Aku seorang pelajar STPM.
Masa zaman STPM, struggle untuk kekalkan pointer yang baik setiap sem sangat sangat amat memeritkan. Peperiksaannya bukan calang2, salah tafsir satu perkataan sahaja sudah cukup untuk menggagalkan calon2. Apatah lagi mengejar silibus yang sangat banyak dalam masa yang singkat.
Disebabkan STPM ni susah, rakan aku banyak bagi motivasi dan ceramah2 motivasi pun kerap dianjurkan oleh pihak sekolah. Tapi ada satu ayat yang membuatkan aku rasa nak tumbuk penceramah motivasi serta rakan2.
“Orang lain boleh buat kenapa kamu tak boleh buat?”
Jangan salah sangka, aku ni bukan nak melenting cuma ayat tu selalu digunakan tanpa meneliti keadaan orang. Bukan tak boleh guna ayat tu, tapi tengok situasi la
Lagi satu, dalam komuniti aku, ayat tu digunakan untuk menghukum orang bukannya untuk meningkatkan motivasi.
Aku bagi contoh yang kena pada diri aku, aku gagal mendapatkan gred yang baik dalam peperiksaan penggal. Bila tengok purata gred dalam kelas, aku tak lah jauh dari average tapi sebab aku antara lelaki yg makin pupus dalam sekolah, baik buruk aku terselah sikit.
Then kawan aku cakap, orang lain boleh dapat elok kenapa kau tak boleh.(Dengan nada yang tinggi dan intonasi mengutuk)
Hold on, kenapa aku tak dapat gred yang baik? ok, mari kita analisis masalah dan bandingkan keadaan aku dengan orang lain
Punca aku tak dapat gred baik
1. Tidak boleh study di kelas kerana persekitaran tidak kondusif
Kelas bising tahap dewa, pompuan mengilai di belakang kerap sekali , panas tak terkata, sampai menidih jiwa,masa cikgu mengajar tak boleh dengar pun suara cikgu sebab bising sangat apatah lagi nak baca buku.
aku tak tahan bising ok, kelas tu mmg bising tak terkata, menyumpah dlm hati pun x berapa dengar
2.Tidak boleh belajar di rumah
Aku tak ada ruang belajar yang selesa, rumah aku bising, mak aku suka lepas lelah bekerja kat aku dan bilik aku sangat panas, tingkap tinggi sangat dekat bawah siling.
3. Sering sakit
Entah kenapa aku sering demam dan sukar untuk pulih, aku panggil penyakit aku PPES (post pre examination syndrome) sebelum atau selepas peperiksaan aku akan demam sampai tak boleh study
Kita banding pulak dengan 3 kawan aku yang dapat gred baik dari aku tapi tahap intelek mereka sama sahaja dengan aku.
1. Persekitaran
Mereka juga tak boleh belajar dalam kelas sebab keadaan kelas yang tak baik tapi rumah mereka aman, tak ada sapa2 yang lepas geram kat mereka, tak ada adik yang suka melalak dan boleh study di mana2 seperti ruang tamu kerana tidak ada bunyi TV yang bising. Bilik jangan cakap la, meja kukuh, panjang lebar, berhawa dingin. Aku?
2. Kesihatan
Mereka tak ada masalah demam2 sebelum dan selepas exam, sihat wal afiat, boleh belajar secara konsisten. Aku seminggu dua sebelum exam kena slow down study atau stop tros sebab demam.
Konklusinya,
Aku marah bukan sebab aku tak boleh terima teguran tu, cuma orang yang mengeluarkan ayat “orang lain boleh kenapa kau tak boleh” yang tak faham keadaan aku dan enggan memahami, mereka anggap tu semua alasan untuk tidak berjaya semata2 tapi dlm masa yang sama enggan lihat usaha aku.
Mereka merasakan semua orang dalam keadaan yang sama seperti mereka. Tapi yang paling menyakitkan hati aku ialah mereka bukan nk motivate aku pun, nak menghukum.
Tak salah untuk guna ayat tu cuma kena tengok keadaan. Contohnya macam kawan aku ni, orang lain siap kerja kursus elok sahaja dia sorang sahaja tak siap, bila ditanya kenapa tak siap rupanya dia malas je, sibuk bercinta dan melayan perasaan.
Akhir kata, sebelum menghukum atau memotivasikan seseorang, eloklah kita lihat keadaan orang itu.
– Katil berbuku
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit