Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera.
Aku bahasakan aku je lah supaya kisah aku ni bila korang baca akan rasa lebih dekat dengan korang sebab aku pun macam korang jugak.
Direct je lah aku bagitahu, nick name aku adalah Ameer Al Manna. Aku anak bongsu dari 7 orang adik beradik yang berasal dari family yang susah di sebuah kampung di Kelantan.
Dari kecil lagi mak aku dah tanam mindset belajar rajin rajin nanti besar dapat hidup senang, dah tak perlu hidup susah lagi dah sebab mindset orang dulu dulu bila dapat masuk university je, confirm keluar university dapat kerja, gaji tinggi, hidup senang & dapat terus jadi pegawai.
Itu zaman dulu, zaman sekarang bukan macam tu dah. Sekarang ada beratus ribu graduan yang masih mengganggur dan tak dapat kerja walaupun dah bertahun tahun graduated, ended up kerja cashier petronas, 7e dan sebagainya alhamdulillah ok la rezeki halal dan bagus untuk cari pengalaman sementara dapat pekerjaan yang “betul” tapi what if pekerjaan yang betul tu tak kunjung tiba?
Disebabkan mak aku dah settings mindset orang dulu dulu dalam kepala aku, aku jadi struggle gila gila dalam pendidikan. Aku tak pandai pun tapi bila dah struggle & rajin alhamdulillah dapat la semua straight As dalam upsr, pmr & spm. Disebabkan result spm yang agak cemerlang tu, jpa taja aku buat medic kat sebuah negara eropah ni. Maka aku pun fly lah ke sana buat medic. Namun rezeki aku bukan untuk jadi doktor kot, aku gagal pada tahun pertama. Jpa bagi repeat year tapi aku malas dan give up dah, aku pun pulang ke malaysia for good.
Disini lah turning point dalam hidup aku bermula bila aku diminta bayar ganti rugi rm100k sebab gagal. Bayangkan lah pada saat umur aku 20 tahun aku dah ada beban hutang 100k hahah bukan asset 100k atau duit 100k tapi hutang 100k. Mana nak cekau duit sebanyak tu diknon lalu aku pun muhasabah diri. Aku renung diri sedalam-dalamnya, apa yang aku nak buat seterusnya ni? Nak start degree from zero balik ke?
Means aku kena enroll buat degree balik kat malaysia & kemasukkan ke university tu aku kena compete dengan adik adik yang baru nak masuk university. Chance untuk aku nak dapat ipta memang tipis la sebab kerajaan akan bagi priority kat budak baru bukan budak yang dah gagal hehe. Memang adil lah kan sebab peluang tu aku dah dapat dulu. Aku pun fikir malunya aku, dapat straight As tapi mereput kat kampung je, sama macam budak tak lepas spm. Memang aku jatuh teruk la dalam hidup masa tu sebab flow aku tak se smooth yang aku jangka. Aku pun tanya, apa aku nak buat for living ni? untuk support belanja harian dan bayar bil2 internet aku ni
Aku pun terfikir ting! BUAT BISNES!!
Aku pun start la buat bisnes online dari hujung tahun 2013 (saat aku touch down klia selepas pulang dari oversea) hingga hujung tahun 2014. Kenapa aku terus buat bisnes? Sebab aku fikir yang confirm pengakhiran hidup aku adalah dengan berniaga je Akademik ok tapi berniaga jer Malu memang malu, sebab tu aku buat bisnes online je hahah.. alhamdulillah dalam setahun tu aku berjaya dapat 4 angka secara konsisten setiap bulan, tapi sekali lagi mak hasut aku untuk ikut mindset orang dulu dulu tu haha.. aku pun terfikir jugak yang berniaga ni tak stabil ada naik turunnya, tak menjamin 4 angka setiap bulan dan macam macam lagi lalu aku termakan hasutan tu.
Disebabkan aku seorang anak yang taat dan selepas solat istikarah bagai, aku pun sambung degree. Tapi kali ni aku tak amek dah degree kos kritikal sebab passion aku dalam bisnes dah membuak-buak. Aku amek kos biasa biasa je sebab aku dah ada misi iaitu sambil kejar degree aku nak kejar jugak besarkan empayar perniagaan aku. Aku amek kos perniagaan antarabangsa kat uniten muadzam shah sebab bila aku belajar kos tu aku terus boleh relate dengan bisnes aku. kenapa uniten muadzam shah? sebab university tu je yang terima aku lol sedih kan Ipta memang dah reject awal awal golongan macam aku. Tapi yang aku perasan, ipts macamni lah yang akan jadi lambakan student yang fly oversea dan balik ke malaysia for good Ada yang ex belajar kat rusia, ex belajar kat new zealand , us dan etc.
Start day 1 aku register kat university, hati aku 50% belajar 50% fokus bisnes sebab aku takut bila dah graduated nanti aku tak dapat kerja dan mengganggur macam dulu. Perit tau. So aku agak hustle sebenarnya masa zaman belajar dulu. Hujung minggu aku jarang stay kat university, aku akan turun kl join seminar bisnes, training, kelas kelas bisnes, seminar motivasi berniaga, amek stok dan sebagainya. Waktu gap antara kelas, aku keluar pergi pos barang customer. Saat dalam kelas, aku curi curi reply wasep customer. Yerla, lambat reply kena marah pulak Aku nak minta maaf kat lecturer atau kawan kawan kalau aku nampak banyak dengan hp hehe. Mungkin aku tak pandai bahagikan masa time tu, almaklum la orang bisnes baru nak up hehe..
Alhamdulillah dalam kesibukan aku pergi pos barang, amek stok, reply wasep, join seminar semua tu, aku berjaya jugak grad on time dengan cgpa 3.71 dan disebabkan aku nak habis awal untuk fokus lebih pada bisnes, aku crampkan jadual aku dan aku berjaya habis awal 1 sem
Apa yang aku boleh kata sepanjang aku buat bisnes sambil belajar tu adalah itu semua pengalaman perniagaan paling berharga aku. Disitu aku kenal erti sabar, bersusah-susah dahulu dan banyak lagi. Namun satu benda je yang membuatkan aku keep going iaitu sebab aku dah nampak apa yang akan berlaku bila aku dah habis belajar nanti. Aku nak biar aku yang pilih samada aku nak fokus bekerja sendiri (berniaga) atau aku nak bekerja dengan orang lain. Aku siap set target aku nak income bersih 5 angka sebelum aku tamat belajar supaya aku lebih yakin nak pilih perniagaan sebagai kerjaya aku selepas belajar.
Alhamdulillah masa aku dalam sem akhir, Allah bagi 5 angka bersih hihihi. Aku start berniaga hujung tahun 2013, awal tahun 2017 baru dapat. Lebih kurang 3 tahun lebih. Waktu tu aku umur 24 tahun. Aku gembira bukan sebab 5 angka tu, tapi sebab aku memang minat berniaga dan aku boleh jadikan berniaga ni sebagai “pekerjaan” yang aku idam-idamkan selama ini. Maksudnya aku boleh pilih pekerjaan yang aku minat, bukannya aku terpaksa bekerja. Berniaga pun pekerjaan tau hehe cuma bekerja dalam syarikat sendiri jerlah.
Aku share ni sebab kot kot korang pun mindset macam aku jugak. Boleh la start buat awal-awal tapi kena pandai jaga waktu sebab buat bisnes sambil belajar ni menuntut kecekalan hati. Pelajar lain fokus belajar je, tapi kita kena fokus dua-dua. Inshaallah dua-dua kita dapat jika kita displin hehe. Aku takde lah displin mana
Sekarang umur aku 25 tahun. Aku ada beli 2 biji rumah hasil bisnes tu. 3 biji kereta cash. Kereta secondhand murah murah je & 1 legasi perniagaan Sdn Bhd yang aku sedang jalankan sekarang. Aku bermula dengan enterprise lama-lama baru upgrade jadi Sdn Bhd. Hutang jpa pun dah habis bayar.
Dah kahwin ke?
Dahhh.. hehe salah satu push factor terbesar aku buat bisnes adalah sebab nak kahwin awal dan settle down awal kat dalam rumah sendiri & fokus buat bisnes dari rumah.
My advice is bila buat bisnes ni bukannya kalau buat harini, esok terus untung. Untung itu belum pasti tapi rugi itu sudah tentu. Maksudnya bila start buat harini mungkin amek masa 1 tahun, 3 tahun atau 5 tahun untuk menampakkan hasil. Bila kita dah passionate berniaga, tak kisah pun berapa tahun ia amek masa untuk menampakkan hasil sebab kita memang suka berniaga. Kan?
The point is START AWAL.
Ini khas kepada yang minat berniaga jerlah yer.
Lubuk rezeki Allah itu luas. Kadang kadang kita ingat dengan makan gaji, padahal rezeki kita dalam bisnes. Kadang kadang kita ingat rezeki kita dengan bisnes, padahal Allah lebih tahu yang kita terbaik bila makan gaji. Dia lebih ketahui. Kita usaha sebaik mungkin.
– Ameer Al Manna
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit