Kebelakangan ini kita lihat ramai yang mengeneralisasikan bangsa melayu kepada pelbagai label malas, dengki, rasis, bodoh, mundur dan sebagainya. Terbaru, terdapat golongan yang pantas dan lantang bersuara jika kesalahan dilakukan oleh bangsa Melayu sendiri atau orang Islam, tetapi berdiam jika bangsa malah agama sendiri dihina.
Mereka yang dikenali sebagai “melayu woke” atau “liberal” ini antara salah satu punca kenapa melayu tidak dihormati. Apa yang mereka cari ialah pengiktirafan segera oleh bangsa atau agama lain dengan mencaci bangsa dan agama sendiri. Paling menyedihkan juga ada perempuan yang melabel lelaki melayu sebagai “trash” dan tidak kalah juga yang melabel perempuan dengan bermacam panggilan.
Tujuan saya menulis confession ini ialah supaya kita melihat dengan adil. Sikap malas, dengki, bodoh, rasis dan mundur contohnya ialah sifat manusia bukanlah sifat satu bangsa. Sesiapa sahaja di kalangan manusia boleh mempunyai sifat ini tidak kira bangsa mahupun agama.
Bangsa Melayu pernah menjadi satu bangsa yang disegani di rantau ini. Lihat sejarah Melayu Melaka, bagaimana Melaka pernah menjadi kerajaan yang hebat. Lihat bagaimana Melayu menentang penjajahan Inggeris, Portugis, Belanda, Jepun dan serangan Komunis dan akhirnya mencapai kemerdekaan yang kita kecapi hari ini.
Bangsa Melayu hari ini berjaya dalam pelbagai bidang. Ada yang menjadi jurutera yang berjaya, angkasawan, arkitek, usahawan, pensyarah, doktor, pengarah filem, ulama dan macam-macam lagi. Walaupun kejayaan bangsa Melayu hari ini tidak setanding bangsa Yahudi yang mengusai pelbagai bidang di dunia hari ini, kita masih perlu berbangga dengan pencapai kita hari ini.
Janganlah kita jadi orang yang hanya pandai memburukkan bangsa atau agama sendiri. Kekalkanlah identiti bangsa kita. Menurut Hamka, bahasa, tulisan dan sastera adalah lambang penyatuan bangsa serumpun. Fikirlah bagaimana kita boleh berjasa. Kembalikan kegemilangan melayu dan Islam di mata dunia. Jika “material” dan kekayaan sentiasa menjadi kayu ukur kemajuan sesuatu bangsa, ingatlah bahawa “non-believers” diberikan kemewahan di dunia sebagai pertukaran nasib mereka di akhirat.
Hanya dengan menghayati Islam, melayu boleh kembali menjadi bangsa yang disegani.
Kepada yang suka mengeneralisasikan bangsa Melayu kepada pelbagai label malas, dengki, rasis, bodoh, mundur dan sebagainya, saya ingin menyampai sebuah Hadis berkaitan petanda akhir zaman kepada anda untuk renungan bersama. Jika tersilap, silalah tegur.
Orang Yang Tak Sedarkan Diri.
Daripada Abu Hurairah r.a. Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda “Jika ada seseorang berkata, ramai orang telah rosak, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka” (HR Muslim)
– Penulis Tanpa Nama
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit