Assalamualaikum para pembaca iium confession sekalian. Saya harap admin akan siarkan confession saya ini. Sudah lama saya mengikuti laman ini namun hanya silent reader sahaja selama ni. tetapi setelah membaca confession bertajuk “tidak reti berkawan” (https://iiumc.com/nak-berkawan-tapi-tak-reti-ii/), baru2 ini. Hati saya tergerak untuk meluahkan rasa hati ini juga.
Sememangnya apa yang ditulis oleh confessor itu memang sama dengan diri saya. Keinginan yang tinggi untuk berkawan, tetapi kekurangan dalam kemahiran berkawan menyebabkan kami sering gagal dalam membina persahabatan. Namun saya mengalami sedikit masalah tambahan yang menyebabkan ia menjadi lebih teruk. Saya berharap agak pembaca sekalian dapat memberi komen dan motivasi yang dapat membantu saya menghadapi masalah ini. Saya agak kurang dalam penulisan jadi saya mohon maaf sekiranya confession ini agak berterabur.
Sedikit intro mengenai saya. Nama saya Iffah berumur 22 tahun. Masih menuntut di sebuah ipta di selatan tanah air. Masih single dan available walaupun ramai yang ingin berkenalan (nanti saya nyatakan sebabnya).
Sejujurnya kehidupan saya dari zaman sekolah rendah hingga ke universiti ini saya memang tidak mempunyai ramai kawan. Sehingga kini boleh dikatakan semua kawan2 yang pernah hadir dalam hidup saya sudah pergi membawa haluan masing2 dengan bahagianya. Kawan yang hadir dalam hidup saya semuanya hanya berkekalan sehingga fasa terentu sahaja. Sebagai contoh, kawan yang saya rapat ketika sekolah/matriks/kerja dulu semuanya hanya bertahan sampai situ sahaja.
Setelah tamat pengajian/ kerja part time/sebagainya, hilang sudah orang2 yang pernah saya rapat ini. Saya teringin sangat seperti orang2 lain yang sering mengupload gambar2 reunion bersama kawan2 lama setiap kali hari raya atau cuti sem. Di universiti saya, setiap orang mesti ada kawan2 lama yang masih akrab sehingga kini. Yang sering menghantar ws tak sabar untuk berkumpul semula setelah lama tidak berjumpa. Yang sentiasa merindui antara satu sama lain.
Namun saya tidak berpeluang semua ini kerana saya sentiasa bukan menjadi favourite person buat sesiapa. Jika berkawan, saya pasti akan menjadi follower sahaja walaupun kita adalah satu geng. Ketika di pengajian, ya, saya mungkin masih diingati mereka dan tidak ditinggalkan untuk menjaga hati saya. Tetapi apabila tamat persekolahan atau ketika cuti sem, masing2 pasti akan ada kawan yang akan contact bertanya khabar atau sekadar berbual kosong dan bergurau. Tetapi tidak bagi saya, tiada siapa yang akan contact saya.
Sering sahaja saya yang start dulu hubungi mereka melalui komen2 di status ws atau ws personal. Namun seperti biasa chat tidak akan bertahan lama kerana chat dengan saya sangat hambar dan tidak ada topik menarik untuk dibualkan. ditambah saya seorang yang tidak pandai bergurau. Pasti akan berakhir dengan “hahaha”, kemudian kembali hambar dan krik2. Jadi disebabkan itu orang tidak akan hubungi saya lagi selepas itu kerana begitu hambar dan membosankan.
Saya tidak boleh menghiburkan mereka dengan gurau2 dan usikan santai. Saya sudah biasa dengan keadaan dimana kawan2 saya yang satu geng dahulu keluar hangout bersama tanpa saya diajak dan dijemput pun. Kerana seperti yang saya kata, mereka lebih memilih kepada favourite person masing2 dan saya tidak pernah menjadi favourite person buat sesiapa pun. Kadang saya teringin juga punyai kawan yang sering bertanyakan khabar dan kehidupan saya dan saya juga boleh ceritakan kehidupan dan pengalaman saya kepada mereka, seseorang yang akan begitu excited bila kita berjumpa, saling bertukar cerita, meluahkan perasaan, menyimpan rahsia antara satu sama lain, merindui satu sama lain. namun tiada semua tu. Dari situ saya sedar siapalah saya ini bagi mereka.
Sejujurnya saya mempunyai wajah yang agak cantik dan manis (bukan untuk riak, tapi semua berkata begitu), punya wajah iras2 artis terkenal malaysia, bertubuh langsing dan tinggi lampai. Ramai kata ala2 supermodel gitu. Mungkin disebabkan itu saya masih tidak pernah lone ranger lagi. Masih ada kawan yang sudi berkawan dengan saya ketika di pengajian/mana2 sahaja walaupun persahabatan itu tidak akan pernah kekal pada akhirnya. Namun antara masalah besar saya, wajah saya ketika waktu biasa iaitu normal tanpa senyum dilihat sangat ketat dan masam. Kelihatan seperti orang yang moody sentiasa. Saya tidak tahu cara nak ubahnya kerana sememangnya wajah saya memang begitu. Itu menjadi faktor utama mengapa orang baru susah untuk tegur saya. Dan ia mengeruhkan keadaan.
Orang memandang saya mempunyai kehidupan yang sangat baik kerana mampu bercuti bersama keluarga selalu dan kelihatan seperti tidak mempunyai masalah langsung dalam hidup. Mungkin kerana sifat saya yang tenang. Disebabkan itu, saya tidak pernah menjadi mangsa buli dan sebagainya walaupun saya seorang yang pendiam dan pemalu (syukur alhamdulillah). Dengan melihat kelebihan yang saya ada, orang sentiasa menyangka bahawa saya seorang yang sangat bertuah. Namun itu semua hanyalah common first impression orang terhadap saya.
Apabila sudah mengenali diri saya dengan lebih rapat, seperti biasa mereka akan dapati bahawa tiada yang istimewa dalam diri saya. Saya bukanlah orang yang seronok untuk berkawan. Di sini bukan bermakna saya terus dipulaukan mereka, tetapi sukar untuk mencari orang yang sudi menjadi kawan baik saya. Pasti hanya akan menjadi sekadar kawan biasa sahaja. Sesiapa sahaja yang cuba berkawan pasti tidak akan jumpa keserasian kerana sikap saya yang sering awkward dengan orang. Apabila duduk makan sekali, suasana pasti akan menjadi kekok ketika menunggu makanan sampai kerana saya tidak pandai berbual dengan orang.
Ditambah dengan wajah ketat semula jadi, lagi la mengeruhkan keadaan. Saya tidak pandai menceriakan keadaan seperti orang lain. Orang lain juga apabila berada dengan saya automatik menjadi orang yang tidak bercakap berbanding jika dengan orang lain keadaan lebih riuh dan happening (Kerana saya sering membaca bahawa tips membuat kawan adalah menjadi pendengar yang baik. Tapi bagaimana saya ingin menjadi pendengar yang baik jika mereka tidak menceritakan apa2 kepada saya). Apabila duduk lepak dengan saya, pasti akan berakhir dengan masing2 bermain dengan telefon bimbit. Tiada komunikasi yang menyeronokkan. Saya begitu awkward untuk berbual dengan mereka. Walaupun kita sudah menjadi classmate selama berapa tahun ini.
Saya sangat tidak pasti mengapa masalah awkward ini timbul dalam diri saya. Adakan ini normal? Saya lihat kawan2 saya yang lain tidak langsung ada masalah awkward ini. Mereka bebas duduk bergaul dan menjadi rapat dengan sesiapa sahaja walaupun orang yang tidak dikenali.
Apabila saya meneliti sedalam dalamnya tentang keadaan ini, saya dapati bahawa saya mempunyai masalah2 ini dalam pergaulan:
1. Tidak pandai memberi respon
Apabila orang berminat untuk bercerita sesuatu atau meluahkan perasaan/masalah kepada saya, saya tidak pandai memberi respons yang memuaskan. Common answer will be saya hanya akan gelak atau sekadar menjawab “oh yeke”. Selain dari itu saya sudah cuba tapi masih menjadi hambar. Saya dapat lihat dari wajah mereka riak wajah yang kecewa apabila berbual dengan saya. Jadi, sesiapa pun takkan datang lagi kepada saya untuk berborak atau bercerita kerana respon yang sangat hambar.
2. Susah buat eye contact
Saya tak tahu kenapa setiap kali membuat eye contact dengan orang, saya dapat lihat reaksi kekok pasti muncul di mata mereka. Kadang2, orang tidak sudi langsung untuk memandang muka saya ketika sedang bercakap. Walaupun dengan kawan sendiri. Seolah2 mereka gelisah/takut/malu/tidak selesa/benci/tak suka/tidak senang dengan saya. Sesuatu yang susah untuk saya terangkan dan saya tidak pernah ada jawapan untuk persoalan itu. Apabila sedang berbincang dengan lecturer atau groupmate mengenai sesuatu perkara, begitu kekok untuk membuat eye contact dengan mereka dan itu menyukarkan proses saya untuk membuat kerja. Mengapa saya tidak seperti orang lain yang begitu mudah didekati dan sentiasa disenangi ramai orang.
3. Sentiasa awkward dengan orang
Awkward terjadi disebabkan saya tidak idea dan topik untuk berbual. Jadi bila duduk lepak bersama, keadaan akan sunyi, krik2 dan hambar. Dan akan menghasilkan suasana yang sangat kekok kerana masing2 tidak tau nak cakap apa. Mata saya akan melilau taktau nak pandang mana. Pandang kawan, kekok seperti di point kedua. Pandang luar, bertambah kekok, sebab meninmbulkan situasi tegang. Jadi disebabkan itu, kawan2 saya yang lain pasti tidak akan sudi untuk duduk di meja yang ada saya kerana mereka tidak mahu menghadapi suasana awkward itu lagi. Dan saya sedang merasainya sekarang.
Yang saya perasan, sesiapa sahaja yang berkawan rapat dengan saya pasti akan kehilangan kawan yang lain. Jika dahulunya mereka senang bertegur sapa dan rapat dengan yang lain, pasti akan berakhir juga. Kelihatan seperti orang akan menjauhi dengan sesiapa sahaja saya berada. Kerana mereka akan kekok apabila ada kehadiran saya.
4. Muka ketat dan masam
Ya, walaupun dikatakan saya seorang yang cantik dan manis, tetapi itu hanya ketika saya senyum sahaja. Jika ketika di keadaan biasa di mana muka santai tidak senyum, saya memang nampak masam/sombong/moody/tidak mesra langsung. Sehingga apabila berjalan di mana2 sahaja, promoter/penjaga kedai tidak ada langsung yang berani approach saya kerana muka saya begitu ketat. Perkara itu memang saya perhatikan sejak dulu lagi. Jika dengan kawan2 biasa di universiti, sekiranya bertembung atau terjumpa di mana2, saya boleh lihat mereka sebolehnya mengelak dari saya. Buat2 tak nampak dan sebagainya. Pasti saya sahaja yang akan mulakan tegur dahulu. Dan ini terjadi kepada semua kawan2 saya dari sekolah rendah hingga universiti ini. Boleh dikatakan saya tidak ada rakan yang apabila terserempak di luar, masing2 akan excited berjumpa dan berbual sakan. Ini kerana diri saya yang begitu hambar. Apabila berjumpa, hanya sekadar hai bye sahaja. Tidak ada topik untuk diperkatakan. Sangat hambar.
5. Tidak pandai berbual
Saya tidak tahu bagaimana untuk memanjangkan perbualan. Setiap topik yang dibincangkan dengan saya sentiasa akan berhenti dengan cepatnya dan membosankan. Saya tidak pandai dalam memberi tindak balas dan merancakkan perbualan. Saya tidak pandai berborak panjang dengan orang. Berbual2 santai di waktu santai. Saya pasti akan mengelakkan diri jika perlu duduk bersosial di waktu lapang. Mahupun dengan jiran2 sekeliling sekalipun. Saya tidak pasti adakah ini kerana personaliti seorang introvert memang begini? Atau memang keupayaan otak saya memang lemah untuk bertindak? Saya begitu risau akan hal ini.
Berbalik kepada lelaki2 yang ingin berkenalan dengan saya di awal tadi, kelima2 faktor diatas ini adalah punca mengapa setiap lelaki yang hadir dalam hidup saya pasti tidak akan menjadi. Kerana sememangnya saya memang seorang yang tidak boleh berinteraksi dengan baik. Suasana pasti akan menjadi hambar. Menyebabkan orang menjadi bosan dan pergi meninggalkan saya.Jadi saya memang tidak pernah sampai ke tahap bercinta, hanya bertahan sebagai crush kemudian hilang. Hmm walaupun kedengaran begitu remeh, tetapi perkara ini benar2 terjadi dalam diri saya. Perkara2 inilah yang telah menganggu fikiran saya selama ini sehingga saya sukar untuk fokus dalam pelajaran. Saya akan sentiasa overthinking tentang kelakuan saya terhadap orang dan kelakuan orang terhadap saya. Kerana dalam hidup saya, begitu susah untuk mendapatkan tegur sapa dari orang. Apabila ada yang melakukannya, saya akan sangat gembira dan dihargai walau sesimple “hai” dari orang.
Kadang2 saya terfikir adakah saya terkena penyakit ain? Kerana banyak kejadian di mana begitu jelas saya boleh nampak orang langsung tidak mahu memandang muka saya ketika bercakap. Termasuk lecturer di universiti saya. Perkara ini banyak kali terjadi dan saya memang berfikir panjang mengenai hal ini selepas membaca confession sebelum ini mengenai penyakit ain.
Akhir sekali saya ingin bertanyakan kepada pembaca sekalian bahawa adakah ini merupakan perkara normal? Atau mungkinkah saya sahaja yang terlalu overthingking tentang semua ni? Atau mungkin anggap sahaja ini dugaan buat saya tidak ada rezeki dalam bergaul dengan manusia. Terima kasih kerana sudi luangkan masa membaca coretan saya ini saya harap pembaca sekalian tidak bosan dengan cerita ini. Segala kata nasihat dan teguran saya terima dengan hati yang terbuka. Segala salah kata saya mohon maaf.
Sekian…
– Iffah
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Cerita awak sama macam saya tapi sya bru sekolah menengah. Sya baru 17 tahun. Paling terasa sekali bila nak makan. Syaa duduk asrama so bila nak makan kena duduk dekaat meja la. Tpi takkan sorang satu meja.Jadi kena duduk dengan form sendiri la. Even with form sendiri saya rasa akward.saya tak tahu org elak sya ke apa tapi orang lain kalau boleh nak duduk dengan sya. Tpi sekarang sya dah biasa dah. Klau ada form sya dia akan lalu je depan meja makan saya and then duduk kat meja lain.
Even kat kelas pun macam tu.kawan sekelas pun tak nak duduk dengan sya.Saya dah la tak tinggi sangat jadi kena paksa duduk depan la.saya sendiri pun kesian dekat orang yang duduk sebelah sya. Dia pun macam tak rela je. Saya rasa sebab sya jenis gak banyak cakap. Mostly bila cikgu xda dlam kelas murid2 lain akan buat kerja sekolah or sembang each other. Aku sorang je awkward. Yg liain semua bising tengah bincang kerja or something. Kat situ lah aku tak tahu nak buat apa and rasa macam nak nangis je.So buat2 pusing nak dengar apa diorang nak sembang.and kadang2 aku akan keluar kelas utk amik angin sorang2.diorang akan ingat aku pegi tandas la.tujee .aku bukan tak nak join dorang tapi aku tak tahu nak cakap apa!!! kalau korg nak nasihatkan apa nasihat la aku dah rasa diri aku tak normal dh.