Assalamualaikum, baru je lepas baca confession orked tentang S dalam confessionnya, “Semuanya Salah Aku” (https://iiumc.com/semuanya-salah-aku/).
Ini tentang seseorang yang sangat aku kenali, aku gelarkan dia sebagai D. Katanya, bila baca confession Orkid, sedikit sebanyak dia dapat faham perasaan Orkid kerana jalan cerita yang lebih kurang sama, tetapi ending yang berbeza. Ini kisahnya, dan aku nukilkan semula.
D seorang pelajar yang disegani ramai dan berpendirian. Selalu naik ke pentas untuk terima anugerah. Pernah menjadi pen. ketua badar. Pernah menjadi pen. ketua pengawas. Malah, pernah dinobatkan sebagai anugerah SUMUR; Sahsiah Unggul MURid.
Pelajar2 lelaki di sekolah dulu bukan tidak pernah mengoratnya. Dapat hadiah bawah meja, dapat tudung melalui orang tengah, setiap kali nak exam dapatlah sticky note atas meja berisi ucapan semoga berjaya dan macam2 lagi.
Aku perasan je ketidak selesaan dia. Dan dia masih dengan pendirian dia, NO COUPLE. Apa yang dia pegang dulu, “Arak yang haram pun orang tak minum, couple pun haram jugak, jadi janganlah buat”.
Kat sini kan, aku belajar sesuatu. Kekuatan yang ada dalam diri kita ni semua dari Allah. Kekuatan kita untuk menolak dan berlindung dari godaan syaitan ni semua dari Allah dan bukan dari usaha kita semata. Thats why, kena selalu berdoa supaya kita sentiasa dibawah perlindungan dan jagaan Allah. Sebab kita tak akan tahu apa yang ada didepan nanti.
Setelah beberapa tahun D berjaya memegang prinsipnya itu. Akhirnya, dia tewas setelah memasuki alam universiti. Kejutan budaya sedikit sebanyak mempengaruhi hidupnya. D mula membenarkan “couple” memasuki ruang hidupnya.
Aku belajar lagi dari kisah D ni, dia kata kat aku, “Kita ni kan akan diuji dengan kata kata kita sendiri ” Saat ni D kata kat aku, dia sedar yang dia dah termakan dengan kata2nya dulu. Tapi, D masih belum melepaskan kawan lelakinya itu.
Pada awalnya, tak banyak yang berubah pada D. Cuma dia sedikit sibuk dengan telefon bimbitnya. Disebabkan matlamatnya ingin berkahwin, D sangat rajin memasak. Katanya nak belajar banyak skill sebelum kahwin, D belajar menjahit.
D belajar untuk rapat dengan orang tua supaya senang masuk dengan family mertua nanti. D mula membaca buku2 tentang rumahtangga dan psikologi anak2. D buat saving bulanan untuk kegunaan masa depan.
Kadang aku rasa gembira dengan perubahan yang dia lakukan walaupun aku rasa mcm drastik. Tapi, sbb D ni sistematik, dia pandai susun target bulan ni nak belajar apa dsb.. menjadikan semuanya tak mustahil.
Long story short, mereka berdua berjumpa. Tak dicerita pula berapa kali. Tapi bukan sekali. Katanya, bila siang dah berjumpa, malam tu mesti dia akan solat taubat sebab D tahu benda tu salah. D boleh rasa tak sedap hati. Tapi, D tak adalah sampai terlanjur. Alhamdulillah.
“Kalau seseorang tu ikhlaskan sayang kan kita, dia akan hormati kita”
D mula ragu2 kerana makin lama makin rasa tak kena.. D mula minta petunjuk dari Allah.. D cuba ubah cara berdoa, kalau dulu doa mengharapkan sangat lelaki tu menjadi jodohnya tapi kini, D doa supaya Allah bagi D kekuatan untuk redha andai kata takdirnya bukan bersama lelaki pilihannya itu.
D cuba untuk doa supaya Allah berikan petunjuk dan kuatkan hatinya untuk sebarang kemungkinan yang hatinya belum tentu dapat terima. Senang kata, dia bertawakal dan serah semuanya pada Allah.
Dan, doanya dimakbulkan :’) Satu demi satu petunjuk dia terima. Aku sendiri rasa geram. Tapi dengan tenang D kata, ” Sakit memang sakit. Tapi semua ini adalah doa doa aku yang Allah sedang kabulkan. Aku pun doa supaya Allah bg aku kekuatan. Aku bersyukur. Aku redha dan aku bahagia dengan berita ini ”
Lelaki itu ada perempuan lain. Nak ulas lanjut pun geram. Biarlah. Cuma D kata, lelaki tu pun pernah jadi kekuatan dia dulu. Sebab lelaki tu, D pandai masak, D pandai jahit dan D ada saving. Apalagi, masa fasa move on D, betul2 D memanfaatkan duit savingnya dulu hahaha katanya nak cipta kenangan dengan kawan2, housemate dia pula.
Sementara ada masa ni, manfaatkan masa2 yang ada dgn mencari kebahagiaan sendiri. Masa2 yang dah lalu lupakan, walaupun kadang rasa rugi dan membazir dengan lelaki tu dan bukan dengan kawan2nya yang setia dengannya sekarang ni. Tu lah D kesian kami dulu dibiarkan je cehh, hahaha tak ada lah gurau je D, hehehhehe.
D pesan :
1. Nak menyesal dengan salah lalu boleh sebab tu antara syarat taubat. Pada masa yang sama, kena cari pengajaran atas apa yang terjadi, dah lepas biarkan lepas. Jangan hidup pada masa lalu. Ambil iktibar dan minta perlindungan dan pertolongan Allah selalu.
2. Maafkan diri sendiri, dan beri peluang pada diri sendiri :’) D pesan suruh sayang dan hargai diri sendiri. MANUSIA tak lepas dari buat silap. Tapi, kalau kita tak terima diri kita sendiri, siapa lagi ? Kita kena rasa diri kita ni bernilai. Andai lah kita boleh jumpa dengan diri kita yang berumur 2 tahun dulu, mesti kita akan pesan2 macam2 kat dia kan supaya kuat dan tak mudah percaya dgn dunia :’)
3. Cari mutiara dalam diri sendiri. Cungkil kelebihan yang ada dan asah supaya diri kita bangga menjadi kita :’)
4. Kita ni kena buktikan yang lelaki tu tak memberi kesan pun lah dalam hidup kita. Dia tidak akan berjaya mempengaruhi kita dengan perkata2 negatif. Nak buat kita sedih sebab dia jumpa orang baru dan kita kena tinggal? No, you cannot! Tak rugi pun hilang you.
Haa kononnya macam tu lah. Tunjukkan yang kita ni boleh berjaya walaupun dia tak ada. Kalau dengan dia dulu rasa berjaya dah, lepas tanpa dia kena lagi berjaya. Jadikan pembangkit semangat. InsyaAllah, doa selalu.
5. Cari sahabat2 yang baik, usrah jangan tinggal. Bila ad usrah ni lah sedikit sebanyak ‘menjaga’ kita. Kalau pun buat salah, jauh dalam hati mesti ada rasa segan.. “Aku kan join usrah, malu buat macam ni” D kata, kalau timbul kata2 tu dalam hati, teruskan berusrah dan jangan tinggalkan.. “Malulah semua baik, aku buat salah macam ni. Aku tak nak datang usrah dah lah” Haa jangan macam tu.. Lawan rasa tu.
6. Jadikan Al Quran sebagai sahabat baik lagi akrab. Kadang bila baca sangkut2 pun boleh muhasabah, “kenapa dulu laju dan lancar.. Sekarang tersekat2.. Hati ni ada masalah ke, dosa apa yang aku buat sampai lidah jadi keras” Nauzubillahiminzalik.
7. Solat sunat taubat dan tahajud WALAUPUN RASA DIRI BERDOSA DAN HIPOKRIT.
D kata, orang tak pernah tahu macam mana dia struggle untuk keluar dari ujian hati ni. Teruskan buat baik, nak sedekah tu niat perubahan untuk diri. D menyesal sebab masa sekolah dulu, dia bukan nasihat elok2 kat mereka yang couple. D hanya tahu suruh untuk putus. Tapi, D tak tahu yang mereka juga sebenarnya sedang usaha. Bukan harini ckp putus, esok senyap terus.
8. Solat, mentaati ibu bapa tu semua tak boleh kompromi lagi. Tu wajib. Doa dan mintalah doa kedua ibu bapa dan orang2 yang soleh. Semoga dimakbulkan Allah insyaAllah.
9. Ingat gadis gadis diluar sana, jiwa mu harus kuat!
Alhamdulillah, lepas apa yang D lalu, pointer D semakin meningkat dan konfiden D semakin tinggi. Doakan yang baik untuk D ya para pembaca sekalian, semoga doa yang baik2 kembali pada diri kalian juga insyaAllah. Supaya dia dijodohkan dengan pasangan yang terbaik disisi Allah.
Kita sebagai sahabat ni mesti nak kawan baik kita ni dijaga dengan baik, elok, sebab kita sayang sangat kat dia dan kita kenal dia macam mana. Tak nak dia sedih :’) InsyaAllah D, Allah sedang menjagamu. Bersyukurlah alhamdulillah.
Terima kasih sebab sudi baca confession yang panjang ni. Doakan saya juga ya >< Maaf kalau ada yang tersinggung dengan kata2 diatas dan maaf juga sebab panjang sangat, hehehe. Terima kasih. Assalamualaikum .
– Sahabat D (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit