Overfriendly Seorang Lelaki

Assalamualaikum & selamat sejahtera kepada semua pembaca IIUM Confession.

Nama aku AA, berusia 24 tahun dan tidak pernah bercouple seumur hidup. Zaman sekolah dulu pernah rapat dengan seorang lelaki tapi maybe more to ‘teman tapi mesra’.

Then, adalah crush biasa-biasa dekat lelaki sepanjang zaman belajar (so far tak pernah confess). Dan aku ada je berkawan dengan lelaki.

Suatu hari aku ditakdirkan bertemu dengan seorang lelaki di tempat kerja. Aku namakan dia sebagai Abu. Meja Abu ni selang semeja dari aku. Nak lalu meja aku, of course lalu meja dia dulu.

Kerja dia & aku tak related sangat pun. Means kitaorang jarang bersembang or bertegur even meja dekat. Sampailah satu hari tu, ada satu fail pdf yang aku kena minta daripada dia.

So aku pergilah ke meja dia, nak minta tolong dia forwardkan fail tu dalam whatsapp. Walaupun kitaorang satu group whatsapp, aku tak save nombor dia.

So sedang aku scroll nak cari nombor dia dalam group, tiba-tiba fail yang aku minta tu dah di’forward’. Eh lajunya! Aku ingat dia tak tahu nombor aku. Tup tup dah save awal! Allahu..

Dalam hati aku, rajin dia save nombor padahal in terms of kerja tak memerlukan pun actually. So aku pun save la number dia. Dah save number bolehlah nampak status kan? Ya, sejak hari itu aku bolehlah nampak status-status dia.

Awal-awal aku masuk kerja dulu, dia tak berani pun nak tegur aku. Duk pandang-pandang gitu je lah. So kadang-kadang aku adalah tanya sikit-sikit.

Contoh, kalau atas meja aku tetiba ada diari syarikat, aku tanyalah, “siapa yang bagi diari ni?” , “sanitizer ni share untuk satu row meja ni ke atau seorang punya je?”. Soalan-soalan biasa je yang aku tanya.

Then, aku mula nampak dia slow-slow makin berani nak tegur aku. Kalau orang ajak dia, dia akan ajak aku sekali. Contoh ajak makan sarapan sekali ke.

Tapi aku tak pernah terima, sebab segan nak lepak dengan rakan kerja lelaki lain. Kalau kawan dia ajak hiking, pastu dia akan kata “tak ajak AA sekali ke?”. Pastu pandang aku ajak hiking.

Dan memang tak lah aku join. Orang ajak dia bukan aku. Samalah juga kalau ada aiskrim orang sedekah, aku dah ambil awal-awal & dah habis makan pun.

Abu takde masa tu, bila dia ada, dia tanya “AA dah ambil aiskrim?”. Agaknya, dia nampak aku ni pendiam sangat kot. Macam anti-sosial semua benda nak libatkan aku sekali hahaha!

Musim-musim PKP ni, ramai yang bekerja dari rumah terutama yang bekeluarga. So meja area kitaorang ni, aku & Abu je yang bujang, so hari-hari memang akan jumpa muka sama ni je lah. Office kitaorang besar, so ada je kawan-kawan area lain.

Ada satu minggu ni, office keluarkan jadual giliran bekerja di pejabat. So aku kena masuk pukul 8 pagi. Around 7.45 pagi selalunya aku dah sampai dan terus on komputer dekat satu bilik khas ni.

Dalam pukul 8.10, aku keluar nak ambil barang atas meja aku. Dan aku nampak Abu dekat meja dia. Eh awalnya dia sampai! Setahu aku dia selalu masuk pukul 9 atau 10 ke atas. Dia datang bawa kuih guysss! Pelawa aku makan sekali.

Aku suka sarapan dari rumah sebenarnya. Nak tolak, tapi orang dah ajak makan, so aku duduklah meja sebelah dia, ambillah satu karipap. Sambil-sambil makan tu banyaklah soalan-soalan yang dia tanya.

Dulu sekolah mana, sambung mana, mak ayah orang mana, kerja apa dan lain-lain. More to sembang kosong.

Dia tak pernah senyum sepanjang bersembang dengan aku. Dengan perempuan lain, manis je senyum. Tapi dia nervous setiap kali bercakap dengan aku. Hari ni tanya, “tak balik kampung ke raya nanti?”.

Minggu depan tanya lagi, tak balik raya ke? Lelaki kan pelupa. Pernah juga, masa aku nak pergi bilik surau nak solat. Aku nampak Abu still kat meja dia.

So aku solat dululah. Surau lelaki & perempuan berdepan dipisahkan dengan sekeping papan. Kiranya bolehlah dengar suara bacaan lelaki. Masa aku lipat telekung, dengarlah suara ni macam suara Abu. Ye memang dia, meja dia dah kosong.

Aku kerja dekat office untuk sementara je. Hari terakhir, aku terpaksa duduk meja sebelah dia sebab orang baharu dah masuk dan duduk kat meja aku. So Abu ni tanyalah, lepas ni nak buat apa, kerja apa. Macam biasa sembang lagi.

Sampailah waktu sesi bergambar sebagai kenangan aku pernah bekerja di situ, dan Abu antara orang yang tiada dalam gambar. Punyalah sibuk tanya itu ini, tak wish goodbye pun dekat kawan dia ni.

Balik rumah aku ambik gambar hadiah perpisahan yang department-department bagi. Sebab mostly aku ada contact number colleagues. So aku upload la status whatsapp, ucap terima kasih untuk hadiah-hadiah tersebut.

Abu reply status aku, “Selamat maju jaya di tempat baharu”. Ni mesej kedua antara kami selepas fail pdf hari tu! Then, kitaorang dah tak contact pun lepas tu.

Sekali-sekala aku up status interview sana-sini. Dan Abu ni tak pernah missed reply “Good luck”, “Wow”. Lepas tu dia akan tanya, interview kat mana, syarikat apa, bla bla.. “Masih ada di sini kan?”. Tanya aku masih di negeri yang sama ke.

Kadang aku pun confuse, dalam ramai-ramai colleagues lelaki yang lain, takde seorang pun sibuk nak ambil tahu pasal aku selepas dah tamat kerja di situ. Nak kata aku rapat dengan Abu, takdelah rapat mana. Kenal pun baru 2 bulan.

Long story short, dah hampir setahun kitaorang still contact each other. Kami takde follow social media lain, memang ada status ws sahajalah tempat kami berbalas reply status each other.

Masa kerja hari tu adalah aku dengar kawan-kawan kenenkan dia. Means maybe dia dah ada girlfriend. Sampailah aku terdetik nak tanya senior aku untuk confirmation. Betul ke si Abu ni dah taken?

Ye guys, dia ada girlfriend, dan gf dia pun kerja di syarikat yang sama. Allahu.. mungkin salah aku, yang terlewat nak sedar. Aku patutnya dari awal tak perlu save nombor dia. Dan layan hanya sebagai rakan kerja biasa, tak lebih tak kurang.

Kepada girlfriend Abu, aku nak minta maaf sangat-sangat sebab aku tak tahu korang couple. Abu tak pernah post status or profile picture dengan gf.

Kepada pembaca, doakan aku tak tawar hati nak berkenalan dengan mana-mana lelaki lepas ni. Mungkin aku sahaja yang tersilap kenal lelaki.

Pesan aku, tolonglah jangan terlalu friendly dengan perempuan bila korang dah ada partner. Hargailah partner korang. Aku tak tahu kenapa kebanyakan yang crush dekat aku semua milik orang (suami/ tunang/ bf).

Aku takde niat nak kacau milik orang. Aku perempuan dan aku tahu bagaimana sakitnya. Sebab inilah Allah suruh kita tundukkan pandangan.

Yang lebih cantik, sopan, ayu akan selalu ada. Tapi yang boleh terima korang seadanya tak selalu hadir. Hargailah selagi boleh. Tak perlu friendly melebih dengan perempuan lain.

Semoga kisah aku mampu dijadikan pengajaran buat semua perempuan. Jangan cepat menaruh hati pada lelaki.

Ye mungkin mereka memang baik friendly, hanya kita tersalah anggap. Dah tiba masa, aku tegakkan balik prinsip ‘jaga ikhtilat’ aku dan teruskan single forever!

Orang lain mungkin bangga disukai ramai lelaki. Tapi tidak aku! Aku dah penat nak buka hati untuk kenal lelaki. Untuk Abu, terima kasih ajarkan aku lebih dekat kepada Allah.

– AA (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *