Aku percaya kita yang dah di usia matang ni faham yang semua orang ada bahagian ujian & nikmat masing-masing. Masing-masing punya template kehidupan sendiri yang tak mungkin sama antara satu sama lain.
Hi. Aku Cempaka. Awal 30-an dan sudah berkeluarga.
Naifnya aku masa waktu kecik ingat bila dewasa kehidupan akan lebih baik. Aku ingat orang dewasa semua pasti matang dan tak akan menyakiti orang lain.
Bila dewasa baru tahu ramai orang dewasa yang stuck kat umur kanak-kanak.
Aku awal 20an okay lagi. Orang kata baru start nak kenal dunia. Lepas tu aku rasa macam aku selalu jumpa orang toksik. Aku dari yang sejenis happy go lucky bertukar jadi orang serius je.
Aku tak rasa bila berkawan nak ambil kesempatan kat orang. Yang aku fikir macam mana nak berkawan lama dengan kawan tu sampai boleh kenal dengan keluarga dia lagi best. Tapi angan-angan aku jelah.
Yang selalu jadi, aku jumpa kawan yang hanya nak ambil manfaat. Dah tak ada manfaat dia blahh. Bila putus kawan, aku rasa sedih yang mendalam. Orang tu relax je tukar-tukar kawan.
Dalam keluarga pun aku selalu dapat the bare minimum dari apa segi pun berbanding adik beradik lain. Memang selalu aku dipergunakan, diambil kesempatan.
Walau pun aku dah voice out, kadang mengamuk (masa kecil & remaja shj) pun masih lagi aku masuk dalam cycle toksik diorang. Dan aku masih tak jemu-jemu doa Allah tak uji aku dengan mak ayah.
Walau banyak hint Allah dah bagi, aku tetap masuk dalam game manipulasi diorang. Korang yang ada mak ayah baik jangan lah trigger bila sebut mak ayah toksik. Ya memang wujud mak ayah yang baik. korang jaga lah baik-baik ya.
Aku ni sampai satu masa aku penat sangat. Kenapa aku selalu jumpa orang yang suka ambil kesempatan? Bila kita cuba tegas dan orang tak dapat control aku, dah aku kena tinggal, kena fitnah, adu domba kat belakang. Bukan kawan-kawan je tapi keluarga jugak. Penat.
Pertengahan 20-an aku macam stuck. Orang lain mungkin ada mak ayah tempat meluah, tempat minta pandangan. Tapi aku tak ada.
My parent is my first bully. Kawan selalu jumpa yang toksik atau lost contact macam tu je. Adik beradik pun jenis pikir diri sendiri je.
Jadinya, bila aku depressed sangat, aku stuck. Selalu juga aku salahkan diri sendiri. Kenapa orang lain boleh teruskan hidup happy walaupun diorang sejenis ambil kesempatan kat orang, buat jahat kat orang.
Sedangkan aku yang rasa aku tak pernah berkawan nak manfaatkan orang ni berlebih-lebih sedih & kecewanya. Aku ke yang problem?
Bila aku dah habis belajar, dah kawin dan melahirkan anak pertama lagi la aku rasa nak duduk rumah je rehat lama-lama. Spend masa dengan keluarga kecil ni buat aku tenang.
And surprisingly, aku tak jumpa suami toksik. Alhamdulillah. Ada la kurang sikit-sikit tu biasalah. Aku pun banyak kurang. As long bila buat salah minta maaf, selalu aware dengan perasaan pasangan, nafkah tak culas.
Masa ni lah aku mula kenal diri, kurangkan hormon kortisol dalam badan dan banyak aku baca pasal psychology, motivation, kuliah agama, tadabbur.
Tapi tenang-tenang pun masih lagi sesekali kena hadap keluarga toksik, keluarga mertua toksik. Kawan-kawan toksik je tak ada sebab dah tak ada kawan haha
Bila aku dah melepasi survival mode yang panjang, masuk pulak fasa pulihkan my reverse system, dan sekarang adalah fasa untuk aku bertindak; ubah cara fikir, cara respond orang, cara hadap orang toksik, how to say no & paling berat is how to be more hati kering.
So hypothesis aku masa kecil yang mengatakan orang dewasa semua matang dan tak akan menyakitkan hati orang lain adalah sama sekali meleset.
Sebab hakikatnya, orang toksik ni merata-rata ada. Lari pun akan jumpa yang lain. Cuma bagi aku, biar toksik bukan ahli keluarga sebab senang nak jauhkan diri. Mencabar bila toksik dalam ahli keluarga. Lagi-lagi orang Narsis.
Sekarang aku dah okay kalau orang nak cakap belakang. Kalau dulu benda ni trigger aku sangat sebab aku ikhlas sayang orang. Kalau aku tak suka pun tak ada aku nak pedajal orang tu. Cuma aku tak leh go lagi nak hadap orang Narsis yang tak abis-abis game dia.
Aku kalau orang tak suka aku, aku dah boleh terima dah sekarang. Its fine. Tapi jangan tak henti-henti cari pasal. Aku penat. I dont want to play your game.
Mertua aku ni dah lama nak ambil anak-anak aku. Tapi aku lagi bijak dari yang diorang sangkakan. Tapi bijak-bijak pun penat nak hadap segala impak adu domba dorang, manipulasi, gaslight dorang.
Awal-awal dulu aku hampir-hampir juga terpedaya dengan drama diorang. Tapi Alhamdulillah aku masih mampu pertahankan anak aku dari ke tangan diorang.
Lagi sekali, korang jangan trigger bila aku cakap mertua aku toksik. Ni kisah mertua aku. Mertua korang mungkin jauh labih baik syukurlah. Sebab toksik ni bukan terletak pada title tapi pada individu. Pilihan individu tu sendiri nak jadi toksik.
Aku ni dapat mertua yang nak anak lelaki dia berkahwin macam anak lelaki orang lain. Nak ada cucu macam orang lain. Tapi nak singkirkan menantu.
Diorang tak cakap terang-terang depan aku nak jaga cucu. Tapi macam-macam diorang buat untuk dapatkan anak-anak aku. Dari berpantang, anak besar sikit. Anak sekolah. Tapi semua perancangan diorang tak berjaya.
Tapi belakang-belakang banyak dorang adu domba pasal aku. Aku buat dek jelah.
Aku tak terfikir nak detailkan cerita aku. Cuma terpanggil untuk menulis ni lepas baca kisah sorang tu yang susah dapat anak.
Macam-macam cara usaha sampai berhabis duit sendiri buat ivf. Trauma pun tak hilang lagi. Tapi mertua kalut nak ambik cucu & suruh menantu buat anak lain. Aku gerammm je baca.
Harap sis tu pertahankan anak. Anak ni membesar cepat. Kalau kerja pun hantar lah kat pengasuh atau taska. Tak berbaloi hantar kat mertua tapi kita tak ada kuasa atas anak sendiri. Takkan esok nak berebut cucu dengan menantu pulak macam mertua tu?
Dapat mertua hati suci tak sailang anak menantu tak apa lah. Syukur ada orang bagi kasih sayang kat anak kita, kita pun tak macam hilang anak, pergi kerja pun senang hati.
Aku pulak tengah susun kekuatan untuk keluar dari environment ni. Korang doakan aku ya.
Aku tak pernah halang suami aku berbakti kat keluarga dia. Cuma jangan biar sesiapa pun waima keluara sendiri ambil hak aku dan anak aku. Cukup lah mak ayah aku ambik zaman kanak-kanak aku.
– Cempaka (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit