Orang merokok : Otak dimana?

Kadang-kadang, aku agak pelik dengan perangai SEGELINTIR pelajar UIA yang merupakan perokok.

Korang ni, bila orang tegur cakap merokok tu tak baik untuk kesihatan, korang meradang kata jangan sibuk sebab duit korang. Bila orang tegur merokok tu memudaratkan, korang kata siapa suruh hidu asap tu.

Terbaru ni, aku tegur merokok tu, sisa puntung tu buang dalam tong sampah, meradang kata mak cik cleaner ada, suruh diorang sapu, pastu kata jangan sibuk sebab aku tak faham. Jap, aku tak faham apa? Tak faham dengan perangai tak bertamadun korang tu?

Bayangkanlah, tong sampah dari tempat korang bertenggek tepi tangga sambil merokok tu, sekangkang korang je. Kalau ada sampah busuk pun, confirm korang hidu layan bau sekali sebab memang dekat sangat. Tapi, kenapa kawasan tangga tu juga korang buang merata? Sampai aku tengok tiap-tiap pagi lalu dekat situ bila nampak mak cik cleaner sapu, dengan muka panas je dia pandang aku padahal korang yang tak bertamadun ni yang buat sampah.

Tolonglah… Korang ni, belajar di UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA. Sudahlah antarabangsa, Islam pula tu. Jangan dilupa, paling-paling cikai, tengah buat degree lagi. Tapi, benda yang paling asas, budak tadika yang nangis bila mak ayah tinggalkan dia kat tadika sampai terkencing-kencing minta dibawa sekali pun tau nak buang sampah dimana. Mak cik cleaner yang rata-rata dikalangan mereka belajar tak sampai degree pun, ada yang memang dari kecil tak sekolah, boleh buang sampah elok-elok, siap sapu sampah dari korang yang bajet educated ni.

Jujur aku cakap, aku memang sampai tahap malas nak masuk campur hal orang merokok, sebab kalau nak mati sangat, hisap la lagi, biar sekali 20 batang sekali hisap, cepat sikit mati. Tapi, kalau sampai korang buat aniaya kat mak cik cleaner tu, yang berak korang pun berterabur, dimana mak cik tu juga kena bersihkan tandas dari hasil salah target lubang jamban korang tu, memang korang ni sehina-hina manusia pernah aku jumpa. Tolonglah, kalau sampai minta korang berhenti merokok sampai berbalas dalil pun korang keras kepala lagi, benda asas cam ni, janganlah korang buat tak tahu.

Adab, mana adab?

– PemelukBantalBusuk

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *