Orang Susah Berlagak Kaya

Cukup aku kenalkan diri aku as Aimi and aku baru 20-an. Kalau tadi aku ada baca pasal luahan anak orang berada from Lady N but shes very down to earth, so now aku nak cerita pasal aku yang tak berada tapi selalu mendongak ke langit.

Suatu mass dahulu aku dari family biasa biasa je, duduk kampung je, tak miskin but more to sederhana lah senang cakap. Cukup makan pakai, alhamdullilah. Ok proceed, aku dulu masa sekolah rendah memang langsung tak fikir apa-apa about material or anything about branded things. Yang aku tahu belajar, lepak main masak masak takpun kawin kawin. Alhamdullilah lagi sekali aku dikurniakan IQ yang tinggi so after upsr aku dapat offer untuk masuk ke one of sekolah asrama penuh. So bila dah masuk sekolah tu aku mcm culture shock, you know masa pendaftaran tu semua orang naik kereta mewah mercedes lah, bmw lah ape lagi yg masa tu mmg mewah pada aku. But at that time, parents aku hantar aku naik kereta Wira weh. Lepastu aku tengok orang-orang yang keluar dari kereta tu memang stylist gila even their parents tho. Masatu aku dah rasa macam kerdil gila, rasa macam why on earth i have to stay with rich people??? Mostly kat tempat aku memang background family tiptop, yela org kaya biasanya memang ramai pandai-pandai kan. Slow slow aku keluar kereta pergi daftar. Nampak sangatlah kekampungan aku on that time but life must goes on kan. So aku teruskan hidup dengan mendaftar and terus cari asrama.

Dipendekkan cerita aku dapat roomate dengan budak budak kaya. At first aku macam tak amik port sangat life diorang. Tapi lama lama aku macam attracted nak tahu what kind of life yang depa tengah lalui. Eh, every week kot diorang pergi outing makan pizza, sushi, kfc bagai. Gila tak heaven kan masatu. Diorang ajak jugak aku but aku selalu bagi alasan sbb aku mana ada duit?? Tapi lama lama aku rasa eh mana boleh jadi ni. So aku mmg tried so hard nak fit in dengan group budak budak kaya ni. Aku follow je semua step yang depa duk buat. Outing, aku pun ikut outing. Makan pizza, aku pun ikut makan pizza. Mula-mula keluar diorang support aku 100% weh, cakap je nak makan apa. And aku macam terlalu gembira lah apa lagi. Sebab life aku memang jauh beza dengan diorang. Duit berkepuk kepuk meanwhile aku sadisss. Ok then, aku dah rasa mcm life diorang ni mmg best. Enjoy sakan without thinking anything, so aku fikir aku nak jadi macam diorang. Kalau aku join diorang, kawan jadi ramai, stock makanan tak pernah putus, lelaki keliling and blablabla. So i feel like a princess. Tapi the prob is aku ni tak kaya. So i have to find a lot lot lot ideas to ask a lot lot lot money from my parents. Weh seriously aku memang banyak gila menipu demi nak nampak gah di mata kawan kawan. I have to weh sbb kalau tak aku hilang nikmat heaven dunia aku. Aku hilang kawan, hilang lelaki, kurang stock makanan. Gitulah pemikiran aku masatu.

Bila aku dah jadi one of geng budak budak kaya, apa lagi. Perangai memang tak semegah lah. Berlagak macam aku anak dato. Padahal aku anak orang kampung je. Gaji pun tak beribu riban. Naik upper form makin menjadi jadi perangai aku. Masa upper form masatu macam dah maju sikit kan so mcm dah banyak benda baru. So, aku takkan ketinggalan menghabiskan duit mak ayah aku untuk beli barang-barang mengarut tu. Cakap je oreef ke, rip curl ke semua tu mmg collection aku. Dari aku beli sendiri sampai gift dari member kaya. We have one routine hmm bukan lah routine tapi more to kebiasaan kot entah lah taktau nak explain, kalau one of the member bagi hadiah, so next time kena balas balik. Hadiah bukan cikai cikai guys, hadiah kena branded jugak. Semua benda aku nak show off weh dulu. Kalau beli barang baru wajib menunjuk nunjuk sampai org perasan benda tu baru. Ok kalau cakap pasal orang yang kaya but down to earth memang wujud je kat sekolah aku tu. Tapi most of them kena bash, kena pulau first sbb nerd, second sebab kurang menyerlah. Itu jelah. Bukan aku taktau budak budak macamtu memang banyak kutuk aku. Sebab pernah banyak kali gak parents aku datang melawat aku naik wira je weh, tapi aku suruh mak aku tunggu dekat kawasan kelas yang mmg jauh dari asrama. Biasa geng geng aku memang takkan nampak lah sebab diorang will going out utk berjimba and diorang takkan spent masa lapang diorang dekat blok akademik on weekend ok. Orang kaya weekend duduk bilik rest atau pergi shopping dekat mall. So biasa budak budak kaki belajar, yang nerd ni yg biasa pernah terserempak dengan aku dan family. Tapi yela, sbb diorang bukan siapa siapa, pengaruh pun tak ada, kalau bagitahu orang pun bukan ada yg nak caya yang aku ni bukanlah kaya mana. Paling paling pun nanti diorang kena maki balik sbb ingat diorang saja dengki dengan aku. Eh musuh ni jangan cerita lah, orang yg tried hard ni mmg banyak musuh, insecure dengan macam macam benda.Bila member cerita papa mama depa duk belikan itu ini, eh aku takkan ketinggalan mereka reka cerita. Padahal satu apa pun aku takkan dapat benda mahal.

Sampai satu masa aku dah habis sekolah, aku jadi penat untuk jadi fake. Aku penat acah acah kaya padahal tak sekaya yang diorang sangka. Try hard ni penat weh, kena guna effort yg banyak, needs more ideas to cheat people lah itu lah ini lah. So aku stop jadi perempuan yang tried so hard ni. And masatu aku perasan slow slow aku takde kawan. Kawan yang duk huha masa sekolah, sikit sikit tinggaikan aku. Siap buat group kutuk aku sbb yela aku acah acah kaya kan padahal… Aku reveal diri aku yang sebenar to let people know the truth. Duduk kampung, anak orang kampung je. Maaflah, bukan aku nak back up diri sendiri, tapi perangai macamtu bukan sebab apa, cuma perasaan ingin tahu lagi lagi budak baru nak up kan dulu. Orang kata budak batu nak up ni perangai memang mengarut banyak. So, maafkan aku yang dulu.

Aku yang sekarang bukan lah aku yang dulu. Aku cuba jadi diri sendiri eventhough alhamdullilah my life is more better than before. Parents aku dah hidup senang, hidup yang aku dambakan dulu. But i have to be humble. Sebab dah penat jadi bongkak. Sekarang, aku dah masuk universiti kawan dengan semua orang. Takde memilih kawan, tak kisah dah what is your family’s background and so on. Kawan yang rapat dengan aku skrg pun ada yang hidup mewah, ada yang susah, sederhana but kitorang boleh berkawan. I choose to be humble and be friends dgn semua org sebab aku nak tebus balik zaman sekolah aku. Got friends tapi tak kekal. So aku nak kawan yang ada susah senang, yang boleh terima baik buruk kita. Itu je.

Untuk mereka mereka yang tengah trying so hard untuk nampak kau anak orang kaya, hidup senang me, better you stop lah. Live peacefully. Nampak orang pakai iphone ke pakai kereta ke chill je. Jangan susahkan diri, guna duit pinjaman ke apa utk nampak mewah but at the end of the day kau merana. Tak cukup duit nak makan lepastu tipu mak bapak sebab nak duit banyak tak pun menyusahkan mak bapak kat kampung. Open your eyes guys. Kita hidup bukan untuk impresskan orang lain. Okay, salam.

– Aimi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit