Aku Liya dari pantai timur manakala suami ku asal selatan. Kami dah kahwin hampir 5 tahun dan masih belum ada cahaya mata.. Pengenalan aku dengan husben dah hampir 10 tahun dan aku akui awalnya hubungan ni tidak di restui sebab aku berasal pantai timur..
Aku dan husben boleh dikatakan tidak sekufu tapi aku tak tahu semangat apa yang datang dalam diri aku untuk buktikan orang pantai timur tidak seperti mereka sangka.. Cukup 5 tahun perkenalan dengan pelbagai ujian kami selamat disatukan..
Walau banyak aku terasa hati dengan MIL (mother in law) and SIL (sister in law) aku selalu pujuk hati aku untuk sayang n angap mereka seperti keluarga aku.. Mungkin ni didikan abah yang selalu pesan biar orang buat kita jangan kita buat orang…
1 1/2 tahun aku pjj dengan suami sebab aku mendapat tawaran as pensyarah kontrak manakala suami tinggal bersama MIL. Sampai lah kawan aku yg tinggal berjauhan dengan suami kehilangan suami maut dalam pjalanan ke tempat kerja..
Masa tu aku nekad, walau apa pun yang berlaku aku kena balik ke pangkuan suami, aku takut benda yang sama berlaku kat aku.. Bermula la kehidupan di rumah MIL, sepanjang duduk rumah MIL, banyak kata2 MIL yang buat aku terasa..
Tapi aku pilih diam.. pada masa sama aku pujuk suami untuk cari rumah sewa lain.. Kalau dia tak mampu, aku masih ada duit hasil meniaga.. Tapi alasan suami tetap sama.. Adik2 lelakinya masih kecil.. Siapa nak jaga ibu bapa nya.. Aku mengalah sebab aku sedar syurga suami masih pada ibunya..
SIL pernah wassap dalam group perli2 suami masih tinggal dengan MIL, masa ni SIL nak kahwin dan perlukan bilik which is bilik yang available adalah bilik yang aku n suami duduk. Suami nak balas tapi aku halang sebab mmg keyataan kami menumpang.. Cukup 1 tahun aku rasa nak sambung belajar dan bermulalah aku pjj semula.. Setiap minggu aku akan ulang alik dari barat tanah air ke selatan sampai satu tahap aku microsleep dan hampir accident..
Time ni aku berdoa biarlah suami buka hati untuk follow aku dan doa aku di makbulkan, lagi2 masa ni adik lelaki husben dah tahun akhir degree.. Time ni suami banyak suruh aku buat ayat camne nak cakap kat MIL, sebab suami aku ni tak nampak sebenarya MIL tak suka kami menumpang di rumahnya.. Bagi suami aku over thinking..
Tapi ALLAH tunjuk bila suami bagitau MIL yang nak ikut aku, MIL siap cakap dia setuju, kalau tak cukup duit, dia boleh bagi duit, sebenarnya dia pun fikir nak cari rumah sewa lain, ko bawa la bini dan barang2 ko sekali.. Husben betul2 sedih..
Sampai husben cepat2 habiskan makanan dan terus ke dapur tanpa 1 patah kata pun.. Selesai basuh tangan MIL cakap aircond (aircond ni aku pasang untuk husben sebab dia kerja teruk sampai naik jerawat bila panas, bil bulan2 husben bayar) tu tak payah cabut, nanti MIL bayar je sebab nanti SIL akan duduk..
Memang menangis husben and husben baru sedar selama ni MIL tak suka kami menumpang.. Tapi macam biasa aku tak tahu apa MIL cakap kat adik beradik lain sampai husben juga yang salah.. Benda sama berulang, aku suruh husben minta maaf, takpelah macam mana terasa pun MIL hanya berdosa pada ALLAH bukan husben (yang ni aku la yang beria2 menangis minta maaf)..
1 tahun melayari kehidupan berdua, MIL telefon nak tumpangkan adik perempuan dia tak dapat kolej, husben tak nak, tak nak pisang berbuah 2 tak.. Aku pujuk husben benda ni tak mustahil ALLAH uji anak kita nanti, akhirnya suami terima SIL duduk sekali lagi pun hanya ada 2 sem je lagi SIL nak tamat belajar..
Jenis aku tak pernah paksa dia buat kerja, dia nak buat dia buat, kalau tak nak aku buat sendiri.. Tapi dia nak tambah duit poket dia kerja dengan husben.. Husben tak pernah berkira, kadang2 bayar lebih walaupun kerja yang dibuat tak setimpa dengan bayaran.. Makan minum semua kami tanggung..
Tamat belajar SIL bagitau MIL suruh kerja dengan husben tapi time ni aku dah start rasa sampai bila kena ada orang ketiga dalam rumah aku sendiri, tapi macam biasa aku yakin ALLAH hadirkan ujian ni sebab ada hikmahnya.. Aku pujuk husben lagi.. Tapi sepanjang SIL kerja selalu tunjuk muka.. Dulu kerja SIL buat hanya pakai 2 pekerja, sebab SIL selalu buat muka husben tambah jadikan 4 pekerja.. Tapi SIL masih tunjuk muka..
Masa gaji pertama SIL cakap terima kasih terima dia kerja, dia banyak belajar dari husben and MIL suruh sambung kerja dengan husben. Semua nampak ok, MIL and SIL selalu ucap terima kasih kat aku, aku rasa happy dapat gembirakan mereka..
Dipendekkan cerita, SIL buat hal di tempat kerja dan aku perlu rampas hp SIL untuk cari bukti.. Malam tu juga aku hantar SIL ke kampung.. Tapi masih tiada dendam kat SIL.. Aku nak tinggalkan hp kat adik beradik husben yang lain, tapi masing2 tak nak amik, diorang suruh aku pegangkan..
Hal yang SIL buat masih tak settle, esokkan adik beradik husben datang rumah untuk amik barang2 SIL, masa ni diorang minta maaf. Dia cakap 1 family termakan racun SIL buatkan.. Aku terdiam, tapi dalam hati masih tanpa dendam..
Aku tanya sekali lagi adik beradik suami nak amik tak hp SIL diorang taknak.. Mungkin ALLAH nak tunjuk, aku baca wasap SIL dengan MIL and adik beradik.. Banyaknya fitnah dia taburkan dan yang paling sedih MIL percaya siap buruk2 husben aku. Sedangkan 2-2 anak dia..
Yang paling aku tak boleh terima MIL doakan husben aku tak dapat tender even impian husben aku nak kaya untuk bawa diorang pergi haji.. Aku tak tahu apa yang perlu aku lakukan, aku rasa mahu bercerai sebab dah tak mampu nak bhadapan dengan mereka..
Outsider…
– Liya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit