Assalamualaikum wbt & hi semua.
Sekarang hangat isu group Origami Harmoni ni kan. Tiba-tiba teringat kenangan dengan bekas suami dulu. Cuma aku tak sempat la origami.
Aku seorang guru penjawat awam. Bekas suami pun penjawat awam tapi bukan cikgu lah. Alhamdulillah tiada anak dengan dia. Syukur sangat2.
Bekas suami ada berhutang beribu dengan aku sebab nak buat bisnes vending machine dll urusan. Tapi sekarang vending machines tu tersidai dah.
Bekas suami ada mohon projek perumahan penjawat awam di utara tanah air. Tapi loan dia tak lepas. Jadi dia pujuk rayu untuk pakai loan aku.
Aku berat hati tapi setuju juga sebab bekas suami kata nanti ada nama dalam geran.
Sekali hari nak sign agreement tu aku baru tahu rumah tersebut 2 nama dalam geran (aku & bekas suami) tetapi loan 1 nama (aku la tu).
Terasa tertipu sangat2 tapi aku terperangkap. Aku sign dalam keadaan tak redha & terpaksa.
Aku memang cakap dengan dia aku tak nak bayar. Aku rasa tertipu & dimanipulasi.
Pendek cerita bekas suami dapat penyewa yang merupakan institusi dakwah yang terkenal di utara semenanjung. Kalau aku cerita sini kebanyakan dari pembaca tahu institusi apa.
Cuma penjanjian sewa tu menyatakan bahawa penyewa kena bayar ke akaun bekas suami. Rumah tersebut dijadikan studio rakaman institusi dakwah tersebut kalau tak salah.
Harga sewa hanyalah sebanyak RM1000.00 walaupun bulanan bank lebih dari itu. Jumlah selebihnya bekas suami berjanji untuk ‘cover’.
Senang kata lepas bekas suami dapat hasil sewa, dia akan transfer ke akaun loan nama aku tadi berserta lebihan yang dia janji untuk ‘cover’.
Yes ini salah aku sebab aku tak alert dengan hal ini. Aku merajuk disebab situasi perjanjian loan rumah ini.
Kesannya aku tengah rasa sekarang.
Take note ya hal ni wahai pembaca sekalian. Nanti bawah ni aku cerita kenapa.
2021, bekas suami sakit covid tapi home quarantine jer. Boleh pulak dia ajak aku join seminar dari group Origami Harmoni ni. Dia terpengaruh teruk dengan ‘mazhab’ & ‘dakyah’ group ni.
Kita sebagai isteri masa tu sudah tentu lah mengamuk.
Aku ni acah2 la mintak bayar balik duit kuarters yang dipotong dari gaji aku (atas dasar nafkah tempat tinggal), dll seperti duit kecantikan & barang2 basah selama ni aku bayarkan.
Boleh pulak bekas suami kata aku tak ikhlas & sepatutnya duit gaji aku bagi dia sebab dia yang benarkan aku kerja.
Dia jugak beri pilihan untuk aku berhenti kerja (habis tu hutang dia dengan aku bila nak bayar kalau betul2 jadi origami?) atau ikut pindah bersama dia.
Dari saat itu memang aku tekad tak nak teruskan perkahwinan ini. Aku sedar selama ini aku hanya diambil kesempatan.
Bekas suami punya la terdesak nak origami sampai share ke aku post viral dari orang kuat Origami Harmoni pasal boleh jadi isteri part time tu kalau pembaca semua ingat lah.
Pendek cerita aku disahkan mendapat sakit MDD disebabkan isu ni.
Bekas suami failkan cerai fast track. Dalam borang cerai boleh pulak dia tulis isteri tak ada usaha nak anak sedangkan kami pernah ke klinik fertiliti untuk usahakan dapat anak.
Bekas suami kata tak ada duit untuk IVF treatment. Jadi aku kata takpe lah pakai duit aku. Alhamdulillah tak sempat buat prosesur IVF jer masa bersama dengan dia.
Alasan2 lain dalan permohonan cerai tu spt ‘isteri sudah tidak jalankan tanggungjawab’ aku boleh terima lagi..
Yela lepas dah kantoi macam2 spt tengok video lucah pakai laptop aku dll mana aku tak tawar hati nak jalankan tanggungjawab.
Pendek cerita kepas cerai aku tinggal sorang terkapai2 uruskan diri dengan masalah mental ni.
Alhamdulillah arwah kakak masa tu sudi datang jenguk jagakan aku.
Lebih kurang 5 bulan lepas kami cerai bekas suami kahwin dengan scandal dia (Janda/balu mempunyai beberapa orang anak)
Lupa nak beritahu, bekas suami juga ada menjalankan bisnes kereta sewa.
Selepas kami bercerai katanya kereta tu mengalami kemalangan. Tak pasti kereta tu tersidai di bengkel berbulan2 ke bertahun.
Senang kata bila dah tak ada hasil sewa kereta tu, bekas suami pun tak bayar loan kereta tersebut & menyembunyikan kereta tersebut dari ditarik.
Lepas arwah kakak meninggal disebabkan kanser. Aku tiba-tiba rasa kuat nak pm bekas suami hal hutang dia dengan aku.
Ayat aku lebih kurang camni,
“Bila nak bayar hutang? Dah kahwin baru kan? Sepatutnya setel lah hutang dulu”
Boleh pulak bekas suami tanya mana bukti dia dah kahwin baru (memang taktik dia mintak bukti walaupun kita takde bukti tapi dia memang buat perkara tersebut). Cuma kali ni memang aku ade bukti lah.
Dari situ bermulanya aku serang dia dengan voice note & screen record segala bukti hutang & ketidakpuasan hati aku kat dia. (Jangan contohi cara aku ni ya.. kalau pakai cara lembut memang tak jalan dengan orang camni)
Akhirnya bekas suami bayar jugak hutang tapi hanya bayar RM100/sebulan. Sedangkan lebih RM8000 atau RM9000.
Aku pun tak ingat berapa yang penting banyak lah jugak dia hutang dengan aku. Bila nak habis hutangnya?
Pernah juga dia bayar hutang RM100/sebulan tu dia letak remark “halalkan jer la”. Tergamak kan?
Berbalik kepada isu rumah 2 nama dalam geran 1 nama loan tadi.
Bekas suami selalu lambat atau tak cukup masukkan jumlah sehingga aku selalu mendapat sms & surat dari bank.
Pendek cerita selepas arwah ayah bekas suami meninggal, bermula lah episod bekas suami tidak memasukkan hasil sewa ke akaun loan aku.
Senang kata SONGLAP atau MENCURI hasil sewa tersebut.
Aku jugak pernah dapat surat dari lawyer bank untuk perbicaraan mengbankrapkan aku. Aku trigger teruk masa ni. Yela.. hasil sewa ada tapi pemegang amanahnya songlap. Aku meraung teruk.
Aku dah usaha pelbagai cara spt emel kepada penyewa , wasap pm kepada adik beradik & keluarga dia, malah aku sendiri terpaksa gigihkan diri pm bekas suami aku sendiri akan hal ini.
Aku jugak dah refer peguam. Peguam sendiri kata aku terpaksa cover dulu loan tersebut sebab loan nama aku. So it’s difficult & complicated.
Aku sertakan sekali segala bagai eviden perbuatan menyonglap dia. Boleh pulak bekas suami kata nanti jual rumah tu, hasil sewa bayar balik jumlah yang aku dah cover.
Haduiii nak tunggu rumah dijual lambat lagi. Tempoh moratorium tamat lagi 2@3 tahun lagi.
Aku tak tahu lah nak kesian ke apa. Nak kata padan muka nanti marah. Nak sangat berorigami ikut mazhab group tu.
Jika aku jadi berorigami silap2 aku yang jadi mesin ATM dia dengan ‘madu’ aku & anak2 tiri dia. Konon kewangan tak penting. Itu makan dia.
Aku syak bekas suami songlap hasil sewa rumah tersebut untuk bayar loan kereta dia. Entah lah. Nak elak diri dari bankrap tetapi dengan cara bathil & zalim.
Bukannya aku tak tahu dia siap bawak anak2 tiri & wife baru dia berjalan-jalan Port Dickson masa tempoh dia songlap hasil sewa tersebut. Tergamak kan berbuat demikian dnegan harta haram?
Aku tahu jer apa yang bekas suami buat kat kereta yang dia sorok tu & kenapa selepas arwah ayah mentua meninggal tiba-tiba jer bekas suami songlap hasil sewa.
Tapi aku tak boleh cerita lebih2 sebab libatkan hubungan kekeluargaan orang lain.
Mohon semua pembaca doakan aku dipermudahkan urusan & diberi rezeki melimpah ruah.
Sekarang aku perlahan-lahan terima keadaan aku terpaksa allocate sebahagian besar gaji aku untuk cover diri dari bankrap walaupun rumah tu ada hasil sewa.
Maaf kalau pembaca sekali kurang faham luahan hati ini.
Pengajaran: sentiasa bersyukur & jangan terpengaruh dengan kultus origami harmoni. Terima kasih
– Mimeow (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
pegi la jumpa penyewa tu depan2 dan bagi tahu issue yg sebenar ni.. minta tukar agreement supaya duit sewa tu masuk acc tt .. byk tu rm1000 pegi ke ex-husband..
Setuju, pastu kalau diorang taknak kerjasama halau je semua sis sewakan kat orang lain and handle sendiri. Nama sis kan rumah tu
setuju. Cakap je kat penyewa yang rumah tu bahawa ada dua nama tapi puan yang bertungkus lumus bayar loan di bank.
kalau dpt penyewa yg memahami ok, kalau yg dah kena brainwash oleh bekas suami, susah juga tu.. sebab ada 2 nama, so dari segi undang2, bekas suami berhak buat camtu.. walaupun dgn cara kotor.. huhu…
benda dah terjadi.. nak buat camne.. cuba try cari lawyer… tak adil ni.. kalau nak jual nanti bekas suami confirm nakkan hasil jualan 50% pula walhal dia bayar secoet je.. sakit hati baca luahan ni..