Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Aku tak tahu kalau aku adalah orang ketiga dalam perkahwinan mereka.
Kami berkenalan ketika cov1d melanda, di satu daerah terpencil.
Tiada unsur penipuan dalam ceritanya, semuanya tulus, dan benar.
Kebanyakan masa dihabiskan bersama, masak, makan, berlibur, semuanya berdua.
Sampai satu masa, ada rasa lain di dalam hati.
Awal-awal dapat dihindari, tapi lama-kelamaan makan diri.
Aku berterus terang, bertanyakan apa yang dia rasa, dan kami bertepuk bersama-sama.
Cuma, apabila aku merasakan ada kekangan di dalam hubungan,
Aku pantas melarikan diri, pulang ke pangkuan keluarga, dan setiap hari mencari masalah supaya hubungan kami putus di kejauhan.
Ye, kami putus, tapi dia tak pernah putus asa.
Hati perempuan keras macamana sekalipun, lembut juga dengan janji manisnya.
Kami berhubung semula, dan terus berjanji untuk berkahwin sehidup semati.
Dia pun telah menyuarakan hasrat kepada isterinya, sudah tentu mendapat tentangan hebat.
Tapi, dia meyakinkan aku, hubungan kami akan berakhir dgn perkahwinan.
Sampai satu masa, kami terpaksa berpisah sekali lagi.
Dia telah pulang ke ibu kota, aku pula tercampak jauh di hujung kota.
Dia pulang ke rumah, dan terus diam seribu bahasa.
Aku hairan, sangka aku dia perlukan masa untuk bersama menyelesaikan masalah bersama isterinya.
Tetapi terus diam. Sebelum aku berangkat ke daerah baru, aku cuba menelefon, tapi tak dijawab. Mesej pun tak berbalas.
Akhirnya, dia sekat semua talian, aku tak dapat menghubunginya langsung.
Dia tinggalkan aku tanpa kata.
Aku yang tak tahu apa salah aku.
Aku tak tahu apa masalah dia.
Dia terus diam.
Sampai hati dia buat aku macam ni.
Setelah semuanya aku korbankan untuk dia.
Janji-janji manis dimungkiri.
Akhirnya dia menjawab, semua sebab orang tua yang tak mahu melihat dia bercerai,
Maka dia memilih untuk berbaik dengan isterinya, walaupun masalah masih lagi melanda.
Senang dia ucap, dia minta aku buang segala janji-janjinya kerana dia sudah lupa semuanya.
Aku, sampai saat ini masih lagi rasa sakitnya.
Mak aku pesan, sakit hati aku tu, sakit lagi hati isterinya.
Cuma, adakah isterinya akan memberikan kepercayaan 100% kepada suaminya untuk semua yang terjadi selama ni?
Apa ye suaminya cerita tentang kami pada isterinya?
Atau sebenarnya, mereka tiada masalah pun, dan hanya memerangkap aku?
Aku cuba juga menghubungi isterinya, tetapi tidak dilayan.
Hanya untuk mengetahui cerita sebenar dari sebelah pihak isteri pula.
Aku cuba untuk move on, tapi masih gagal.
Adakah dengan lari dari aku, dia akan dapat hidup tenang?
– Gayah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit