Hai, nama aku Izz. Terlebih dahulu, aku ingin ucapkan terima kasih kepada admin kerana luluskan confession aku ni. Dulu, aku pernah suarakan perasaan tak puas hati dan marah aku kepada pekerja asing yang menindas orang yang bagi mereka makan.
Baru-baru ni pelanggan kami ada ceritakan yang pekerja asing siap boleh tengking majikan depan pelanggan. Kau rasa? Itupun ramai lagi nak pertahankan perbuatan pendatang asing ni. Kau memanglah. Nampak mereka baik pakej dengan buat muka kesian. Kau tak nampak lagi bila mereka mula pijak kepala kau bila kau jadi majikan nanti. Itupun,kalau kau jadi majikanlah. Kalau jadi pekerja, memang kau tak akan hadap benda ni.
Aku tak cakap pekerja tempatan semua baik. Yang aku marah,bila orang yang datang sini nak cari makan tapi ugut majikan mereka. Kau dah kenapa pendatang? Jadi apa kaitan dengan tajuk aku “orang tempatan pemalas”?
Inilah yang aku nak tekankan tentang kesan dan akibat. Disebabkan pendatang ni dah berani naik kepala. Mereka ugut nak berhenti. Dan majikan yang berani lawan dengan kehendak mereka, mereka lawan majikan mereka dengan membuka kedai berhampiran kedai majikan mereka dan menawarkan harga yang lebih murah. Kau rasa?
Kau tak pelik kenapa banyak pendatang boleh buka kedai? Bila tanya tokey siapa, mereka kata orang tempatan. Kau percaya? Disinilah marah aku membuak bila majlis bandaran pun tak boleh ambil tindakan. Kau tahu kenapa?
Sebab mereka bernaung dibawah “orang tempatan pemalas”. “Orang tempatan pemalas” nilah yang menyebabkan harga market musnah. Orang tempatan yang buka kedai gulung tikar. Macam mana?
“orang tempatan pemalas” ni dengan mudahnya menjual lesen perniagaan mereka. Kau rasa majlis bandaran boleh buat apa je? Kau tahu apa kesannya?
Ramai bisnes tempatan terpaksa tutup kedai dan kembali semula berniaga secara haram dikaki lima. Bukan mereka tak cuba buka kedai, tapi disebabkan pendatang yang main harga. Mereka susah nak dapat customer. Zaman sekarang. Murah rm1 pun pelanggan berbondong-bondong hantar kat pendatang yang buka kedai secara haram.
Hari ni kau memang nampak mereka tawarkan harga yang lagi murah, kau tunggu bila mereka berjaya lingkupkan bisnes orang tempatan. Masa tu kau tengok harga yang mereka tawarkan. Lagi yahudi dari bisnes orang tempatan yang dah mereka berjaya lingkupkan. Jadi kat sini aku nak tanya kalian, apa orang macam aku boleh buat?
Report polis? Tak payahlah. Kawasan aku pendatang semua dilindungi oleh polis. Polis dapat rm50/ kepala. Mesti ada yang kata aku fitnah jer ni. Hurm, suka hati kalianlah, aku yang hadap. Report majlis bandaran? Macam aku cakap tadi. Mereka tak ada kuasa disebabkan lesen mereka sah disebabkan mereka bernaung dibawah “orang tempatan pemalas”.
Cadangan terakhir, aku perlu report imigresen. Tapi yang aku risaukan ialah identiti aku sebagai orang yang membuat report akan terdedah. Macam aku bagitahu tadi, pendatang ni dilindungi polis. Dan aku akan menjadi orang yang paling dikehendaki nanti. Jadi, kalau kalian ada kenal mana-mana pihak berkuasa yang amanah dan berintegriti. Pmlah aku. Aku bila-bila masa boleh bagi maklumat.
Akhir sekali, kalau kalian kenal mana-mana “orang tempatan pemalas” ni, bagitahu mereka. Ada orang yang doakan mereka hidup tak aman atas segala kezaliman dan penindasan yang kau lakukan terhadap semua perniaga yang cuba buka perniagaan mereka secara betul. Mereka yang membayar cukai perniagaan, lesen niaga dan sewa kedai.
Sekian, terima kasih. Dari aku yang bernama Izz.
– Izz
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit