Orang Ketiga: Punca atau Korban?

Kita sering dengar bahawa orang ketiga adalah punca kepada keruntuhan rumahtangga. Tapi pernah tak kita terfikir yang orang ketiga ini kadang kalanya adalah korban?

Korban kepada satu hubungan suami isteri yang telah lama mempunyai masalah dan tak dapat diselesaikan. Mengapa saya kata korban?

Sebab bila hal dah terbongkar, itulah masanya pasangan suami isteri tersebut bersemuka dan mempersoalkan segala yang berlaku. Kenapa, mengapa.

Kalau si suami masih cintakan isteri dan ingin menyelamatkan rumahtangga, sudah pastinya dia akan kembali dengan isterinya.

Tapi sekiranya sebaliknya, ini lah penamat kepada hubungan mereka. Tanpa wujudnya si “korban” ini, kemungkinan masalah rumahtangga akan berlarutan dan segala perkara romantis, baik yang berlaku dalam kehidupan hanyalah lakonan semata mata.

Ini lah yang berlaku terhadap diri aku. Aku dilihat sebagai punca kepada keruntuhan rumahtangga Zain (bukan nama sebenar). Walhal hakikatnya, Zain sudah lama mempunyai masalah rumahtangga dengan isterinya.

Apa yang tidak disedari oleh isteri Zain ketika itu ialah, kewujudan aku dalam hubungan mereka sebenarnya adalah berpunca daripada dirinya sendiri. Mungkin dia bangga dengan dirinya yang dilahirkan sebagai anak orang kaya.

Dia fikir dia boleh buat apa saja yang dia mahu termasuklah memaki hamun, merendah rendahkan si suami. Perangai ni bukan setakat ada dalam dirinya, tetapi juga ada dalam diri ipar Zain yang lain..

Zain telah cuba berulang kali untuk berbincang dengan cara yang baik dengan isterinya ketika itu tentang masalah rumahtangga mereka. Tapi tidak diendahkan. Sehinggalah mereka mempunyai anak, si isteri masih dengan perangainya.

Bila hubungan kami terbongkar, Zain pun menceritakan kepada isterinya kenapa dia berlaku curang, dan turut mengatakan yang mereka masing masing sebenarnya mempunyai salah dan silap. Tapi seperti yang dijangka, aku tetap dipersalahkan.

Aku bukan cuba menegakkan benang yang basah. Aku juga bukan cuba nak bagitahu, apa yang aku buat ini betul dengan menjadi orang ketiga.

Sebaliknya, aku sedar akan salah silap aku. Dan tidak pernah terlintas dalam hati aku untuk mengacau rumahtangga orang, apatah lagi meruntuhkannya.

Cuma aku rasakan yang aku telah ditakdirkan untuk menjadi korban dalam rumahtangga Zain. Aku rasa sekiranya bukan diri aku, pastinya akan ada orang lain yang menjadi orang ketiga dalam rumahtangga Zain sekiranya hubungan mereka tak diperbaiki, bukan?

Aku terima segala yang terjadi sebagai takdir dan jalan hidupku yang telah tertulis. Menjadi cacian bagi mereka yang tidak mengetahui hal sebenar yang berlaku.

Ya lah, aku faham dengan istilah ‘it takes two to tango’, itu lah yang selalu orang katakan. Zain akhirnya bercerai dengan isterinya walaupun mereka telah cuba untuk perbaiki hubungan mereka.

Walaupun aku merupakan korban dalam hubungan mereka, tapi kini persoalan lain pula yang timbul. Adakah Zain merupakan jodohku? Inikah yang tertulis untuk diriku cara aku akan bertemu jodohku? Ujian dalam mencari jodoh.

Apa pun terjadi, aku tetap bersyukur. Segala yang berlaku mematangkan aku dan memberi pengalaman hidup yang tak akan aku lupakan.

Oh ya. Aku masih berhubung dengan Zain. InsyaAllah dengan izinNya, kami akan bersatu dengan satu ikatan yang sah.

Doakan semoga kami akan hidup aman damai bersama hingga ke syurga. Untuk anda di luar sana, jadikan cerita aku ni sebagai iktibar.

Mohon doa supaya dijauhkan menjadi orang ketiga ataupun korban. Sebab trust me, you need the courage to face the world on how people think of you until your last breath.

– Leiya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *