Orang Terdekat

Assalamualaikum pembaca sekalian. Terima kasih admin jika pengakuan saya ini disiarkan.

Seperti biasa, perkenalkan diriku, seorang suri rumah, anak sudah 3 orang, hanya bergantung ehsan (ya ehsan kerana suami seorang yang amat berkira dengan isteri sendiri tetapi tidak dengan orang lain)

Sebenarnya tak tahu nak letak tajuk apa sebab sedih – sesedih2nya hati di kala ini bila mana aku baru sahaja mendapat wassap dari ibuku sendiri. Bukan ibu angkat, bukan ibu tiri tapi ibu kandung.

Mesejnya berbunyi begini ” Tak payahlah buat bouquet banyak2 bukan ada orang beli pun”.

Boleh bayang tak betapa hancurnya hati ini apabila keramat hidup yang menghantar mesej seperti ini. Bukan kawan2, bukan jiran2 atau saudara mara lain, tetapi ibu kandung sendiri.

Sebenarnya masalah begini ( mendownkan semangat untuk melakukan apa2 yang berfaedah) bukan baru sahaja berlaku, tetapi telah lama.

Jujur aku akui dari dahulu lagi aku seorang yang amat berdikari disebabkan sikap toxic dari keluarga sendiri.

Aku banyak mendapat kebahagiaan apabila bersama2 dengan kawan2 di pusat pengajian, rumah sewa & tempat kerja dahulu.

Aku betul2 down kerana baru sahaja ingin memulakan bisnes, sudah tentulah perlukan semangat dari orang2 sekeliling.

Sebab utama aku ingin berbisnes adalah kerana ingin membantu meringankan bebanan kewangan kerana anak2 semakin membesar, perlukan belanja yang semakin banyak seperti yuran persekolahan & buku dan lain2 lagi.

Itu belum lagi kerana sifat suami yang kedekut – gajinya banyak, sepatutnya cukup untuk perbelanjaan kami anak beranak tetapi asyik tidak cukup sahaja.

Saya tidak pernah meminta apa2 sepanjang perkahwinan hatta baju raya. Tiap2 tahun saya akan pakai baju semasa bujang dahulu. Anak2 pula akan pakai baju2 yamg saudara derma.

Mujur juga ada saudara dermakan baju2 terpakai, kalau tidak, tidak tahulah. Saya amat2 bersyukur apabila menteri meminta menukar duit bantuan dimasukkan ke akaun isteri. Waktu itu baru saya rasa nikmat “diberi nafkah”.

Pembaca semua boleh bayang tak betapa sedihnya hati, sudahlah suami seorang haji bakhil dengan isteri sendiri, mahu berbisnes, didownkan pula oleh keramat hidup.

Bukan ibuku tidak tahu sifat suamiku & kenapa aku ingin berbisnes.

Kekecewaan aku ini bukan sebab itu sahaja, sebab lain adalah kerana suamiku juga tidak pernah menyokong apabila aku ingin berbisnes, malah kerana segala bisnes mudah seperti droship yang tidak perlukan modal sekalipun.

Sudahlah berkira dengan isteri sendiri, kita hendak mancari wang sendiri, tidak diizinkan pula.

Banyak yang aku ingin luahkan, tetapi sebenarnya dah diluahkan pada confession terdahulu. Terima kasih admin kerana sudi menyiarkan.

Diriku berasa amat2 down ketika ini, rasa amat malang. Kenapa perjalanan hidup tidak seperti orang lain, orang2 sekeliling yang begitu supportive terhadap ahli keluarga & pasangan masing2.

Aku harap dengan tersiarnya confession ini, aku akan mendapat kata2 positif dari pembaca sekalian.

Aku begitu down sekarang. Rasa ingin lari jauh2, terjun jambatan (aku masih waras & ingat hukum agama lagi) kerana terasa diri tidak berguna.

Sekian, maaf andai penulisan ini berterabur.

Terima kasih.

– Hydrangea (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *