Orang Negatif

Assalamualaikum. Aku menulis ni, bukanlah niat nak cari salah, tapi lebih kepada nak cari solusi, mungkin ada yang pernah mengalami masalah yang sama dengan aku.

Aku baru tak sampai 3 tahun berkahwin dengan suami, perkenalan banyak dengan suami dan tak begitu mengenali latar belakang keluarga atau ibu ayahnya.

Apa yang aku dapat rasa, sejak kahwin aku kurang mesra dengan ibu mertua, aku pernah beberapa kali cuba nak berbual, sebab aku peramah orangnya.

Tapi apa yang buat aku tak mahu lagi beramah mesra dengan ibu mertua adalah responnya. Kadang cari juga topik yang masuk atau yang dia suka, tetapi hambar.

Dia suka mengadu dengan aku, bukan dengan suami tentang sakit- sakit badan, aku bagi la advice cadangan. Tapi kadang dia macam menafikan. Senang cerita hanya pandangan dan cerita dia sahaja perlu diiyakan.

Lagi aku pernah lah nak mengadu, kaki aku gatal ke sakit-sakit. Dia akan cakap tu lah, makan supplemen ubat macam-macam. Tu yang sakit-sakit badan sana sini.

Aku pun cakap la tak ada pun makan suplemen. Dia cakap secara random macam menuduh pun ya. Respon yang kita harap mesti lah try la check doktor ke sapu minyak.

Dia kata tu la orang muda sekarang sikit-sikit sakit sana sini, tak macam dia dulu usia 30an kuat lagi tak sakit apa-apa. Jawapan nya macam nak marah.

Kadang rasa malas nak balik kampung suami lama-lama sebab krik-krik kecuali ada ramai-ramai ipar.

Aku pun, macam geram jugak la, sebabnya macam kita tak boleh cakap pasal sakit, pasal masalah, dia akan salahkan kita. Tak boleh langsung nak ambil berat atau apa.

Sejak tu, aku sentiasa berhati-hati nak bercakap apa-apa. Kadang diam ja, dia tanya baru jawab.

Adakah aku harus teruskan berdiam dan bercakap bila perlu atau, lakukan sesuatu. Aku ajak dia berjalan bersama pun tak nak, dia tak mahu dengan aku.

Tapi kalau dengan anak perempuan dia suka, dengan suami pun kalau terdesak baru ajak keluar bersama, tapi kalau nak berjalan bersiar-siar dia lebih selesa dengan anak perempuan nya dan menantu lelaki.

Cucu pun begitu, kalau cucu dari anak kesayangan memang akan dilayan baik, tak marah dan akan masak makanan kegemaran.

Anak aku pulak aka anak-anak tiriku, sebab ibu mereka meninggal, akan di layan ala kadar, tak banyak bual, asik nak marah. Ada je salah dan akan dibanding-banding.

Kadang-kadang mereka pun boring, sebab tak tau nak buat ape, layan borak pun tak ada.

Atuk pulak dah tak da. Anak-anak pun sama malas nak balik ke kg suami lebih suka kg arwah ibu.

Kadang aku pun terpikir nak bawak diri sorang ke kg aku. Tapi kalau tak balik akan ditanya kenapa tak balik. Bila balik agak krik2 jugak buat hal masing-masing je.

Aku dan seorang ipar lagi memang duduk berdekatan dan selalu balik tapi layanan memang biasa-biasa tak sebagus ketika anak menantu yang jauh-jauh balik.

Pelik jugak kenapa begitu? mungkin kah dekat bau tahi, jauh bau wangi. Maaf kasar sikit. Tapi selalu dengar orang kata begitu.

Kenapa kalau selalu balik tak berapa bagus layanan berbanding yang dekat.

Aku tengok kalau adik ipar perempuan aku balik, memang mak berbual rancak je, lepas tu boleh gelak-gelak, mak siap suruh adik belikan barang online lagi.

Kami akan berbual-bual bila ada cucu kecik balik, mak pun suka bila ada cucu baby balik dia main-main dengan cucu, agah-agah.

Mungkin anak-anak tiri aku da besar apa nak di agahnya. Lepas tu aku dengan suami belum direzekikan anak lagi setelah hampir 3 tahun kahwin.

Tak tahu la mak mertua marah pasal tu ke. Tapi memang dia tak pernah tanya pasal anak pada aku, pada suami ada lah masa kami baru kahwin setahun.

– Pina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *