Orang Melayu Muslim Suka Menghukum

Assalamualaikum kalian.

Apa yang saya nak luahkan adalah apa yang berlaku pada masyarakat Malaysia terutamanya Melayu yang beragama Islam. Percaya tak kalau saya cakap, Orang Melayu Malaysia lebih menitik beratkan hal ibadah berbanding hal Akidah dan akhlak?

‘tudung kau pendeklah, dalam Quran suruh tutup bawah dada.’

‘baju kau ketatlah, tutup aurat tu’

‘kau tak solat ke? Tak takut api neraka ke?’

‘budak tu tak puasa, buat malu mak bapak je’

Selalu tak korang dengar ayat-ayat macam ni? Ayat-ayat yang agak pedih dari mak-cik2 dan pak-cik2 bawang. Kita selalunya ditaburkan ayat ‘Amar Makruf, Nahi Munkar’. Kalau dilihat di sekeliling kita, semuanya buat Nahi Munkar. Tetapi, jarang kita lihat sesiapa yang buat Amar Makruf. Semua orang nak cegah kemungkaran tetapi siapa pula yang nak mengajak kepada kebaikan?

Baru-baru ni kecoh hal LGBT. Saya bukanlah penyokong LGBT. Tetapi apa yang saya baca dari post-post di facebook, semuanya Nahi Munkar. Semuanya mengecam golongan sebegini. Ada golongan ni nak solat di surau, tetapi ditempelak segelintir individu. Malah, mungkin apa yang aku post ini juga akan dikecam oleh korang. Tetapi, sekurang-kurangnya apa yang aku tulis ini adalah luahan peribadi dan tak ada kena mengena antara hidup dengan yang mati.

Golongan sebegini perlukan amar makruf. Bawalah dan ajaklah mereka kepada kebaikan. Pernah tak korang berkawan dengan golongan ini? Tahukah korang, apa yang mereka lalui sampai tiba-tiba mereka nak ubah ciptaan tuhan? Bantulah mereka. Jika anda terus kecam mereka, mungkin golongan LGBT yang teringin nak solat, terus bencikan majid dan surau.

Tahukah kenapa ramai orang bukan islam di Malaysia tak tertarik nak mempelajari Islam? Sedangkan jika melihat statistik, Islam adalah agama yang berkembang pesat di Amerika selepas peristiwa 9/11. Tetapi di Malaysia, golongan muslim yang Murtad bertambah setiap tahun. Sebabnya, Melayu Muslim tugasnya menghukum. Adakah anda semua mahu mengambil tempat Tuhan menghukum orang lain?

Baru-baru ini saya mendengar ceramah di Masjid. Lama juga saya tak mendengar ceramah live sebab selalunya saya youtube je. Tetapi, apa yang saya sedih dengan ceramah tu adalah sepanjang 1 jam lebih ceramah, semuanya berkisarkan tugas-tugas suami dan isteri. Pasal cara nak sweet dalam rumah tangga. Mungkin salah saya sebab tak baca tajuk dulu baru hadir ke ceramah. Tetapi yang paling saya terkilan ialah ramai pelajar tahfiz umur bawah 20 tahun yang hadir. Sedangkan golongan yang dah berkahwin dalam ceramah tu, kurang dari separuh. Yang selebihnya golongan budak-budak muda dan kanak-kanak sekolah rendah.

Mungkin pelajar tahfiz yang hadir keceramah tersebut di ajak untuk meramaikan majlis. Tetapi, pihak penganjur sepatutnya cari tajuk yang sesuai untuk golongan seperti kami yang masih tak menikmati alam perkahwinan. Apa yang saya nak tekankan disini bukanlah pasal isi ceramah tersebut. Tetapi pendekatan yang dilakukan oleh golongan beragama di Malaysia. Jarang sekali ceramah yang mendekatkan diri kepada pencipta. Kalau di Universiti, ceramah berkisarkan mengejar cinta dan ilmu. Alhamdulillah, ada juga pasal cinta. Tetapi, bila dengar isi ceramah, semua pasal cinta budak U. kemudian, baru diselitkan sedikit cinta kepada Allah.

Kalian, cuba tilik kembali kepada diri kita, bilakah kali terakhir kita tersenyum kepada orang yang kita tak kenal. Beramah mesra dengan jiran tetangga. Memberi salam kepada orang di tepi jalan? Paling mudah, menegur kawan lama di facebook yang dah 10 tahun tak bertemu (bukan nak jual insuran). Kehidupan kita semua berkisar tentang diri kita je. Baca berita di akhbar, terus menjalankan tugas Nahi Munkar sebelum menjalankan amar makruf. Bila ada orang bukan islam menghina agama terus dicemuh mereka tetapi bukannya di ajak mereka untuk memahami Islam. Sebab itu, ramai orang bukan islam memanggil islam sebagai agama ‘terrorist’.

Ingatlah kalian, Nabi Muhammad sendiri menyebarkan akidah dan akhlak Islam dahulu, kemudian baru disusuli dengan ibadah. Adakah anda benar-benar faham tentang agama yang anda anuti sekarang? Carilah guru yang arif dengan ilmu agama dan bukannya Mr. Google. Fahami dan hayati Islam sebenar-benarnya baru selayaknya kita menghukum orang lain. Adakah anda fikir anda muslim dan confirm akan masuk syurga jika ibu bapa anda adalah beragama Islam? Ingatkah anda pasal kisah anak Nabi Nuh? Walaupun bapanya adalah seorang nabi, tetapi akhirnya, anak Nabi Nuh ditenggelamkan Allah bersama orang kafir disebabkan kekufurannya.

– someone

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *