Salam dan hi untuk pembaca IIUM Confessions sekalian. Terlebih dahulu saya gelarkan diri sebagai Hawa dan tujuan saya menulis ni untuk mintak pendapat warga IIUM Confession sekalian.
Saya baru habis belajar dan sedang mula membina kerjaya. Walau masih muda keluarga sudah mengaturkan untuk saya disatukan dengan anak kenalan mereka.
Kawan-kawan saya cakap benda tu kuno tapi saya okey saja dan tak kisah memandangkan saya juga kenal calon yang mereka kenenkan tu. Orangnya agak jauh jugak umur dari saya, beza dalam 8 tahun.
Untuk pengetahuan, saya memang ada bf semasa belajar dulu tapi keluarga tak setuju kerana mereka berpendapat masa depan saya lebih secure kalau bersama dengan calon tu (sebab dah kerja stabil dan agak besar gajinya).
Saya turutkan saja dan bermula lah proses kami berkenalan secara lebih rapat. Awal-awal tu kami memang saling bertukar cerita tentang diri masing-masing.
Macam intro lah dan saya jugak dapat tahu dia pun baru putus dengan gf nya yang bertahun-tahun bercinta. Sebab mama papa lelaki ni (saya gelarkan calon saya tu A) tak suka ex gf nya.
Alasan sebab dia, si M tu kerja biasa saja dan pendidikan tak tinggi. Tanpa mereka pernah jumpa walau sekali pun.
Saya pun pelik jugak kenapa boleh judge seseorang orang tu berdasarkan cakap2 orang saja. Tapi saya okey saja sebab sekarang keluarga dia pun yang nak satukan kami.
Long story short, kami pun bercinta la. Dia matang, bertanggungjawab dan pemurah. Dia pandai ambil hati saya. Mungkin sebab dia dah berusia jadi dah berpengalaman dan gentleman.
Tapi A ni satu saja, ada masa-masa tu dia susah untuk di contact. Reply lambat dan jumpa pun kena schedule. Tapi dia pandai pujuk.
Kira mulut manis lah jadi saya pun tak merajuk asal bila jumpa dia yang belanja makan ke hadiah ke.
Keluarga pun dah setuju untuk kami tunang dan cepat-cepat disatukan. Jadi kami pun tunang lah masa raya puasa haritu. Bahagia jugak la rasa sebab macam jodoh kami dipermudah.
Sejak PKP lockdown A ni wfh jadi dia sentiasa hantar dan jemput saya ke tempat kerja. Bila balik dia bawak saya lepak mana-mana pastu makan dan borak. Kami tak sabar nak kahwin dan macam-macam dia plan untuk saya.
A cakap kalau saya tak kerja pun dia boleh tanggung sebab dia memang prefer isteri yang stay at home jaga anak-anak. Mak ayah saya pun setuju saja kalau saya ikut cakap A tu.
Tapi betul la orang kata bertunang ni banyak dugaan.
Tiba-tiba si M, ex gf dia whatsapp saya personal dan cakap dorang tak pernah break jadi dia just nak kepastian betul kah saya akan kahwin dengan M tak lama lagi? Macam mana dia dapat nombor saya tu saya tak pasti.
M merayu-rayu cakap yang A tak pernah putus dengan dia dan mereka memang selalu jumpa. Dia bagi saya semua perbualan whatsapp mereka. Dan tarikh terakhir pun masih baru yang A ni still duk sayang-sayang dengan dia.
Yang paling saya terkejut mereka dah terlanjur dan setiap kali lepas benda tu jadi A akan janji dekat M dia akan bertanggungjawab, mereka akan kahwin dan banyak lagi lah.
Saya rasa marah. Tapi saya fikir balik mungkin ni ujian bertunang untuk kami. Sebelum ni semua dipermudah jadi ni dugaan sikit untuk uji hubungan kami.
Saya tak respond M sebab bagi saya dia dah jatuhkan maruah dia sendiri dengan bagitahu saya tentang aib dia.
A mengaku dan cakap dia dah bertaubat. Dia dah tak contact M lagi tapi M yang selalu whatsapp dan call dia.
A cakap M yang tak dapat move on sebab hubungan dorang dah lama sejak dari zaman universiti. Cuma memang A cakap dia dah sayangkan saya sekarang dan takkan contact M lagi.
Tapi sekarang saya buntu jugak. Saya curiga dengan apa yang jadi. Saya takut ada lagi rahsia dia yang saya belum tahu. M tak habis-habis cuba call saya sebab saya tak reply whatsapp dia. Dia merayu untuk saya dengar penjelasan dari belah dia.
Tapi A suruh saya block saja nombor M tu supaya dia dah tak ganggu kami. Saya sedapkan hati saya ni cuma dugaan saja. Lepas kahwin takkan jadi macam ni sebab A dah janji dia akan sayang dan cintakan saya sorang saja.
A jugak cakap M bukan perempuan baik-baik sebab walau dia tahu A akan kahwin, dia still contact A lagi.
Saya dah bingung sebab dari apa saya tengok perbualan mereka, ia two sided dan A takde pun cakap tentang dia dah tunang dan akan kahwin.
Apa pendapat warganet sekalian? Saya tak tahu perlu ke saya tutup mata dan hidup senang dengan A atau dengar dari M dan berbincang dengan kedua parents kami tentang hubungan ni.
– Hawa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit