terganggu oleh kehadiran aku di tengah- tengah.

Bila memikirkan semula nasib kisah percintaan aku ini, kesian rasa pada diri sendiri. Baru sahaja nak rasa berbunga-bunga di hati tapi rupanya kumbangnya sudah diintai orang.

Mesti ada yang kata, itu sangkaan aku sahaja tentang hubungan mereka. Tapi jarang naluri aku salah.

Yang paling menguatkan kepercayaan aku pada naluri aku adalah, salah seorang perempuan tu sendiri yang hadir berterus terang dengan aku tentang perasaan dia terhadap salah lelaki tersebut.

Jadi lepas kejadian tu, aku yakin dengan naluri aku.

Paling aku ralat, ada salah seorang dari perempuan tu yang tarik diri dari persaingan ini sebelum tanya apa-apa dari aku.

Padahal waktu tu, aku dah menjauhkan diri dari lelaki yang dia suka. Dia sudah berhenti berhubungan dengan lelaki itu, tapi masih memerhatikan aku.

Macam mana aku tahu dia berhenti berhubungan dengan lelaki itu? Aku stalk dia, dan aku tahu dia block lelaki itu.

Tapi masalahnya di sini, aku dengan lelaki itu lansung tiada hubungan istimewa. Mesej, whatsapp memang tidak pernah kecuali untuk kerja.

Perempuan tu sekarang sepertinya sudah give up dan bawa hati. Dan dia bagaikan bagi hint pada aku untuk bahagia dengan lelaki tersebut.

Patut ke aku pergi terangkan hal yang sebenar dengan dia?

Aku jadi serba salah, Kenapa aku yang tak ada rupa dan harta ini seakan-akan sentiasa menjadi orang ketiga dalam hubungan orang lain.

Salah apa aku? Dimana silapnya aku? Kenapa takdir soal perasaan aku begitu sadis sekali. Sudahlah tidak pernah bercinta tapi jadi orang ketiga tanpa sengaja dalam hubungan orang lain pula.

– Marissa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *