Untuk part I, (https://iiumc.com/orang-panas-baran-ini-elok-hidup-seorang-saja/).
Haiii hampa saya Adik. Terima kasih banyak abang kakak yang sudi bagi nasihat kat saya. Saya hargai sangat.
Tapi tak kurang juga ada yang marah, kutuk dan doa kat saya yang bukan-bukan. Ikut hati marah saya masa tu, nak je saya reply direct kat komen tu. Tapi nasib baik saya terus campak phone saya pastu gi tengok movie haha
Takpalah mana yang doa bukan-bukan kat saya tu, saya maafkan dunia akhirat. Depa tak tau macam mana susahnya rasa jadi orang yang baran.
Saya meluah kat hampa sini bukan nak cari gaduh, saya nak minta nasihat. Sebab saya takda tempat meluah.
Luah kat mak ayah, mak ayah saya dah tua so depa buat dunno je. Adik beradik? Abang kakak saya dah beranak-pinak, jauhhhhh beza umur dengan saya. Naik segan lak nak meluah secara tiba-tiba
Kalau cerita kat kawan pulak, saya kurang kawan. Bukan kata saya takda kawan, tapi kurang. Dan kawan-kawan yang ada setakat ni pun cuma housemate dan classmate jelah.
Saya tak selesa nak meluah kat depa tentang masalah saya ni sebab yelah, kawan takat housemate ngan classmate je pun hm
Saya minta maaf banyak-banyak na kat hampa yang mana rasa kurang senang dengan luahan saya hari tu. Lagi-lagi part anak istimewa
Sejujurnya saya tak pernah terfikir pun nak jadi cikgu sebab saya tau jiwa saya macam mana. Lagi-lagi nak jadi cikgu special need.
Puas dah saya pertahankan minat saya kat bidang farmasi, tapi ayah saya tetap bantah. Sampaikan isi UPU pun dia perhati saya isi apa.
Satu hari tu saya terdetik nak buat istikharah, saya pasrah je. Nak tak nak, akhirnya saya terpaksa ikutkan kehendak ayah saya yang nak sangat saya jadi cikgu pendidikan khas.
Saya tak pasti lah istikharah saya dah dapat jawapan ke belum. Tapi ada yang komen, mungkin ada hikmah supaya saya boleh berubah.
Ada juga yang komen suruh saya berhenti belajar dan cari kos lain. Maaf hampa, saya dah terlajak, dah tak boleh nak berhenti belajar dah.
Sebab nanti saya kena denda RM100,000 kesian kat penjamin saya nanti nak kena bayar denda saya.
Kalaulah betul Allah nak makbulkan doa saya untuk berubah dari seorang yang baran ke penyabar dengan meletakkan saya dalam bidang ni, saya harap hampa doa la yang baik-baik kat saya na.
Bulan 10 nanti saya dah mula praktikal dah. Doa yang baik-baik na, semoga Allah bagi saya kesabaran yang cukup tinggi untuk jalankan amanah saya dengan baik.
Lepas baca komen hampa semua hari tu, sebenarnya ada beberapa persoalan yang timbul kat otak saya ni.
1. Kelas anger management?
Saya tak pernah tau pun ada orang anjurkan kelas untuk kawal baran. Macam mana nak join?
Saya dah try cari dan kebanyakan yang saya jumpa semua orang putih punya kelas. Bayar guna duit dollar bagai. Kalau ada kelas yang kat malaysia, boleh tolong bagitau kat saya tak?
2. Kaunseling?
Saya teringin sangat nak gi kaunseling tapi saya tak tau nak dapatkan kat mana.
Saya tak nak gi kaunseling kat kaunselor kampus sebab saya tak nak orang tau identiti saya. Ke hampa ada cadangan macam mana saya nak meluah kat kaunselor saya tanpa depa tau identiti saya?
Atau hampa ada cadangan kaunselor luar yang boleh kita meluah secara online je? Apa saya cakap ni hahahahha wujud ke tidak permintaan saya ni saya pun tak tau
3. Get medical help?
Saya aware juga dengan mental health issue ni sebab pernah juga terbaca kat internet pasal benda macam ni.
Tapi saya rasa medical help ni mungkin langkah terakhir untuk saya kalau saya dah buat macam-macam cara tapi tak jalan.
In case kalau saya memang perlukan medical help, macam mana nak dapatkan? Saya kena gi klinik dan bagitau kat doktor yang saya ada masalah baran? Macam tu ke?
Terima kasih sudi baca luahan saya sampai sini. Semoga Allah balas kebaikan hampa semua na aamiin. In sha allah kalau ada rezeki, nanti kita jumpa lagi pada penulisan di lain hari gitchewww.
Jangan lupa kat adik tauu!!
– Adik (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit