Sebenarnya kan. Aku dah lama nak menulis kat sini. Kalau admin post artikel ni, mesti aku berbunga-bunga 7 jari 7 malam tak dapat tido. Hahaha..
Baik… Sebenarnya aku tak tahu nak letak tajuk apa, tapi macam korang tengok kat atas tu.. yang tulah aku nak cerita hari ni.
Benda ni baru je berlaku semalam. Aku balik kerja pukul 5.30 petang. Biasanya naik grab (ceh macam kaya, hari-hari naik grab hahaha) tapi aku terpaksa.
Sebab tak ada kenderaan. Jadi itu lah pilihan aku setakat ni. Lagipun aku baru start kerja dekat tempat baru. Belum mampu nak beli kereta lagi.
Pagi naik grab.
Petang pun sama.
Kadang-kadang ada member tumpangkan kereta kalau diorang tak busy lah.
Walhal kalau aku kira-kira kan, tempat kerja aku tu lebih kurang dalam 500 meter je. Jalan kaki boleh. Tapi, aku prefer naik kenderaan. Naik grab.
Banyak anjing berkeliaran pastu laluan nak ke tempat aku kerja tu agak sunyi, walaupun banyak kereta lalu lalang. Senang cerita, ada isu keselamatan.
Tepat 5.30 petang tu aku pun request grab. Tak ada pula yang accept. Dua hati juga nak jalan kaki ke nak terus tunggu.
Hampir setengah jam menunggu tu aku pun dengan rasa takut-takut tekad nak jalan kaki sebab hari dah makin gelap. Kalau gelap-gelap ni lagi bahaya kan?
Aku pun cepat-cepat lah berjalan. Sambil tengok sekeliling. Janggal juga rasanya sebab tak pernah aku jalan kaki dekat situ. Tempat lain dah biasa dah tapi tempat tu tak.
Aku teruskan perjalanan. Di pertengahan jalan tu aku tiba-tiba terdengar bunyi hon motor. Lah siapa pula ni. Penculik ke?
Aku toleh lah kat belakang pastu ada sorang akak ni ajak aku naik motor dengan dia. Aku renung muka dia, tak kenal. Tapi sebab dia perempuan aku pun naik jelah motor sekali dengan dia.
“Bahaya ni awak sorang-sorang jalan kaki ni. Meh naik sekali dengan akak. Akak hantar sampai rumah. Ingatkan tadi awak joging ke apa”
Kat tengah jalan ada lah juga akak tu bebel sikit. Haha.
“Tengok tu ada anjing”
Aku macam speechless la masa tu sebab dalam ramai-ramai orang yang lalu lalang, tiba-tiba ada miracle. Ceh.
Tapi serius lah masa sebelum aku tekad nak jalan kaki tu, aku siap baca ayat kursi apa semua. Eyalah, itu je yang aku ada masa tu. Minta perlindungan dan pertolongan Allah.
Apa yang buat aku cukup terharu, bila aku fikir balik lah kan. Siapa yang menjentik hati akak tu untuk singgah aku? Mestilah yang Maha Kuasa kan.
Masa akak tu bantu aku serius aku rasa nak nanges. Masa aku susah macam tu, Allah terus datangkan pertolongan dari arah yang aku langsung tak jangka. Serius aku terharu. Menangis lagi aku.
Tapi aku tak tunjuk lah depan akak tu.
Masa on the way nak berjalan naik lif tu dekat situlah air mata aku berlinangan.
Lepas tu sambung lagi menangis dekat bilik. Haha dramatic sungguh kan?
Kalau akak yang tolong aku semalam tu baca penulisan ni, aku nak ucap terima kasih sangat-sangat ya akak tumpangkan saya. Moga murah rezeki akak.
Saya tak kenal akak, tapi akak berani je bawak saya naik motor hantar sampai rumah pulak tu.
Yang nampak tangguh ni sebenarnya banyak juga menangis. Kena kuat. Lagipun kita tengah cari rezeki untuk family kan?
Jauh aku merantau. Family pun tak ada dekat sini. So aku kena buat semua benda sendiri.
Jatuh? kena bangun sendiri.
Kalau sakit ke apa, rawat diri sendiri.
Apa-apa semua sendiri.
Tapi dalam kesendirian kita ni, ingatlah. Kita tak bersendirian pun. Nampak je macam lonely.
Allah ada.
Macam kisah aku tadi. Allah tu sentiasa ada walau kita tak nampak pun.
Tapi kita boleh ‘rasa’ dekatnya Allah tu dengan kita.
Time susah ada, time senang pun ada.
Kita je ni yang banyak lupa dengan DIA. Allah tak pernah lupa kita.
Ada lagi kejadian lain sebenarnya aku nak share dengan korang. Tapi tu episode lain lah ya. Banyak aku nak cerita ni.
Oh ya. Nak minta tolong dengan korang juga doakan aku dapat beli kereta sendiri dalam masa terdekat ni ya? Sapa tahu ada antara korang ni doanya makbul.
Aku nak sangat ada kereta sendiri jadi mudah sikit nak pergi balik kerja. Aku dah mula menyimpan duit dah sebenarnya tapi nak simpan banyak-banyak tak mampu lagi.
Tapi korang doakan lah ya? Kot-kot ada miracle lagi lepas ni hehe.
Itu sahaja untuk episod kali ni.
Sekian..
– Ben (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit