Assalamualaikum dan salam sejahtera, terima kasih admin kerana sudi approve confession aku ni. Rahsiakan aku, nama aku Tom. Terdetik untuk tulis cerita yang nak dikongsikan ni, kerana banyak sangat insan2 dekat socmed ni suka mengata orang susah.
Aku susah, di uji susah. Asal sebab susah kerana suami aku, sedikit intro kenapa jadi orang susah. Suami aku kerja bank, mudah dapat pinjaman sana sini, aeon lagi juga kad kredit. Disamping punya hobi berjudi, tak usah judge sebab aku anak dua baru tau. Pinjam sana sini, berjudi menyebab hutang bertapuk tapuk, nasib tak nampak didahi, kalau nampak baru malu agaknya. Hutang melebihi gaji hingga nak makan pun susah.
Aku bantu dengan meniaga kecil2, makan komisen dropship. Aku bantu macamana? Cukup utk hal aku dan anak2 aku. Hal sekolah, hal hospital sebab anak aku salah seorang OKU. Gaji besar, hutang banyak, duduk dlm bandaraya. Susah suami aku cari sendiri.
Pelajaran ada tapi tak dapat kerja, sebab yang hakiki amanah aku kena jaga lebih utama, anak aku yg OKU. Aku pun tak sangka aku akan susah macam ni, sebab mak aku dah bagi pelajaran, mujur aku biasa susah dari kecik, sebab aku anak yatim. Aku biasa makan nasik satu lauk aje. Aku biasa jalan kaki ke sekolah, aku biasa cari duit sendiri dari kecik. Jadi aku dah terbiasa, mak aku bagi cukup pelajaran untuk aku dan adik2 supaya tak susah macam dia.
Aku pandai menjahit, tapi tak dapat sangat usaha sebab aku rungsing bila anak2 tetap cari aku masa menjahit, kadang2 ada kerja berhari2 nak siapkan, ada jugak tak jadi langsung, aku selalu tak cukup tidur dan sakit, disebabkan usaha aku tak dihargai, jadi menjahit sebagai part time walaupun aku suka sangat2 menjahit. Dua anak semua akan cari aku, kerja rumah semua atas bahu aku termasuk baiki membaiki. Lagipun suami aku tak suka customer datang rumah. Faham kan kenapa? Tak duduk dan tak pakai kasut aku, maybe takkan faham.
Sebab musabab ni menyebabkan kehidupan makin terhimpit, aku sedih anak aku tak ke sekolah sebab aku tak berduit, anak aku tak pergi temujanji hospital sebab aku tak berduit. Dari elok2 anak sekolah agama, dah tak sekolah. Dari elok2 anak hantar PDK sekarang aku dah tak mampu nak hantar. Sekarang sekolah rendah yang wajib pun aku dah tak mampu, duit minyak untuk ulang alik. Aku malu. Dalam kemodenan sekolah free, aku tetap tak dapat hantar anak aku sekolah.
Zaman aku dulu yuran peperiksaan berbayar mak aku mampu lagi hantar aku kesekolah. Dulu aku pernah pelik kenapa adik ipar aku sekolah sampai tingkatan 3 je sedangkan sekolah zaman sekarang dah free, sekarang baru aku faham. Mak ayah tak berduit nak hantar anak sekolah. Itulah hidup jangan mengata org, nanti berbalik pd diri sendiri.
Aku pernah naik motor 4 beranak tapi kami berhelmet, polis trafik nampak mujur dia tengok aje. Mak aku kesian, bagi kereta lama dia dekat aku. Aku amat2 bersyukur, sekarang dapat hantar anak sekolah, dapat bawa anak ke hospital berbumbung. Hidup aku tak berkembang, asik down gred. Dari ada kereta selesa, dari boleh belanja selesa, dari boleh balik kampung senang hati kini tak lagi. Aku nak balik kampung, aku cari duit sendiri, kadang2 mak aku kirim. Belah suami aku pun sama. Hidup je nama bersama tapi masing2 cari.
Makan bercatu2, aku usahakan untuk anak2 aku. Biar mereka makan, mak ayah tak makan tak mengapa. Sekarang yang utama makan anak2, keperluan anak2. Yg OKU pakai lampin pakai buang seumur hidup. Duit anak sekolah, duit minyak kereta, duit lampin pakai buang, duit nak roll modal, kadang2 duit dapur aku, duit nak topup HP, topup jadi wajib sebab aku meniaga.
Dulu2 aku tak pernah kisah psal topup, nombor dah nak mati baru aku topup tp sekarang sebab punca pendapatan dari sini. Semua aku usaha sendiri. Hasilnya semua untuk makan. Jadi yg lain2 kena ketepikan. Aku tak pernah susahkan suami aku, apa yang aku pakai dan berkehendak semua aku usaha sendiri.
Semua ni ujian dari Nya untuk aku. Aku tak pernah mimpi aku akan susah. Aku tak pernah terfikir pun anak2 aku akan hidup macam ni. Aku tak pernah lagi mengalah sebab susah, aku usaha atas bakat yg aku ada. Aku usaha atas setiap peluang yg Allah izinkan. Aku pernah berdoa yg aku memang tak larat dah diuji begini. Tapi Allah kata aku masih mampu. Jadi jangan mengata orang susah, kita tak tau kenapa dia susah. Dan dia amat2 bersabar atas ujianNya. Kita hanya insan kerdil.
– Tom
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit