Orang Yang Tiada Rupa

Assalamualaikum semua, thank you admin sekiranya confession aku disiarkan. Aku sebenarnya nak minta pandangan dalam kalangan readers, sebab masalah yang aku hadapi ni dah lama membelenggu aku. Maaf jika penulisan aku beterabur kerana aku tidak pandai mengarang.

Nama aku Puteri (bukan nama sebenar), dan aku merupakan siswazah di salah sebuah ipta terkemuka tanah air. Aku bileh dikategorikan dalam golingan gempal dan berkukit tidak cerah. Umum mengetahui bahawa pada zaman universiti ni ramai yang sudah pun mempunyai teman hidup atau lebih dikenali sebagai bf/gf.

Berbeza situasinya dengan aku sebab sepanjang hidup aku (dari remaja hingga sekarang) aku tak pernah ada teman istimewa. Aku tahu berdosa di sisi agama tapi kadang2 terasa diri ini sangat hodoh dan tidak laku kerana sepanjang hidup aku tidak ada seorang pun yang pernah tampil dan mengucapkan kata suka.

Kadang2 aku cemburu melihat teman2 seusiaku yang rata2 sudah mempunyai teman istimewa. Rasa rendah diri menguasai aku sehingga satu tahap di mana aku dah tak ada semangat nak pergi kelas , bentang di hadapan, mahupun berinteraksi dengan orang.

Memang aku akui, aku tak ada rupa, gempal, dan tidak berkulit cerah, namun, kadang2 terdetik jugak dalam hati untuk merasai kemanisan mempunyai teman istimewa kerana aku lihat kawan2 aku sangat bahagia di sisi teman masing2 manakala aku keseorangan.

Aku ada jugak pernah cuba luahkan perasaan dekat beberapa orang yang aku pernah suka, mula2 mereka layan dengan baik, lepas je aku hantar gambar aku, terus tak layan, terus kata kita kawan je eh? Aku sangat terkilan. Rasa rendah diri makin lama makin menguasai diri sehingga menjejaskan kerja2 harian aku. Aku sangat bimbang jikalau aku ni tiada orang nak berkahwin nanti.

Bukan tu je masalah aku, kawan2 rapat aku di universiti semua telah mempunyai teman istimewa, jadi mereka sering keluar dating, tengok wayang, on the phone sehingga lewat malam yang selalu membuatkan aku merasa sunyi. Merasa diri ini sangat tidak berguna dan hodoh.

Pernah juga banyak kali aku diminta menemani kawan aku kekuar dan akhirnya dia berjalan berdua dengan teman istimewanya dan aku ditinggalkan. Paling aku terkilan sewaktu bulan ramadhan yang lalu, aku sering berbuka seorang kerana kawan2 sering jeluar bersama teman istimewa untuk berbuka. Aku merasa sangat sunyi dan dipergunakan dalam situasi sebegini.

Confidence level aku turun mendadak sehingga aku sudah tidak berdaya mahu melihat diri sendiri di cermin. Aku tengah dalam usaha menurunkan berat badan namun persoalan yang sering kali timbul dalam otak aku, apakah tiada lelaki dalam dunia ini yang tidak mementingkan rupa?

Aku sudah penat dilabel hodoh dan tidak laku. Kawan2 aku juga sering menjadikan aku bahan ketawa kerana tiada lelaki yang pernah menunjukkan minat terhadapku dari zaman remaja sehinggalah sekarang. Mereka sering menggelarkan aku ‘loner’ dan melemparkan pelbagai kata yang mengguris hatiku. Sekarang pun sambil menaip sambil berjuraian air mata.

Apa yang patut aku lakukan? Aku harap sangat readers boleh bantu aku kerana aku dah penat hidup menjadi bahan ketawa dan jenaka orang lain. Aku sudah tidak boleh melihat diri sendiri di cermin dan juga mengalami masalah untuk berinteraksi dengan orang.

– Puteri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *