Orang Yang Tidak Diperlukan

Terima kasih admin kalau publish confession aku. Cerita ni panjang. Sebab ni luahan kisah hidup aku. Aku perempuan berumur akhir 20an. Aku nak cerita kisah aku sejak kecil yang macam tak diperlukan dalam keluarga sendiri. Adik beradik aku ramai. Aku yang kedua akhir. Family sederhana. Dari kecil aku rasa mak aku tak sayang aku. Untuk pengetahuan, abah selalu gaduh dengan mak dan pukul mak depan mata aku. Mak aku pulak dalam bebelan harian selalu maki2 ayah aku package mencarut. Malu aku dengar. Masalahnya adalah aku mempunyai rupa paras seiras arwah opah belah abah. Ini menyebabkan abah sayang dan focus kat aku lebih sikit. Semua orang dalam keluarga aku perasan benda ni. Dan kerana perkara ni jugak mak layan aku lain dari anak lain. Mak buat aku tempat lepas geram. Tengking2 aku setiap hari walau bukan salah aku. Pernah dia siap follow aku dari tingkat bawah Naik ke tingkat atas sebab nak marah aku depan2 sambil jegil2 mata.

Puncanya aku Tak basuh berak kucing dalam rumah. Padahal abang n adik aku yang selalu layan kucing tu. Aku gak jadi orang suruhan utama beli barang Kat kedai tak kira tengah panas terik pun sedangkan adik beradik lain sedap melepak. Pernah sekali aku demam n cakap kat mak. Mak campak duit kat aku suh beli Panadol. Kalau adik beradik lain demam aku la yang kena suruh pergi beli Panadol ngan air badak. Itu menyebabkan sampai sekarang aku Tak suka mengadu kat keluarga kalau aku sakit. Hadap sendiri. Ok time makan plak. Mak pernah tegur aku jangan makan lauk yang dia masak n makan ikan kering je. Sebab nak bagi abah makan katanya. Dalam masa yang sama adik beradik lain tengah sedap2 melantak lauk tu. Pernah gak mak ambik lauk dalam pinggan aku bagi Kat adik aku, tinggalkan cebisan kecik ikan je. Alasan dia adik aku gemuk. Kena makan lebih. Kes pasal makan memang selalu sangat aku kena. Abah aku saksi. So citer dia aku memang kurus kering masa kecik (underweight) sebab tak cukup gizi. Kalau aku pergi klinik sebab demam, confirm doktor bagi sekali vitamin sebab dia kata aku kurus kering.

Lagi satu kes aku lambat period. Aku tak period sampai umur aku awal 20an. Yes takyah terkejut sangat. Takde sape peduli nak bawak aku jumpa doktor. Yang dorang tau cuma ejek aku leper, papan dan sebagainya. Akak aku siap compare breast aku ngan adik aku. Siap kutuk n fitnah aku lesbian. Aku plak memang pendiam dalam family. Dalam family je ok. Aku pernah pergi hospital sendiri jumpa doktor nak cek nape aku tak period lagi masa umur 16 tahun. Kena marah ngan doktor sebab datang sorang. Supposed ada family perempuan kena teman. Nurse tu siap cakap “mak dia tak peduli ke”. Dan bila aku gi cek after dah cukup umur (18 tahun) aku dapat tahu ovari aku cacat dan tak keluarkan cukup hormon untuk period. Tiada ovum atau telur dihasilkan. Dalam erti kata lain aku mandul. Aku menangis gila2 dan break up dengan boyfriend aku masa tu. Plus takde family untuk aku share kesedihan aku. Nak citer ngan bff rasa macam tak sesuai. Aku rendah diri. Aku call kakak dia tak angkat. Doctor startkan aku dengan ubat hormon untuk elakkkan aku menopause. Ya. Menopause pada usia muda. Sampai sekarang aku kena makan ubat tu.

Bab lain plak. Mak n kakak aku ni best friend. Kongsi petua cantik n macam2 rahsia mak kakak tau. Aku? Seingat aku hanya jeling n tengkingan aku dapat. Sekolah menengah aku dah duduk asrama. Aku yang mintak sebab nak makan banyak2 n berkhasiat supaya tak kurus kering. Sedih kan hahaha. Selain tu dapat lari dari kena marah hari2. Sebelum aku terlupa kakak aku pun sebijik tiru perangai mak aku. Buli aku tiap hari. Suruh ambil barang dia walau dia lagi dekat dengan barang tu. Even aku tengah makan pun dia akan suruh. Kalau aku lambat memang kena tengking la macam mak buat.

Masuk je kolej, aku dah mula rasa selesa. Cuti sem kadang2 aku balik 2 hari je. Alasan, assignment banyak n kena pergi library untuk refer. Alhamdulillah aku study ditaja oleh kerajaan. Tiap bulan dapat duit walau tak banyak. Cukup untuk makan dan tak perlu berhutang. Masa ni aku makin jauh dengan family. Tapi aku rasa lega. Bila masuk alam pekerjaan, awal2 lagi kakak aku dah mintak pinjam duit. Sedangkan dia dah lama kerja. Stabil lak tu. Aku jenis berjimat. Rajin menabung dari kecik sebab kalau aku mintak duit for sure kena marah. Sampai satu tahap aku perasan dia memang call atau text semata2 nak duit. Tanya khabar tak pernah sekali.

Mak aku pulak, sakit since aku masuk kolej. Tak kuat sangat nak jalan. Kadang2 aku perasan dia macam nak sembang dengan aku bila duduk berdua. Nak sembang elok2. Awkward. Dengan mak pun aku boleh awkward. Hahaha maklum la dah biasa makan maki. Selalunya aku akan bangun dan masuk bilik. Aku tak tau kalau dia terasa. Aku memang tak reti. Dalam sakit2 dia tu, pernah gak dia bandingkan course aku ambik dengan kakak aku masa student. Takde kelas kot hahaha at least aku takde hutang ptptn. Tapi aku jawab dalam hati je la. Now mak dah meninggal. 2 tahun lebih. Lepas mak meninggal aku kerap balik kampung jenguk abah. Aku maafkan mak. Harap mak pun maafkan dosa2 aku.

Pasal kakak aku plak. Dia benti kerja. Aku syak dia bengang sebab kena tanggung banyak perbelanjaan rumah. Aku tak rapat dengan dia. Laki dia gamer. Balik kampung pun siap angkut pc bagai sebab nak main game sedangkan kakak aku terkial2 angkat beg n urus anak 3 orang. Since dia dah berhenti kerja, lagi kerap dia pinjam duit aku. Laki dia pulak bengang dengan dia sebab kena bayar kereta kakak aku sekarang selain perbelanjaan rumah hakiki. Siap pernah cakap depan mak dia takkan tolong kakak aku urus rumah selagi kakak aku tak kerja balik. Hahaha kesian mana pergi kakak aku yang macam singa tu? Betul la hidup ni macam roda.

Abang2 aku pulak takde anti dengan aku. Tapi memang jadi kesayangan mak la. Balik kampung je mak masak macam2. Sama kalau kakak aku balik. Kalau aku balik? Hadap la ikan kembung goreng atas meja tu hahaha. Eh lupa aku ada sorang adik perempuan yang sama rude dengan kakak aku masa dulu. Kenapa aku kata masa dulu? Sebab dia ada penyakit kronik sekarang ni dan dah slow down. Dah reti melihat ke bumi muhasabah diri. Kalau tak mana dia reti hormat aku. Tengking2 sama macam contoh yang dia nampak. So sad. Nasib kau la dik.. abah aku banyak memerhati dan tak masuk campur dalam masalah gaduh adik beradik ni. So aku pendam je rasa benci ni sorang2.

Aku sekarang dah block kakak aku kat WhatsApp. Pening fikir dia asyik pinjam duit. Aku pulak tengah nak pakai duit sebab dalam proses beli rumah. Preparation hari tua sebab aku kan doktor kata takleh pregnant. Kena la pikir untuk masa depan aku. Kalau ada jodoh tu ada la. Kalau takde aku redha. Orang ada anak pun kena cerai. Aku yang macam ni lagi la risiko. Sebenarnya banyak lagi aku nak citer. Tapi letih fikir jadi orang yang tak dipedulikan ni. Mau depressed aku. Allah je tempat aku mengadu. Teringin nak baca pendapat readers pasal life aku. N maybe moral support. Tqia.

-aku yang keseorangan-

– Mencari kekuatan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *